Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

undefined

Ini teknik menggalas beg sekolah kanak kanak yang betul supaya dapat membendung masalah postur badan yang membongkok dan sebagainya.

Kasihan bila tengok budak galas beg sekolah kanak kanak yang terlampau berat sampai ada yang sudah mencecah ke bawah punggung. Tak cukup dengan buku yang ada dalam beg, mereka juga menjinjing buku dengan tangan sambil diikat dengan tali buku.

Bila sampai di rumah tentulah keadaan ini akan membuatkan anak- anak rasa tak selesa, sakit pinggang, lenguh bahu dan sebagainya sekaligus membuatkan tumpuan mereka untuk belajar terganggu.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul bagi mengelak kemudaratan pada anggota badan anak. Hal ini kerana, pemilihan beg sekolah kanak kanak yang salah boleh menyebabkan sakit leher, sakit belakang dan masalah tulang belakang seperti skoliosis dan kyphosis.

Jadi, bagaimanakah cara yang betul untuk memilih beg sekolah anak? Ia dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Greatlife Physiotherapy dan Rehabilition di laman Facebook miliknya.

Cara Memilih Beg Sekolah Kanak Kanak Yang Betul

#1. Jenis beg sekolah

beg sekolah kanak kanak

Beg sekolah tersebut mestilah mempunyai tali penyandang dan ada pelapik span, tapi penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.

#2. Dalaman beg sekolah

beg sekolah kanak kanak

Bagi ruang dalam beg sekolah kanak kanak pula, perlu mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat supaya buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada kawasan atau ruang yang dekat dengan tubuh si pemakai.

#3. Saiz beg

Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

Saiz sesebuah beg galas juga memainkan peranan yang sangat penting, di mana bahagian atas mestilah berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Sekiranya bahagian bawah mencecah punggung, itu bermakna beg terlalu besar.

Teknik menggalas beg yang betul dan tepat

Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

#1. Perkara pertama yang perlu ibu bapa tahu adalah berat beg dan isiya tidak melebihi daripada 15 peratus daripada berat badan si pemakai.

Jika berat pemakai adalah 20 kilogram maka berat beg mestilah tidak melebihi dari 3 kilogram. Jikalau ada muatan yang lebih, mereka boleh membawanya dengan tangan dan lekap di atas dada.

#2. Teknik yang seterusnya dalah tali penyandang mestilah dipendekkan sehingga beg betul-betul rapat dengan tubuh dan tidak melondeh ke bawah.

Ia bertujuan bagi memastikan bebanan tertumpu hanya kepada sebelah bahagian tubuh sahaja. Ini kerana, beban yang tidak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

Jadi kalau tengah nak beli beg sekolah anak-anak, pilihlah yang terbaik demi kesihatan mereka. Seterusnya mengelak anak daripada sakit di kemudian hari kelak. Semoga bermanfaat.

Kesan mengangkat beg sekolah yang berat

Ini adalah beberapa kesan yang boleh berlaku sekiranya anak-anak menggalas beg sekolah yang terlalu berat seperti berikut:

  • Sakit di bahagian sendi yang terlibat
  • Penat dan letih
  • Berasa tidak selesa
  • Beg sekolah yang terlalu berat boleh menyebabkan ketegangan kepada otot bahu dan leher
  • Paha melecet sekiranya kanak-kanak kerap berjalan sambil membongkok ke hadapan untuk menampung berat di bahagian belakang.
  • Kedudukan postur badan yang tak betul untuk menampung berat beg sekolah akan memberikan tekanan kepada tulang belakang lalu menyebabkan sakit belakang.

Tips untuk melindungi sendi daripada tercedera

  • Berhenti rehat jika berasa penat dan tak selesa.
  • Menghormati kesakitan dengan mengelak angkat barang yang terlalu berat.
  • Elakkan juga mengangkat beg sekolah yang terlalu berat dan melebihi daripada kemampuan anda.
  • Menggunakan sendi yang besar untuk menggalas beg sekolah contohnya sendi bahu.
  • Mengagihkan berat dan beban kepada kedua-dua belah bahu
  • Elakkan galas beg sekolah menggunakan satu bahu sahaja bagi mengelakkan postur badan yang tak betul.

Semoga bermanfaat. 

Beg Sekolah Kanak-Kanak Terlalu Berat Hingga Menyebabkan Bongkok? Ini Cara Pemilihan Beg Sekolah Yang Betul

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!