Bayi Selsema Dan Bertahi Mata? Ini Cara Rawatan Dan Tanda Bahaya Yang Parents Perlu Alert!

undefined

Bayi selsema dan bertahi mata mungkin terjadi disebabkan jangkitan atau alahan. Perhatikan tanda bahaya dan berjumpa doktor jika perlu

Sistem imun bayi yang masih lemah menjadikan mereka mudah terdedah kepada jangkitan, alahan atau saluran air mata tersumbat. Bayi selsema dan bertahi mata bukan sahaja membuatkan mereka rasa tidak selesa, malah ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk jika tidak dirawat.

Adakah Normal Bayi Selsema Dan Bertahi Mata?

Ya, adalah normal bagi bayi mengalami selesema disertai mata bertahi. Ini kerana sistem imun bayi masih berkembang dan mereka mudah terdedah kepada jangkitan atau alahan.

Tahi mata biasanya terjadi akibat peningkatan penghasilan lendir mata sebagai tindak balas kepada jangkitan ringan, saluran air mata tersumbat atau rangsangan seperti debu.

Namun, ibu bapa perlu memantau simptom ini kerana ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang lebih serius.

Penyebab Tahi Mata Pada Bayi

1. Saluran Air Mata Tersumbat

Bayi baru lahir sering mengalami saluran air mata tersumbat (blocked tear duct). Keadaan ini menyebabkan lebihan air mata terkumpul dan menjadi tahi mata.

2. Konjunktivitis (Mata Merah)

Jangkitan bakteria atau virus boleh menyebabkan konjunktivitis. Selain tahi mata, bayi juga mungkin mengalami mata merah dan bengkak.

3. Jangkitan Saluran Pernafasan

Selesema sering disertai oleh mata berair dan bertahi kerana lendir dari saluran pernafasan boleh bergerak ke saluran air mata.

4. Alergi

Debu, asap atau bahan kimia tertentu boleh menyebabkan alahan yang membawa kepada mata berair dan bertahi.

Waspada Tanda Bahaya

Tahi mata bayi biasanya tidak berbahaya, tetapi segera dapatkan rawatan jika:

  • Tahi mata berlebihan dan berwarna kekuningan pekat atau kehijauan.
  • Mata bayi bengkak, merah atau nampak sakit.
  • Bayi sukar membuka mata kerana tahi mata mengeras.
  • Demam tinggi atau bayi kelihatan lesu.
  • Simptom berlangsung lebih daripada seminggu tanpa tanda-tanda pulih.

Apa Perlu Saya Buat Bila Bayi Selsema Dan Bertahi Mata?

1. Bersihkan Mata Dengan Lembut

Gunakan kain bersih atau kapas yang dibasahkan dengan air suam. Lap mata bayi perlahan-lahan dari dalam ke luar untuk membuang tahi mata.

2. Pastikan Bayi Hidrasi

Selesema boleh menyebabkan bayi kurang minum susu. Pastikan mereka cukup susu badan atau susu formula untuk kekal hidrasi.

3. Gunakan Humidifier

Udara lembap dapat membantu melegakan pernafasan bayi dan mengurangkan simptom selesema.

4. Jauhkan Dari Alahan

Elakkan bayi terdedah kepada habuk, asap rokok atau sebarang wangian yang kuat.

5. Urut Saluran Air Mata

Jika tahi mata disebabkan oleh saluran air mata tersumbat, urut kawasan di bawah sudut mata bayi secara lembut beberapa kali sehari.

Bagaimana Jika Tahi Mata Berlebihan?

Jika tahi mata terlalu banyak sehingga bayi sukar membuka mata, cuci segera dan pastikan kawasan tersebut bersih. Anda juga boleh:

  • Menggunakan ubat titisan mata (saline drops) untuk membantu membersihkan mata bayi.
  • Elakkan menggunakan sebarang ubat titis tanpa nasihat doktor.

Jika keadaan tidak pulih atau bertambah teruk, dapatkan rawatan perubatan.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun mata bertahi, batuk dan selesema pada bayi tidak berbahaya, ada situasi di mana pemeriksaan doktor sangat diperlukan untuk memastikan keadaan bayi tidak melarat.

Jangan abaikan gejala yang mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius. Jumpa doktor jika:

  • Tahi mata tidak berkurang selepas seminggu walaupun telah dibersihkan dengan cara yang betul.
  • Mata bayi kelihatan sakit, merah teruk atau terdapat pembengkakan yang tidak normal.
  • Bayi mengalami demam tinggi atau kelihatan lesu, tidak aktif atau terlalu rewel.
  • Anda mendapati tanda-tanda seperti nanah atau cairan pekat yang keluar dari mata bayi.
  • Anda ragu-ragu atau tidak pasti mengenai keadaan bayi dan ingin memastikan tiada masalah yang lebih serius.

Pemeriksaan oleh doktor dapat membantu mengenal pasti punca sebenar dan memberikan rawatan yang sesuai, sama ada titisan mata khas, ubat antibiotik atau nasihat lanjut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pantang Larang Demam Campak (Measles) : Nasihat Dan Petua Pemakanan

Baca juga: Konjunktivitis (Sakit Mata Merah): Adakah Ia Berjangkit, Simptom Conjunctivitis & Rawatan

Baca juga: Kanak Kanak Muntah Tiba-Tiba? Ibu Jangan Panik Dulu! Ini Cara Hilangkan Mual Dengan Berkesan Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!