Bayi Siti Nurhaliza akan dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section!

Tak sabarnya menanti bayi Siti Nurhaliza yang bakal dilahirkan 2 minggu lagi ini. Ibu-ibu tahu mengapa kaedah c-section dijalankan jika ingin bersalin?

Tak sabarnya menanti bayi Siti Nurhaliza! Menurut laporan media, mini Siti Nurhaliza ini bakal dilahirkan 2 minggu lagi menerusi kaedah c-section. 

Datuk Siti Nurhaliza itu sendiri berasa sungguh teruja namun masih nervous menanti ketibaan saat-saat dapat memeluk anak pertamanya dalam masa beberapa minggu ini. 

Bayi Siti Nurhaliza bakal lahir 2 minggu lagi!

Menurut laporan, Siti Nurhaliza telah dinasihatkan oleh pakar gynaecologist untuk memilih kaedah pembedahan bagi melahirkan anaknya. Ini berpunca dari beberapa sebab.

"Menurut pakar di pusat kesuburan yang saya pergi, selain faktor umur si ibu, bayi yang hamil menerusi kaedah IVF biasanya memang akan dilahirkan dengan cara c-section."

Siti juga mendedahkan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa amat teruja untuk menyambut anak terbaru dalam tradisi keluarga mereka. 

bayi siti nurhaliza, anak siti nurhaliza, baby siti nurhaliza, siti nurhaliza husband, siti nurhaliza hamil, siti nurhaliza 5 bulan, siti nurhaliza hamil 6 bulan, siti nurhaliza hamil anak perempuan, siti nurhaliza hamil 7 bulan, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza mengandung kembar, siti nurhaliza mengandung dua bulan, Kredit: Star2.com

Dek tidak sabar menanti bayi Siti Nurhaliza itu, mereka sempat memasang lif di dalam rumah untuk memudahkan kerja Siti Nurhaliza kelak. 

Siti Nurhaliza juga telah menghadiahkan lagu yang bertajuk Comel Pipi Merah untuk anaknya nanti. Comel sungguh!

Bayi Siti Nurhaliza bakal lahir dengan c-section. Apa yang harus dijangka?

Satu daripada 3 bayi akan dilahirkan melalui kaedah c-section. Untuk menyediakan bakal ibu dan malah Siti Nurhaliza sendiri, ini merupakan fakta penting dan apa yang harus dijangka dari pembedahan major czer.

Ada beberapa sebab kenapa doktor pakar akan menyarankan pembedahan c-section kepada anda. Antara sebab-sebabnya ialah:

  1. Masalah kesihatan ibu - mungkin ibu ada masalah kencing manis, tekanan darah tinggi atau masalah jantung. Bersalin normal mampu memberi lebih tekanan pada badan ibu
  2. Jangkitan mungkin disebabkan oleh HIV positif atau herpes
  3. Kesihatan bayi - mungkin bayi melalui tricky journey yang memerlukan beliau diselamatkan dengan pembedahan
  4. Saiz bayi - bayi yang besar tidak muat untuk melalui saluran peranakan
  5. Berat ibu - ibu dengan berat badan berlebihan akan berisiko memerlukan pembedahan c-section
  6. Umur ibu - Semakin tinggi usia ibu, semakin ibu berisiko terpaksa bersalin dengan kaedah c-section.
  7. Anak songsang - c-section diperlukan untuk menyelamat anak songsang
  8. Masalah plasenta - Jika ibu mengalami plasenta previa atau praeklamsia, pakar memang akan menggalakkan pembedahan c-section

bayi siti nurhaliza, anak siti nurhaliza, baby siti nurhaliza, siti nurhaliza husband, siti nurhaliza hamil, siti nurhaliza 5 bulan, siti nurhaliza hamil 6 bulan, siti nurhaliza hamil anak perempuan, siti nurhaliza hamil 7 bulan, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza mengandung kembar, siti nurhaliza mengandung dua bulan, Kredit: Flickr

Kadang-kala, anda mungkin sudah merancang untuk bersalin normal, namun tiba-tiba, anda terpaksa menjalani pembedahan pula. Mengapa? Antara sebabnya ialah:

  • Proses beranak tidak bermula - jika bukaan rahim sudah berlaku dan ibu mengalami kontraksi selama 24 jam, namun masih tidak boleh bersalin, doktor memang akan memilih pembedahan
  • Ibu kepenatan - jika ibu terlalu kepenatan dan bayi dalam masalah, ibu boleh memilih proses c-section
  • Tali pusat terbelit
  • Rahim ibu pecah

Apa yang terjadi dalam proses bersalin dengan c-section untuk bayi Siti Nurhaliza ini?

Sama ada proses bersalin secara c-section itu telah dirancang atau keputusan last minute, tapi pembedahan ini sekejap saja.

Ia mengambil masa selama 10 minit atau kurang, diikuti dengan 30 minit untuk menjahit luka pembedahan. Kebanyakan hospital sekarang cuba ingin melakukan proses bersalin ini lebih family friendly.

bayi siti nurhaliza, anak siti nurhaliza, baby siti nurhaliza, siti nurhaliza husband, siti nurhaliza hamil, siti nurhaliza 5 bulan, siti nurhaliza hamil 6 bulan, siti nurhaliza hamil anak perempuan, siti nurhaliza hamil 7 bulan, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza mengandung kembar, siti nurhaliza mengandung dua bulan,

Pasangan anda boleh masuk ke dalam dewan bedah dan berjumpa atau memegang bayi baru lahir itu buat pertama kali. 

Mula-mula, si ibu akan diberi ubat epidural untuk memberi kesan kebas di bahagian bawah badan. Kemudian, bahagian abdomen ibu akan dicukur (jika perlu) dan dibasuh dengan antiseptik. 

Perut anda akan ditutup dengan kain rentang untuk mengelak anda melihat aksi "sebenar" yang sedang mereka jalankan. Jika anda memilih gentle c-section, kain rentang yang digunakan berwarna clear untuk anda melihat proses pembedahan. 

Kami di theAsianparent mendoakan agar anak Siti Nurhaliza berjaya dilahirkan dengan penuh selamat dan sihat. Semoga Datuk Siti juga tabah, kuat dan bersemangat untuk mengharungi pengalaman baru ini.

Selamat berjaya semuanya. Untuk ibu-ibu yang pernah menjalani pembedahan c-section, mari kongsi info ini dengan wanita-wanita lain di luar sana ;)

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: New Straits Times, What to Expect

Kredit gambar: Media Hiburan

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!