Akibat Cuai - Bayi Songsang Maut Leher Terputus & Kepala Tertinggal Dalam Rahim!

Staf hospital yang cuai ketika proses bersalin seorang ibu telah mengakibatkan kematian bayi apabila kepalanya terputus dua setelah diasak keluar dari pintu rahim terlalu kasar!

Baru-baru ini, laman sosial digemparkan lagi dengan berita bayi songsang dilahirkan secara normal maut setelah kepalanya terputus ketika proses kelahiran berlangsung!

Apa yang terjadi pada awalnya adalah seorang jururawat lelaki melakukan kecuaian ketika membantu proses melahirkan bayi songsang itu secara normal kerana dia telah menarik bayi keluar terlalu kuat. Sementara ibunya pula, masih berjuang meneruskan hidup.

Tragedi menyayat hati - Bersalin bayi songsang secara normal 

bayi songsang, bayi songsang maut, bayi songsang mati, bayi songsang putus kepala, bayi kedudukan songsang, kedudukan bayi songsang, kedudukan songsang, bersalin normal bayi songsang, bayi berada di kedudukan terbalik

Setelah kejadian itu, jururawat terbabit dan rakannya dilihat membawa tubuh bayi terbabit ke bilik mayat dan meminta keluarga pesakit memindahkan ibu tersebut ke hospital lain.

Namun, dia masih menyembunyikan apa yang terjadi dan mengatakan ibu tersebut mengalami masalah kesihatan yang kronik dan perlu menjalani rawatan intensif.

Setelah itu, wanita tersebut terus di bawa ke hospital yang lain dan melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan plasenta yang tertinggal sekaligus menemui kepala janin yang masih ada di dalam rahim.

Dari situ kebenaran terjawab dan diketahui oleh pihak keluarga tentang berita yang mengejutkan itu. Kes masih disiasat kerana ia membabitkan kecuaian staf perubatan hingga menyebabkan kematian bayi.

Komplikasi dan risiko melahirkan bayi songsang secara normal 

Secara lazimnya, apabila sudah masuk ke trimester ketiga, bayi akan menukar posisi kedudukannya beberapa minggu sebelum proses bersalin.

Posisi kedudukan ini akan berubah di mana kepala bayi akan berada di bawah dan hari demi hari, bayi akan turun dan bergerak lebih dekat ke pintu rahim.

Namun jika sebaliknya, sama ada badan atau kaki bayi yang berada di bawah, ia dipanggil songsang.

Ini antara sebab bayi dalam keadaan songsang 

Boleh atau tidak bayi songsang dilahirkan secara normal? 

bayi songsang, bayi songsang maut, bayi songsang mati, bayi songsang putus kepala, bayi kedudukan songsang, kedudukan bayi songsang, kedudukan songsang, bersalin normal bayi songsang, bayi berada di kedudukan terbalik Kredit: The Malaysian Medical Gazette

Pada dasarnya, untuk bersalin secara normal, bayi sepatutnya dalam kedudukan kepala di bawah kerana ia dapat melancarkan proses bersalin.

Jika bayi dalam posisi songsang, maka proses bersalin akan menjadi lebih sukar kerana kaki akan keluar terlebih dahulu dan risiko bayi tersangkut jauh lebih tinggi!

Bukan itu saja, bayi juga boleh terlilit tali pusat ketika bergerak menuju ke pintu keluar sekaligus memperlahankan oksigen dan darah kepada bayi.

Jika ia terlalu berisiko, ibu disarankan untuk bersalin czer kerana ia jauh lebih selamat dan dapat mengurangkan ancaman terhadap ibu dan bayi.

Malah ia juga dipersetujui oleh The British Journal of Obstetrics and Gynecology. Menurutnya meskipun ada kepakaran pakar namun pembedahan czer merupakan keputusan yang lebih selamat bagi menyelamatkan nyawa bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Adisty Titania dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!