Lidah mempunyai banyak reseptor yang membolehkan bayi merasai perbezaan tekstur sesuatu benda. Ia menjadikan lidah mereka tempat yang paling sensitif untuk merasa. Disebabkan itu, kerap kali bayi memasukkan benda ke mulut untuk belajar tentang sesuatu benda.
Memasukkan benda ke dalam mulut membantu anak anda belajar menggunakan sensori mereka. Tetapi aktiviti ini boleh juga membahayakan mereka.
Cara pastikan keselamatan jika bayi memasukkan benda ke mulut
Berikut adalah bagaimana anda boleh memastikan keselamatan bayi anda walaupun dia sedang meneroka:
- Pastikan tiada benda bahaya di sekelilingnya
Bayi mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Apa sahaja di depan mata mereka akan menarik perhatian untuk mereka masukan ke dalam mulut. Disebabkan itu, ibu bapa harus memastikan tiada benda yang bahaya di sekeliling mereka.Loading...You got lucky! We have no ad to show to you!Antara benda bahaya yang kadang-kala ibu bapa terlepas pandang ialah:
– pil-pil dan ubatan di bawah kerusi atau karpet
– wayar
– biji-biji manik, butang dan seumpamanya - Berikan ‘teether’ Belikan mereka alat menggigit yang berwarna-warni dan pelbagai tekstur. Mereka pasti akan ralit dengan ‘teether’ mereka. Secara tidak langsung, mengelakan mereka dari mengutip sembarangan.
- Kawasan selamat Wujudkan kawasan selamat atau ‘safe zone’ untuk mereka. Sama ada letakan mereka di dalam ‘playard’ atau katil bayi yang bebas dari barangan bahaya. Letakan mainan sensori supaya mereka tidak menangis berada di dalam ‘safe zone’ itu.
- Ajarkan mereka memahami maksud ‘JANGAN’ Memang mereka tidak faham dengan apa yang kita cuba sampaikan. Tetapi kita boleh ajarkan dengan perbuatan. Setiap kali melarang mereka dengan perkataan jangan, tunjukkan juga perbuatan tidak memasukan sesuatu benda ke dalam mulut. Tetapi jangan gunakan bahasa yang kasar.
- Elakkan karpet Sebenarnya, karpet boleh membahayakan bayi yang sedang giat meneroka. Dari habuk dan debu yang kita tidak nampak hinggalah, benda-benda yang mungkin tersorok di dalam bulu karpet. Contohnya jarum yang memang sukar dilihat dengan sekali pandang.
Fasa memasukkan barang ke dalam mulut adalah fasa yang penting untuk mereka belajar. Jangan hadkan penerokaan mereka. Tetapi, sediakan ruang yang selamat untuk mereka untuk terus meneroka dan meransang sensori mereka.
Selamat mencuba ibu-ibu semua!
Baca juga:
7 Tip Keselamatan Memandikan Bayi Yang Anda Tidak Boleh Abaikan