Apabila bayi anda mula menangis dan merengek apabila berada dekat dengan orang lain, ia boleh menjadi mengelirukan dan memalukan.
Ketakutan bayi anda boleh menyebabkan orang ramai untuk rasa bersalah dan memohon maaf kerana mengganggu si manja anda.
Tetapi apabila bayi anda berada di sekitar bayi-bayi lain, anda mungkin tertanya-tanya, “kenapalah bayi saya benci bayi lain?”
Kadang kala, dia juga suka menggigit atau memukul bayi lain. Kenapa agaknya dia suka berbuat begitu?
Jessica Zablan, pemilik syarikat The Birth & Baby, memberitahu Romper dalam satu wawancara yang “benci” bukanlah perkataan yang betul.
Dia menyatakan yang ia mungkin yang bayi anda takut atau terlalu teruja, sesuatu yang boleh berlaku dengan mudah bagi bayi.
“Bayi boleh menjadi terlalu teruja dan, lebih lagi, apabila mereka tidak dapat melihat dengan baik dan mendengar bunyi yang baru, mereka mudah teruja.”
Kenapa bayi mudah teruja
Terdapat perkara-perkara lain yang boleh membuatkan bayi anda teruja.
Menurut Secrets of Baby Behaviour, bayi di bawah 3 bulan juga mudah berasa takut atau terganggu kerana melihat terlalu banyak muka-muka baru.
Mereka juga takut terhadap sesuatu yang datang terlalu hampir dengannya yang boleh menjadi begitu banyak bagi mereka untuk kendalikan.
Artikel ini menjelaskan bahawa kira-kira pada umur 6 bulan, bayi boleh berasa marah atau terganggu apabila melihat muka-muka baru. Kerana itulah, mereka mula berasa bimbang dengan orang yang tidak dikenali.
Kebimbangan terhadap orang asing adalah naluri biasa bayi kerana ia mengekalkan bayi dekat dengan ibunya.
Naluri ini boleh membantu mencegah bayi daripada pergi terlalu jauh daripada ibu bapa mereka semasa mereka meneroka kebebasan baru mereka.
Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan kebimbangan orang yang tidak dikenali atau berlebihan?
Untuk bayi yang lebih muda yang mudah terganggu, Secrets of Baby Behaviour mencadangkan, ia adalah idea yang baik untuk anda memegang bayi anda dan memberikan mereka masa seketika dari bayi-bayi lain jika anda mula perasan bayi anda mula merengek.
Bagi bayi yang lebih tua yang mengalami ketakutan orang yang tidak dikenali, laman web Ask Dr. Sears mencadangkan, untuk anda berada dalam persekitaran sosial bayi, anda perlu bertindak sebagai penampan yang positif untuk memastikan mereka berasa selamat dan selesa secara beransur-ansur.
Atasi masalah bayi yang suka merengek ketika berkawan
Zablan menyatakan bahawa jika ibu-ibu baru mendapati perjumpaan mereka dengan bayi lain tidak memberangsangkan, mereka boleh cuba di dalam kumpulan yang kecil, atau duduk di atas lantai bersama-sama dan memberi bayi makan.
Tindakan ini akan membantu bayi anda melihat sekeliling dan belajar persekitaran mereka dengan selamat di tangan ibu bapa mereka.
Ketidakselesaan bayi anda sekitar bayi lain tidak bermakna mereka akan membesar menjadi seorang penyendiri – mereka hanya tidak begitu pasti dengan muka-muka baru yang lain.
Jadi, maafkan mereka jika mereka merampas atau mencuri mainan bayi lain. Atau, jika mereka tiba-tiba merengek bila ada bayi duduk sebelah mereka.
Banyakkan bersabar, sokong mereka untuk memahami emosi sendiri dan buatkan persekitaran yang tenang. Ia boleh membantunya!
Rencana diterjemahkan daripada Romper.