Bayi Rohingya Dengan Penyakit Hidrosefalus Dirawat Di HKL

Hampir 1,000 orang bayi baru lahir menghidap hidrosefalus, sejenis penyakit yang jarang sekali berlaku. Jom ketahui apakah tanda-tanda penyakit ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluarga Rohingya yang memerlukan bantuan

Baru-baru ini, New Straits Times telah melaporkan sebuah kejadian di mana terdapat satu keluarga Rohingya yang terpaksa meminta sedekah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi merawat bayi mereka yang menghidap penyakit hidrosefalus.

Bayi tersebut baru saja berusia 10 bulan. Akan tetapi, laporan itu terbukti tidak benar!

Hospital Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan dan membidas tuntutan keluarga terbabit.

Sebenarnya, kos pembedahan yang berjumlah RM8,800 malah rawatan susulan selama setahun bagi bayi tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh sekumpulan penderma!

Apa pun, janganlah kita kecam keluarga Rohingya yang terdesak ini. Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Penyakit hidrosefalus

Bayi tersebut, Mohamad Yasin Mohammed Rafique telah didiagnosis dengan penyakit yang dikenal pasti sebagai hidrosefalus ketika beliau berusia 5 bulan.

Ia mengakibatkan kepalanya membengkak hingga 75cm.

Hidrosefalus adalah sejenis pengumpulan cecair pada otak. Cecair yang berlebihan mampu memberi tekanan pada otak, lalu mengakibatkan kegagalan otak berfungsi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Johns Hopkins All Children’s Hospital

Terdapat 3 jenis hidrosefalus utama, iaitu:

  1. Hidrosefalus kongenital – dikesan ketika lahir
  2. Hidrosefalus tercapai – hidrosefalus yang berkembang selepas bayi dilahirkan
  3. Hidrosefalus tekanan biasa – berlaku pada individu yang lebih tua

Simptom penyakit pada bayi

Menurut NHS Choices, hidrosefalus mampu membawa maut. Kerosakan otak boleh menyebabkan pelbagai simptom, seperti:

  • bengkak di bahagian kepala
  • tengkorak kepala membesar dengan aneh
  • bonjolan di tempat yang lembut
  • terdapat “rekahan” di antara tengkorak kepala
  • urat membengkak
  • sakit kepala
  • sering sakit
  • penglihatan menjadi kabur
  • sukar untuk berjalan

Mengapa ia terjadi?

Punca penyakit ini masih kurang difahami oleh pakar. Namun, ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak yang menyekat aliran cecair cerebrospinal (CSF). 

Memang otak manusia mengandungi bendalir, iaitu cecair cerebrospinal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cecair ini berfungsi untuk melindungi, mengeluarkan produk buangan dan memberikan otak nutrien yang diperlukan.

Kredit gambar: Cardinal Glennon St. Louis Fetal Care Institute

Tetapi, jika proses penghasilan cecair CSF terganggu, ia akan meningkat dan memberi tekanan pada otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya, penyakit ini terjadi pada bayi baru lahir akibat jangkitan, seperti jangkitan mumps atau rubella. 

Namun, hampir 1,000 orang bayi yang lahir di Britain menghidap hidrosefalus kerana spina bifida!

Spina bifida adalah satu keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi tidak berkembang dengan sepenuhnya ketika dalam rahim.

Ia mengakibatkan tulang belakang mereka “ada jarak” daripada saraf. 

Rawatan yang diperlukan

Penyakit ini dirawat dengan menggunakan shunt; sejenis tiub nipis yang akan ditanam di dalam otak untuk mengalirkan cecair yang berlebihan.

Doktor pakar juga boleh menggunakan kaedah ventrikulostomi endoskop ketiga (ETV) untuk merawat penyakit janggal ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika prosedur, satu lubang akan ditebuk di lantai otak untuk memboleh cecair CSF terperangkap, lalu ia boleh keluar dan dapat diserap. 

Apa pun, mari kita doakan yang terbaik untuk adik Mohamad Yasin. Semoga pembedahan yang bakal dilakukan berjaya dengan selamatnya. Amin.

Sumber rujukan: New Straits Times dan NHS Choices

Kredit gambar: New Straits Times

Baca juga:

Hati-Hati Ini 15 Tanda Kanser Pada Kanak-Kanak Yang Sering Diabaikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris