Wanita bukan saja ingin penampilan yang cantik dan sempurna. Sesetengah wanita juga amat menitikberatkan tentang penampilan Miss V mereka sehingga bedah vagina menjadi satu trend terbaharu.
Seorang pelakon Indonesia Nikita Mirzani tak terkecuali dalam mengikuti trend bedah vagina ini. Dia melakukan pembedahan vaginoplasty supaya farajnya menjadi seperti anak dara selepas berkahwin dengan suami baharunya.
Tahukah anda yang bedah vagina ini ada pelbagai jenis? Jom kita ketahui apa kelebihan setiap prosedur pembedahan dan perbezaannya. Anda pasti terkejut dengan 3 jenis bedah vagina ini!
3 jenis prosedur bedah vagina yang anda tak pernah tahu
Bedah vagina #1: Labiaplasty
Labiaplasty merupakan pembedahan untuk mengurangkan panjang lipatan kulit pada bahagian dalam kedua-dua belah vagina.
Wanita memilih melakukan labiaplasty adalah untuk mengurangkan sakit semasa menaiki basikal, berhubungan seks, gatal atau iritasi.
Bedah vagina #2: Hymenoplasty
Hymenoplasty adalah penambahbaikan selaput dara, iaitu selaput yang menutupi sebahagian dari lubang vagina. Bagi kebanyakan budaya dan agama, selaput dara menjadi lambang perawan bagi setiap gadis.
Selaput dara boleh terkoyak semasa melakukan hubungan seksual, sukan yang berat atau apabila menggunakan tampon. Oleh sebab itu, ramai wanita yang ingin membaikpulih selaput dara mereka.
Bedah vagina #3: Peremajaan vagina
Peremajaan vagina ini sesuai dilakukan oleh mereka yang sudah melahirkan anak.
Tapi, ada juga yang melakukan pembedahan ini untuk meningkatkan sensitiviti semasa gesekan antara zakar dan vagina yaang akan menambah kenikmatan semasa melakukan hubungan seks.
Siapa yang sesuai melakukan peremajaan vagina ini?
- Wanita yang belum pernah bersalin secara normal.
- Wanita yang memiliki vagina longgar semula jadi.
- Wanita yang memiliki vagina longgar atas faktor penuaan atau seks yang berlebihan.
- Wanita yang vaginanya tidak sensitif semasa melakukan hubungan seks.
Untuk mengetahui perbezaan antara prosedur bedah vagina ini, sila lihat video di bawah.
Kini, banyak juga hospital-hospital terutamanya hospital bersalin di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan bedah vagina ini.
Jika anda berminat, anda boleh cuba tanyakan pada pakar untuk pemahaman yang lebih lanjut dan mengetahui prosedur pembedahan yang mana sesuai untuk anda lakukan.
Selain dari pembedahan yang perlu menggunakan duit yang banyak, di kedai-kedai jamu juga terdapat produk-produk yang khabarnya boleh mengembalikan keremajaan Miss V anda.
Tapi pastikan yang ianya selamat ya sebelum anda gunakan. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Baca juga: