Bayi usia 51 hari terima padah akibat asap rokok

Ibu mangsa tersentak apabila doktor memberitahu bayinya terdedah kepada bahaya rokok seawal usia 51 hari. Suaminya seorang perokok, namun dia tidak hisap rokok di hadapan bayi. Jadi, bagaimana asap rokok mengundang bahaya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkongsian ini ditulis oleh Cik Bybie menerusi akaun Facebooknya pada bulan Oktober 2016 lalu. Dalam post yang ditulis, beliau meluahkan rasa geram, marah dan gementar apabila bayinya, Ummi Mior Zhariff Imraz yang berusia 51 hari telah menerima padah akibat asap rokok. Suaminya adalah perokok, namun dia tidak merokok di hadapan anak mereka.

Imraz asyik selesema, batuk berkahak dan muntah selepas minum susu sehingga dia sukar bernafas. Beliau yang panik segera membawa Imraz ke hospital. Doktor memberi ubat untuk merawat selesema Imraz. Namun, selepas beberapa hari – selesema, batuk berkahak dan muntah Imraz masih belum reda. Akibatnya, dia dibawa kembali ke hospital.

Soalan pertama yang ditanya doktor mengejutkan Cik Bybie.

“Suami awak merokok?”

Cik Bybie mengiyakan. Doktor tersebut membuat kesimpulan Imraz, bayi berusia 51 hari ini telah terdedah kepada bahaya rokok. Tapi, suaminya tidak merokok berhampiran Imraz. Jadi, bagaimana hembusan beracun itu mampu mengundang bahaya buat Imraz?

Rokok pembunuh dalam senyap

Ramai yang tidak mengetahui hakikat ini, tetapi menurut Organisasi Kesihatan Kanak-Kanak, semua individu terdedah kepada bahaya rokok walaupun tanpa menghisapnya. Rokok amat efektif untuk menyebarkan kimia berbahaya – seperti nikotin dan karbon monoksida. Antara bahaya rokok yang didedahkan ialah:

Secondhand Smoke –  asap rokok yang dihidu setelah rokok dihisap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Thirdhand Smoke – asap yang ditinggalkan daripada rokok. Ia boleh meresap ke dalam baju, perabot, karpet, dinding malah rambut.

Secondhand smoke telah meragut hampir 3,000 nyawa akibat kanser paru-paru. Manakala thirdhand smoke adalah bahaya yang tidak diketahui ramai. Doktor menjelaskan bayi terdedah kepada bahaya rokok apabila mereka disentuh, dicium malah dibelai oleh perokok – akibat kesan asap yang melekat pada baju perokok tersebut. Sebab itu, anda dinasihatkan untuk benar-benar bebas dari asap rokok sebelum menyentuh si manja.

Kanak-kanak dan bayi yang terdedah kepada asap rokok akan mengalami:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

SIDS adalah satu mimpi ngeri yang boleh berlaku pada bayi seawal usia satu bulan hingga satu tahun. Tiada penjelasan jelas mampu menjawab mengapa SIDS terjadi. Tetapi, kajian mendapati mengelakkan asap rokok dari rumah mampu mengurangkan risiko SIDS sehingga 80%.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mencegah bahaya asap rokok

Jadi, bagaimana ingin mencegah bahaya rokok daripada menjangkiti si manja anda? Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan:

  1. Berhenti merokok (jika anda merokok)
  2. Jangan merokok berhampiran bayi
  3. Jangan benarkan sesiapa merokok dalam rumah, kereta atau bilik anda
  4. Jauhi zon merokok
  5. Buka tingkap untuk membenarkan pengedaran udara
  6. Guna penapis udara
  7. Vakum rumah dengan mesin penapis udara
  8. Cuci baju, permainan, selimut malah sebarang objek milik bayi dengan kerap
  9. Mandi dan salin baju sebelum memegang bayi (jika anda merokok)

Jangan segan untuk menegur pasangan anda juga. Rokok membahayakan kesihatan anda malah insan tercinta. Jangan dek kerana hembusan ini, nyawa anda malah si manja melayang.

Sumber: Parenting.com, QuitDay.org, BabyCenter, MarchofDimes.org, dan Healthchildren.org

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris