Ajaib, Bayi Ini Ditumbuhi Benjolan Di Kepala Seakan-Akan Unicorn!

Apakah penyebab bayi dilahirkan bertanduk kepala? Adakah ia menjejaskan kesihatan bayi apabila besar nanti?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini digemparkan seorang ibu muda melahirkan seorang bayi unicorn atau bayi bertanduk. Pasangan suami isteri Angel Puerto dan Ronel Prado selamat menimang bayi lelaki pada penghujung Januari yang lalu. 

Tidak lama selepas kelahiran bayi, mereka terkejut mendapati bayi tersebut dinaiki tanduk dan mempunyai keadaan yang dikenali sebagai encephalocele.

Pada mulanya, ia seakan benjolan berbentuk telur, tetapi lama-kelamaan benjolan itu menyerupai tanduk dan semakin membesar. Ibu bapa bayi malang itu berharap mereka dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk kos pembedahanan. 

Sehingga kini, mereka membalut kepala bayi unicorn itu untuk mengelakkan kecederaan dan pendarahan. 

Keluarga ingin lakukan pembedahan terhadap bayi unicorn 

Ini merupakan bayi unicorn pertama dilahirkan dan insiden ini mendapat perhatian seluruh dunia. 

Menurut ibu bayi unicorn tersebut, beliau sendiri tidak pernah melihat bayi yang mempunyai tanduk di kepala dan mungkin ini merupakan salah satu rahmat buat keluarganya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya tidak pernah melihat bayi unicorn sebelum ini, mungkin ia bawa petanda baik dalam keluarga kami kerana dia mempunyai tandak di kepala.  “Namun kami sedang mencari dana yang mencukupi untuk pembedahannya nanti dan ingin melakukannya dengan secepat mungkin.” 

Apa itu Encephalocele yang dihidap bayi unicorn ini

Pasti anda tertanya-tanya, apa itu encephalocele?

Ia merupakan kecacatan ketika dilahirkan yang jarang berlaku. Ia melibatkan tisu yang menonjol dan pecah melalui bukaan tengkorak kepala, lalu membentuk kantung yang dilindungi kulit. 

Encephalocele mengandungi saluran darah, tisu otak dan sistem saraf. Jika doktor ingin melakukan pembedahan, ia perlu dilakukan secara terperinci dan rapi. 

Biasanya, keadaan ini boleh dikesan awal ketika ibu melakukan ultrasound ke atas janin. Tetapi dalam beberapa kes, selepas bersalin baru ibu bapa akan temui tanduk bayi unicorn ini. 

Keadaan lain yang berkaitan dengan kes seperti ini adalah hidrosefalus, microcephaly, dan lumpuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah risiko yang mungkin terjadi selepas bayi unicorn dibedah?

Kredit: Health.sunnybrook.ca

Hanya melalui pembedahan saja yang boleh merawat kecacatan kelahiran ini. Pakar bedah akan mengeluarkan kantung bayi unicorn dan menutupnya. 

Namun, jika doktor mendapati ia sudah ditutup dengan kulit, maka pakar bedah akan menangguhkan pembedahan hingga bayi membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu kecacatan bayi unicorn ini masih diteliti dan ia tidak ada sangkut paut dengan gaya hidup ibu semasa hamil. 

Sekiranya pembedahan berjaya, bayi unicorn mengalami simptom ini iaitu:

  • Perkembangan yang lewat 
  • Kecacatan intelektual 
  • Masalah penglihatan 
  • Tumbesaran mungkin terbantut 
  • Hydrocephalus (cecair dalam otak) 
  • Lumpuh tangan dan kaki 
  • Mempunyai saiz kepala yang kecil 
  • Ataxia iaitu pergerakan lemah dan tak stabil 
  • Kekejangan 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

https://my.theasianparent.comjantung-diluar-dada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan