Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Ibu: Bahaya Tertelan Objek Asing!

Hati-hati ibu semua! Bayi terdedah pada bahaya jika mereka tertelan benda asing. Jom tengok apa tanda-tanda jika mereka tertelan sesuatu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi Tertelan Pin Tudung

Baru-baru ini, ibu bapa digemparkan dengan penyebaran gambar x-ray seorang bayi dikatakan tertelan pin tudung ibunya

Selepas tular, berita itu disahkan benar oleh pihak Harian Metro. Kejadian berlaku pada 14 Julai yang lalu. 

Seorang bayi berusia 10 bulan, bernama Muhammad Naufal Hakim telah tertelan pin tudung tersebut ketika didukung ibunya.

Ketika kejadian, bayi kecil itu menarik pin terbabit lalu terus memasukkannya ke dalam mulut, sebelum ia ditelan.

Tiba-tiba, pin tudung sebesar kira-kira 3 sentimeter itu tersangkut di paru-paru bayi malang terbabit. 

Kredit gambar: Harian Metro

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sosial, bayi tersebut mengalami luka dalaman yang agak serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Jurucakap hospital dilaporkan berkata bayi 10 bulan terbabit telah berjaya dibedah dan pin yang tersangkut di paru-parunya telah dikeluarkan. Amin.

Kredit gambar: My News Hub

Semoga Muhmmad Naufal Hakim kuat untuk mengharungi cabaran ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan ibu bapa sekalian, hati-hati dengan benda-benda kecil yang boleh dimasukkan oleh anak ke dalam mulut mereka.

Kanak-kanak memang terbukti suka memasukkan benda kecil ke dalam mulut. Ia cara mereka “mula meneroka”. Sebab itu anda perlu sentiasa berwaspada! 

Jom semak bagaimana anda boleh tahu jika mereka tertelan objek asing.

Tanda-tanda tertelan objek asing

Jika mereka tertelan objek pepejal, mereka akan tercekik. Jadi, perhatikan tanda-tanda ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • tiba-tiba sukar bernafas
  • menangis
  • batuk
  • cuba bercakap
  • meleleh air liur lebih banyak dari biasa
  • sukar menelan
  • hendak muntah
  • demam

Kanak-kanak juga terbuka untuk terkena kemalangan keracunan akibat tertelan objek asing yang berbahaya seperti produk pencuci.

Jadi, jom semak apa tanda-tanda mereka keracunan pula.

Tanda-tanda keracunan

Biasanya, anda akan perasan mereka mungkin keracunan apabila mereka jatuh sakit secara tiba-tiba, tanpa sebab yang munasabah. 

Kemudian, mereka akan mengalami beberapa tanda berikut, seperti:

  • mengantuk
  • muntah
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • sakit di sekeliling mulut mereka
  • menggigil
  • sakit kepala
  • meragam
  • pernafasan tak teratur
  • hilang selera makan
  • sukar menelan
  • ruam kulit
  • air liur meleleh
  • sawan
  • bibir dan kulit bertukar warna biru

Apa yang harus anda buat jika kejadian seperti ini berlaku?

Jangan panik. Ikut langkah seperti di bawah, jika anda mendapati anak anda mungkin tertelan sesuatu yang berbahaya dan beracun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ketahui apa, bila dan berapa banyak bahan yang ditelan
  2. Segera bawa anak anda ke Bahagian Kecemasan
  3. Hubungi 999 jika anda perlu bantuan ambulan
  4. Bawa sampel atau bekas bahan beracun terbabit untuk diberi pada phak hospital

Antara objek asing yang berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak

Cara terbaik untuk melindungi anak anda daripada bencana ini adalah dengan menyimpan semua objek-objek berikut di tempat yang selamat.

Pastikan anak anda tak boleh mencapai semua objek terbabit. Antaranya:

  • barang perhiasan seperti rantai, subang, rantai kaki, pin
  • minyak wangi, krim badan, krim after shave, losyen, deodoran
  • produk pencuci rumah
  • bateri kecil 
  • alat mekap
  • pil atau sebarang ubat
  • kaca
  • cat, penghilang cat
  • racun serangga

Semoga semuanya selamat saja!

Sumber rujukan: Harian Metro, My News Hub dan Baby Center

Kredit gambar: My News Hub

Baca juga:

8 Benda Doktor Pakar Enggan Simpan Dalam Rumah Mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris