Amalan bekerja dari rumah yang dipraktiskan secara meluas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih dua tahun yang lalu membuatkan penggunaan ubat mata atau eye drop meningkat kerana ramai perlu bekerja seharian dengan laptop yang membuatkan mata sering letih, kekeringan dan terasa gatal.
Ubat titis mata merupakan cecair steril (bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata misalnya mata letih, mata kering, jangkitan mata, alahan (mata kemerahan, gatal, dan berair) serta akibat penggunaan kanta lekap.
Terdapat pelbagai jenis persediaan ubat titis mata di pasaran dengan pelbagai tujuan penggunaan jadi jangan sesekali membeli ubat titis mata dengan sewenang-wenangnya tanpa bantuan ahli farmasi atau doktor kerana dikhuatiri tersilap memilih ubat sakit mata yang boleh mengundang bahaya.
Ketahui Masalah Mata Anda
Membeli ubat mata adalah produk ‘over-the-counter’ yang mana anda boleh membelinya tanpa preskripsi doktor namun anda wajib mengetahui dahulu masalah mata anda.
- Mata kering – Disebabkan terlalu lama menggunakan laptop atau gajet. Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh berada di kawasan berangin atau udara kering. Perlu menggunakan sakit ubat mata yang mengandungi bahan pelembab.
- Mata merah – Boleh disebabkan oleh mata penat, alahan atau alergi serta jangkitan pada mata. Jika mata merah sekadar kering, anda memerlukan ubat sakit mata dengan bahan pelembab.
- Mata gatal – Masalah mata gatal biasanya disebabkan oleh alergi. Jika merasa gatal, elakkan daripada menggosok mata. hal ini boleh melepaskan histamin dalam mata dan membuatkan mata semakin gatal. Ubat sakit mata yang mempunyai antihistamin atau air mata tiruan digalakkan.
- Jangkitan mata – Biasanya menyebabkan mata merah, rasa sakit dan gatal. Jika mengalami masalah ini biasanya adalah disebabkan jangkitan pada mata atau konjunktivitis. Produk cecair mata yang sesuai adalah jenis antibiotik, antifungal atau steroid. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.
Pilih Kandungan Ubat Mata Yang Betul
Amat penting untuk melihat dahulu kandungan ubat mata untuk disesuaikan dengan gejala masalah mata anda supaya penggunaan ubat mata dapat berfungsi dengan baik.
- Mata merah dan gatal – Bahan yang efektif untuk meredakan mata merah salah satunya adalah vasoconstictor. Bahan ini dapat menekan kemerahan di kawasan mata dengan merangsang pembuluh darah. Kerana fungsinya untuk meredakan sahaja, sebaiknya ia digunakan bila perlu sahaja. Selain itu, histamin dihasilkan oleh badan kita apabila kita terasa sensitif dengan benda asing, sebab itulah mata kita akan berair, merah dan berasa gatal. Jadi, antihistamin digunakan dalam ubat sakit mata untuk bertindak mengurangkan kemerahan mata.
- Mata sukar fokus – Jika gejala mata penat yang anda alami menyebabkan sukar untuk fokus, gunakan ubat sakit mata yang mengandungi neostigmine methylsulfate. Bahan ini dapat mengembalikan fokus mata dengan meningkatkan fungsi otot siliaris selain dapat membantu otot mata yang tegang menjadi rileks.
- Mata kering – Anda dapat meringankan gejala mata kering dengan ubat sakit mata yang mengandungi bahan yang dapat melembapkan mata seperti sodium hyaluronate, propylene glycol atau dextran. Bahan ini efektif memulihkan keadaan kornea mata dan menjaga kelembapan mata serta memberi vitamin A. Di samping itu, bahan seperti sodium klorida atau potasium klorida juga dicadangkan kerana komponen air mata tiruan terdiri daripada bahan-bahan ini.
- Mata tegang – Bahan anti-inflamasi yang mampu mengurangkan iritasi mata sekaligus menjaga nutrisi mata juga efektif untuk mengatasi mata lelah dan cenderung untuk tegang. Contohnya ubat mata yang mengandungi nicotium glycyrrhizinate atau epsilon-aminocaproic acid yang mampu menekan keradangan dan mengurangkan mata merah.
- Jangkitan mata – Gejala-gejala jangkitan bakteria atau virus pada mata atau alahan mata yang kronik, perlu mempertimbangkan ubat titis mata yang mengandungi bahan aktif seperti decongestant, antihistamine atau steroid dengan antibiotik.
8 Ubat Mata Terbaik Di Pasaran
8 Ubat Mata Terbaik
| Rohto Eye Drops Tired Eye Relief Aqua Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Penat | | View Details | Beli di Shopee |
| Eye Glo Moist Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kering | | View Details | Beli di Shopee |
| Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops Ubat Mata Untuk Mata Gatal Akibat Alahan | | View Details | Beli di Shopee |
| Bausch + Lomb ReNu Rewetting Drops Ubat Mata Terbaik Untuk Pemakai Kanta Lekap | | View Details | Beli di Shopee |
| Visine Eye Drops Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Mata | | View Details | Beli di Shopee |
| Rohto Kids Soft Eye Drop Ubat Mata Terbaik Untuk Kanak-kanak | | View Details | Beli di Lazada |
| Himalaya Ophthacare Eye Drops Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Bakteria | | View Details | Beli di Shopee |
| Eye Mo Moist Ubat Mata Terbaik Untuk Kegunaan Harian | | View Details | Beli di Shopee |
Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Penat
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Jika anda perlu bekerja dari rumah ubat titis ini dapat menyegarkan dan memberikan kelegaan lembut yang menenangkan mata kering, tegang dan letih akibat pendedahan berpanjangan kepada penggunaan laptop, komputer, televisyen dan gajet.
Berkesan mengekalkan kelembapan dan air mata semula jadi di mata, memakai ubat titis ini kerana kekeringan dan ketidakselesaan mata akibat memakai kanta lekap juga berupaya menjadi pelembap pelindung kepada mata anda.
Kerengsaan mata akibat asap, habuk, angin, silau matahari dan air berklorin juga dapat memberikan kelegaan yang menenangkan. Ia sesuai digunakan bersama kanta lekap.
Maklumat produk :
- Mengandungi Sodium Chondroitin Sulfate, Potassium Chloride, Calcium Chloride Hydrate, Sodium Chloride, Sodium Bicarbonate, Hypromellose, Boric Acid, Sodium Hyaluronate, Polysorbate 80, Polyoxyethylene Polyoxypropylene Glycol, Disodium Edetate Hydrate, Polyhexamethylene Biguanide, Hydrochloric Acid, Sodium Hydroxide, dan Purified Water.
- Memberi sensasi dingin kepada mata.
- Dicadangkan menggunakan 1 hingga 2 titis pada mata yang terjejas sehingga 5 hingga 6 kali sehari.
- Dinasihatkan untuk menggunakan titisan dalam masa 2-3 bulan selepas dibuka.
- Reka bentuk botol yang inovatif, lut sinar, kecil dan elegan memenuhi tujuan praktikalnya dengan membenarkan pengguna melihat sama ada produk telah bertukar warna atau telah menjadi keruh. Adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakan titisan mata, sekiranya cecair telah bertukar warna, atau menjadi keruh.
Ubat Mata Terbaik Untuk Mata Kering
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Eye Glo Moist Eye Drops merupakan penyediaan pelincir mata yang tidak berminyak yang melembapkan, menyelesakan dan menyegarkan mata yang menjadi kering, mata penat dan tegang akibat membaca atau bekerja lama di skrin komputer, berada dalam persekitaran dalaman yang kering seperti penghawa dingin dan perjalanan udara.
Maklumat produk :
- Ia serasi untuk digunakan bersama dengan kanta sentuh.
- Mengandungi Hydroxypropylmethylcellulose 0.3%, Sorbic Acid 0.1%, EDTA 0.1%.
- Disyorkan menggunakan 1 hingga 2 titik ke dalam setiap mata 3 hingga 4 kali sehari atau mengikut keperluan. Untuk mengelakkan pencemaran botol ubat mata anda, jangan sentuh hujung bekas ke mana-mana permukaan.
Ubat Mata Untuk Mata Gatal Akibat Alahan
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Jika anda mempunyai alergi pada mata, produk ubat titis ini terbaik untuk anda kerana mampu memberikan kelegaan sementara untuk mata gatal akibat ragweed, debunga, rumput, bulu haiwan dan bulu.
Walaupun harganya agak mahal, namun ia memberi kesan pantas dalam beberapa minit sahaja dan menyediakan kelegaan daripada rasa gatal sehingga 12 jam.
Kandungan antihistamine bertindak mengurangkan kegatalan mata kerana histamine dihasilkan oleh badan kita apabila kita terasa sensitif dengan benda asing, sebab itulah mata kita akan berair, merah dan berasa gatal.
Maklumat produk :
- Boleh digunakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas
- Terdapat dalam formula tanpa pengawet
- Letakkan 1 titis pada mata yang terjejas dua kali sehari, setiap 8-12 jam, tidak lebih daripada dua kali sehari.
Ubat Mata Terbaik Untuk Pemakai Kanta Lekap
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Walaupun kebanyakan ubat mata sesuai digunakan untuk si pemakai kanta lekap namun adalah lebih baik jika anda mencari cecair mata khusus untuk situasi anda.
Produk yang boleh anda cuba ialah Bausch & Lomb ReNu Rewetting Drops yang dapat melembapkan kanta lekap anda untuk menenangkan mata dan meminimumkan kekeringan dan ketidakselesaan kanta.
Gunakan ubat sakit mata ini untuk melincirkan, membasahkan semula dan membantu mengelakkan pengumpulan deposit filem pada kanta lekap anda semasa anda memakainya. Ideal untuk pemakaian kanta yang lebih jelas dan selesa. Juga, membantu mengeluarkan bahan bendasing.
Maklumat produk :
- Mengandungi povidone iaitu pelincir berkesan yang memberikan keselesaan pelembab untuk pemakaian kanta yang optimum
- Boleh dipakai setiap hari
Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Mata
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan mata (konjunktiva, kornea dan bahagian tepu kelopak mata) yang disebabkan oleh bakteria.
Mengandungi bahan aktif iaitu gentamicin yang merupakan sejenis antibiotik dan ia membantu membersihkan jangkitan.
Namun, ubat titis mata ini tidak boleh digunakan sewenang-wenang dan secara berterusan kerana ia akan meningkatkan tekanan dalam bebola mata dan menyebabkan masalah glaucoma yang serius.
Maklumat produk :
- Titis 1 hingga 2 titik ubat ke dalam mata yang dijangkiti setiap 4 jam atau untuk jangkitan yang serius, dos mungkin akan dinaikkan kepada 2 titis setiap jam.
Ubat Mata Terbaik Untuk Kanak-kanak
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Anak anda juga boleh mengalami mata merah dan penat akibat daripada menonton televisyen, bermain gajet, membaca, dan menulis. Mereka juga boleh mengalami gejala ini akibat daripada aktiviti berenang, habuk atau berpeluh.
Ubat titis daripada jenama ini dicipta khusus untuk kanak-kanak yang dirumus dengan pH dan tekanan osmotik.
Ia mencipta sensasi yang menenangkan seperti air mata sebenar serta membekalkan nutrien kepada mata dan memulihkan ketegangan mata dengan cepat.
Gabungan bahan aktif membantu menghalang keradangan dan mengurangkan gatal mata dengan berkesan.
Maklumat produk :
-
Mengandungi Asid Aminoetilsulfonat, iaitu asid amino yang meneutralkan klorin dalam kolam renang, Asid Aminocaproic yang boleh menghilangkan kemerahan mata kerana kesan anti-radangnya dan membantu mencegah penyakit mata yang lain. Chlorpheniramine Maleate dapat menghalang pengikatan Histamin pada reseptor dan menghilangkan kemerahan & kegatalan akibat keradangan serta Potassium L- Aspartate yang meningkatkan metabolisme mata dan mengekalkan fungsi mata yang normal.
-
Boleh digunakan pada bayi usia 4 bulan hingga 15 tahun
- Titiskan 2 hingga 3 titik ubat ke dalam mata 6 kali sehari
Ubat Mata Terbaik Untuk Jangkitan Bakteria
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Madu dalam ubat titis mata ini berkesan menghapuskan pelbagai mikroorganisma. Ia adalah agen anti-radang yang menenangkan mata dan menyembuhkan luka dengan cepat.
Bahkan bunga Rose Damask yang terkandung dalam ubat titis mata ini terkenal dengan sifat penyejukannya, apabila digunakan pada mata. Ia memberikan kelegaan daripada keletihan mata dan sindrom penglihatan komputer dan mempamerkan aktiviti antibakteria.
Maklumat produk :
- Sifat antimikrob dan antihistamin yang kuat
- Melawan gangguan oftalmik berjangkit dan alahan
- OphthaCare mempunyai ciri antimikrob dan antihistamin yang kuat, yang memerangi gangguan mata berjangkit dan alahan.
- Memberi kelegaan gejala
Ubat Mata Terbaik Untuk Kegunaan Harian
alt="ubat mata
" width="1200" height="1200" />
Jika anda terasa mata tidak selesa, gunakan sahaja ubat titis Eye Mo Moist. Eye Mo Moist adalah ubat titis mata sesuai untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang kering dan letih akibat membaca berjam-jam, penggunaan komputer dalam tempoh masa yang lama dan terdedah kepada pendingin hawa.
Menariknya, jenama Eye Mo ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah mata kering atau gatal. Ini kerana, rangkaian produk eye mo telah diformulasikan mengikut masalah mata yang berperingkat. Eye mo untuk mata gatal dan eye mo untuk mata kering boleh cuba memakai Eye Mo Moist kerana ia mengandungi bahan pelembap seperti sodium hyaluronate, propylene glycol dan dextran.
Maklumat produk :
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Terbaik sebagai eye mo untuk mata gatal dan eye mo untuk mata kering
- Melembapkan mata dan menyegarkan mata yang kering dan letih kerana mengandungi bahan pelembap yang baik
Perbandingan Harga Ubat Mata Terbaik
|
Jenama |
Kuantiti |
Harga |
Rohto Eye Drops Tired Eye Relief Aqua |
13 ml |
RM15.71 |
Eye Glo Moist |
10 ml |
RM6.08 |
Bausch + Lomb Alaway Antihistamine Eye Drops |
10 ml |
RM77.20 |
Bausch + Lomb ReNu Rewetting Drops |
8 ml |
RM9.06 |
Visine Eye Drops |
15 ml |
RM38.50 |
Rohto Children Soft Eye Drop |
13 ml |
RM33.16 |
Himalaya Ophthacare Eye Drops |
10ml |
RM10.50 |
Eye Mo Moist |
7.5ml |
RM7.48 |
Peringatan Sebelum Memakai Ubat Mata
Ada beberapa jenis ubat titis mata yang tidak sesuai digunakan bersama kanta lekap jadi anda perlu meneliti dahulu produk yang boleh dibeli atau mendapatkan khidmat nasihat ahli farmasi.
Anda juga dinasihatkan untuk menyemak tarikh luput terlebih dahulu sebelum menitiskan ubat tersebut ke mata anda kerana produk cecair mata ini hanya bertahan selama sebulan hingga tiga bulan selepas dibuka tetapi jika melebihi tempoh yang ditetapkan, anda dilarang sekali menggunakannya kerana berkemungkinan dijangkiti kuman.
Buat pengetahuan anda, ubat sakit mata juga boleh menyebabkan kebutaan. Hal ini kerana ada sesetengah produk cecair mata mengandungi steroid yang berkesan merawat banyak penyakit mata.
Kandungan ubat cecair mata juga ada dicampur dengan kombinasi steroid dan antibiotik. Kombinasi ini adalah tidak selamat digunakan jika anda tidak mendapat pengawasan dari doktor mata. Terdapat juga kesan sampingan jika menggunakannya termasuk tekanan mata meningkat, pembentukan katarak dan jangkitan kuman.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak mempercayai mitos keberkesanan ubat titis mata merawat pelbagai penyakit termasuk rabun, katarak dan glaukoma. Jika anda mengalami sakit mata, dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor pakar.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mata Malas Menjejaskan Daya Penglihatan Si Manja, Ibu Bawalah Anak Berjumpa Pakar
Baca juga: Petua Hilangkan Ketumbit Mata Bayi & Kanak-Kanak di Rumah, Namun Awas Jika Melarat Perlu Jumpa Doktor!
Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan