Malaikat Kecil Ini Meninggal Dunia Selepas Tengkorak Kepala Retak Akibat Forcep

Hancur hati ibu apabila bayi yang dilahirkan dengan prosedur forcep ini maut kerana tengkorak kepalanya retak. Ibu hamil harus tahu risiko prosedur forcep.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amaran pentingSebelum menjalani sebarang prosedur perubatan, ketahui apakah risiko prosedur tersebut daripada pakar.

Kami amat bersimpati atas kehilangan satu lagi nyawa berharga yang tak bersalah ini – Olivia.

Sepanjang 9 bulan seorang ibu mengandung, pelbagai harapan dan impian memenuhi lubuk hatinya.

Pasti dia mahu yang terbaik untuk si manja yang belum lahir itu. Sebab itu dia sanggup makan dengan betul, cuba dapatkan rehat dan tinggalkan semua amalan yang tak sihat demi kesihatan janin.

Tapi, tak pernah terlintas di hati mereka untuk sesuatu yang buruk terjadi ketika ingin bersalin. Terutamanya jika ia bukan atas kesalahan diri sendiri!

Kredit: Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepala bayi retak kerana prosedur forcep

Tapi itulah mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi ibu ini, Rachel Melancon. Beliau hamil dengan sihat sebelum tiba-tiba tarikh bersalinnya telah terlebih tempoh.

Overdue! Lalu, beliau meminta doktor untuk menjalankan pembedahan c-section. Tambahan pula, bayi tersebut dikatakan besar berbanding badannya yang kecil itu.

Tapi menurut ibu mertua Rachel, pihak hospital tidak menggalakkan pembedahan c-section dijalankan kerana takut akan “meninggalkan” parut.

Jadi, Rachel terpaksa menanti sehingga 18 jam sebelum bersalin. Ketika itu, denyutan nadi bayi dalam kandungan telah meningkat.

Malah, Rachel juga mengalami demam setinggi 103 darjah celcius!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 jam kemudian, Rachel masih cuba meneran dan bayi tiada tanda-tanda untuk keluar. Pemeriksaan lanjut mendapati bayi berada dalam posisi yang salah.

Jadi doktor cuba mengubah posisi bayi dengan tangannya. Apabila ia juga tak berjaya, forcep terpaksa dilakukan.

Tapi, ketika itu juga sesuatu telah terjadi…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ibu bapa tersebut, mereka terdengar bunyi “pop” seakan sesuatu retak. Rupa-rupanya, bunyi itu adalah bunyi tengkorak anak mereka!

Selepas tidak berjaya mengeluarkan bayi tidak bersalah itu melalui forcep, Rachel dipaksa untuk melakukan pembedahan c-section, akhirnya.

Olivia Marie, bayi itu dilahirkan dengan tengkorak yang retak dan saraf tunjang patah, mengakibatkan otaknya rosak.

Kredit: Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang lebih menyayatkan hati, dia tak dapat diselamatkan. Selepas 5 hari, malaikat kecil ini maut dan pergi untuk selama-lamanya…

Risiko prosedur forceps untuk ibu dan anak

Keretakan tulang atau tengkorak adalah risiko yang paling terkenal bagi prosedur forcep. Sebab itu ibu hamil harus lebih berhati-hati dan mengetahui risiko sebarang prosedur bersalin.

Malah, ibu hamil juga harus tahu bila saat-saat forceps diperlukan.  

Menurut Mayo Clinic, prosedur forcep mungkin diperlukan jika serviks anda sudah terbuka sepenuhnya, membran sudah pecah dan bayi telah turun ke saluran peranakan, namun anda masih tak boleh menolak bayi keluar.

Jadi, prosedur forceps diperlukan untuk menyelamatkan bayi. Namun, c-section juga boleh dijalankan dengan serta-merta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, forcep memiliki beberapa risiko pada ibu dan anak, seperti:

  • Kesakitan di perineum – tisu antara faraj dan dubur
  • Koyak di bahagian bawah kemaluan dan luka
  • Sukar untuk kencing
  • Kencing manis jangka pendek dan panjang
  • Anemia (kurang sel darah merah kerana hilang banyak darah)
  • Pundi kencing dan uretra tercedera
  • Pecah rahim 

Untuk bayi pula, antara risiko yang mungkin boleh terjadi termasuklah:

  1. Kecederaan di bahagian muka akibat tekanan daripada forcep
  2. Lemah otot muka secara sementara (facial palsy)
  3. Trauma di kawasan luar mata
  4. Tengkorak retak
  5. Pendarahan dalam tengkorak
  6. Sawan

Ingatlah, anda harus berbincang dengan doktor pakar tentang sebarang kerisauan yang anda takuti.

Malah, anda juga perlu tahu apa-apa maklumat tentang proses bersalin untuk sentiasa bersedia dengan apa-apa cabaran.

Semoga bayi ini tenang di sisi Tuhan sekarang. Takziah diucapkan.

Anda ada pengalaman ngeri sepanjang prosedur forcep? Kongsikan dengan kami di bawah!

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Melahirkan dengan Forceps, Kenali Langkah Pelaksanaannya hingga Risiko bagi Janin dan Ibu

Penulis

Ayu Idris