Surat Indah Bapa "Wahai Anakku, Begini Caranya Melayan Seorang Wanita"

Nasihat ikhlas daripada seorang bapa ini amat memberi kesan pada jiwa. Alangkah bagus kalau ia diterapkan pada anak-anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Layanlah seorang wanita begini, anakku…

Selalu bukan kita mendengar yang seorang anak lelaki akan belajar cara melayan seorang wanita melalui ayahnya sendiri?

Betul bukan, dari mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Tetapi tidak ramai anak yang mempunyai kelebihan untuk mendapat nasihat dari seorang ayah tentang bagaimana melayan seorang wanita.

Laman sesawang The Good Men Project ini telah menyiarkan satu artikel tentang nasihat bagaimana melayan wanita dari seorang ayah kepada anak lelaki.

Mari kita lihat apa nasihat yang diberikan, mana tahu, ada yang sesuai disampaikan kepada anak kita kelak.

Wahai anakku,

Kau kata kau sedang hantar pesanan pada seorang gadis yang ingin kau jumpa nanti.

Ingin ayah bertanya adakah ia sebuah temu janji tetapi ayah takut akan membuatkan kau malu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah ingin tahu, bagaimana orangnya, adakah dia baik?

Adakah dia pandai? Muzik apa yang dia suka? Adakah dia seperti ibumu?

Pernah satu ketika dulu, ayah masih ingat. Semua macam suis.

Satu minit seorang gadis itu sangat menyakitkan hati, dan kemudian tiba-tiba apa yang kita mahu ialah bersama mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terasa seperti semalam kau beritahu yang hanya ibumu seorang sahaja gadis yang tidak menyakitkan hatimu. 

Sejak bila suis tersebut bertukar? Sejak bila kau mula suka pada perempuan?

Ayah rasa tidak penting sekarang bagaimana ia terjadi. Atau bila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting ialah kau tahu apa yang perlu kau cari, dan paling utama, bagaimana sikapmu bila sudah menjumpainya.

Semasa kau kecil, kau beritahu ibu yang kau ingin mengahwininya apabila dewasa.

Mesti kau tahu sekarang yang ianya mustahil.

Namun ketika itu, kau ingin mengahwini ibu kerana dia mempunyai semua ciri yang kau mahu pada wanita. 

Jika itu adalah benar, kau patut bertanya kepada ayah, kerana ayah yang berjaya mengahwininya. Ayahlah yang pakar di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kau boleh belajar dari pakar (ayah) supaya kau tak perlu bazirkan masa membuat kesalahan yang ayah pernah buat.

Jangan dapatkan nasihat dari kawanmu. Ingat, “Jika lelaki buta mengetuai lelaki buta, keduanya akan jatuh ke dalam lubang.”

Inilah yang membantu ayah ketika menemui ibumu:

Apa yang harus dicari:

  • Carilah seseorang yang lebih baik darimu. Semudah itu.
  • Carilah seseorang yang kau kagumi, bukan hanya pada kecantikannya, tetapi juga kebijaksanaannya, sikapnya dan cara dia melayan keluarga dan kawan-kawannya.
  • Jika sudah menemui seseorang yang lebih baik darimu, secara automatik, kau ingin menjadi lebih baik di sampingnya.
    Bila kau berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik untuknya, kau telah membaiki dirimu sendiri.

Tiada perkara lain yang lebih penting. Bukan etniknya, bukan kaumnya, bukan juga berapa ramai kawan atau follower-nya di Instagram. Bukan status sosial atau agamanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak penting semua itu.

Tanya kepada dirimu, adakah dia membuatkan kau ingin menjadi seseorang yang lebih baik? Jika jawapannya ialah YA – maka kau sedang bersama dengan orang yang betul.

Apa yang patut dilakukan:

Ia mungkin kedengaran menggelikan, tetapi betul, ayah adalah pakar

Peribadi budiman belum pupus. Perkara mudah yang kau sering dengar setiap masa; membuka pintu, membantu mengangkat barang, menarik kerusi, memberinya jaketmu ketika sejuk. 

Ini semua adalah baik.

Tapi, berikut adalah perincian yang hilang dari generasimu. Contohnya:

  1. Biarkan si dia memesan dahulu dan tunggu makanannya sampai dahulu sebelum mula makan.
  2. Puji dirinya.
  3. Menghormati ibu bapanya. Jangan berkata “Hai, apa cerita.” Tetapi berkata “Selamat pagi encik…”
  4. Hormati ibu bapanya walaupun ketika mereka tidak ada. Walaupun ketika si dia marah dengan mereka, kekal menghormati.
  5. Berikan kejutan tanpa sebab. Seperti bunga, bukan gambar snapchat. 
  6. Pastikan dia selamat sampai ke rumah sebelum pulang.
  7. Berjalan di bahagian luar ketika berjalan bersama.
  8. Buat dia ketawa. Dan beberapa perkata yang sangat penting seperti:
  9. Galakkan dia untuk lebih mencuba (di sekolah atau bersukan)
  10. Cabar dia untuk mencuba perkara baru yang akan meningkatkan dirinya
  11. Hormati pendirian dia setiap masa

Jika kau mampu membuat 80% dari senarai ini, dia akan menyukaimu. Buat 100%, dia akan menyukai dan menghormatimu.

Apa yang tidak patut dilakukan:

Bukan di dalam turutan tertentu – JANGAN lakukan perkara-perkara ini:

  1. Lawak yang menyakitkan
  2. Kentut atau sendawa dengan sengaja. Seperti bagaiman kau takkan pergi ke depan cikgu untuk kentut dan sendawa di depan mukanya, jangan lakukannya kepada dia. Ianya tidak sopan. Simpan untuk kawan-kawanmu.

  3. Jangan lakukan sebarang kejahatan kepadanya, keluarganya atau kawan-kawannya. Di depannya atau dibelakangnya. Hormat.

  4. Mengecewakannya. Jika kau perlu pergi atau buat sesuatu, buat. Jangan dengan sengaja mengecewakannya. Perempuan sukakan lelaki dewasa bukan budak lelaki. Lelaki dewasa berpegang pada janji.

  5. Merenung telefonmu. Jangan mesej, bercakap. Jika kau bersamanya, pastikan matamu memandangnya, bukan teknologi.
  6. Menipu dan menyorok. Jika kau membuat salah, mengaku. Berubah, perbaiki dan maju.  Jika kau lakukan ini, dia akan memaafkanmu.

  7. Memalukan atau memperkecilkannya. Jika dia membuat salah, maafkan dengan ikhlas. Jangan berdendam, memalukan atau memperkecilkannya.

  8. Mengumpat tentang orang lain. Walaupun jika dia melakukannya, jangan libatkan diri. Jangan tegur dia untuk tidak melakukannya, dengar apa yang dia katakan. Dia mungkin akan marah pada awalnya, lama-kelamaan dia akan menghormatimu.

Teman wanitamu mungkin tidak akan menjadi isterimu, tetapi jika kau mengikut nasihat ini, kau akan membina hubungan persahabatan yang berpanjangan.

Dan mungkin, gadis seterusnya yang kau jumpa akan menjadi seperti ibumu.

” Cinta ialah kesabaran dan kebaikan; cinta tidak cemburu atau iri hati; ia tidak sombong atau kasar.

Ia tidak mementingkan diri atau penuh benci; ia tidak gembira atas kesalahan, tetapi gembira dengan kebenaran.”

Yang menyayangimu,

Ayah

Nasihat ini adalah am untuk anak lelaki. Apa yang baik, ambil dan amalkan. Ia merupakan nasihat penuh kasih sayang dari seorang ayah terhadap anak lelakinya.

Dengan harapan, anaknya tidak mengulangi kesilapannya. Dan terinspirasi untuk menjadi lelaki yang budiman (gentleman). Jadi ibu bapa, jom ambil yang baik serta amalkan.

Baca juga: 

Luahan Bapa Ini Selepas Anaknya Meninggal Dunia Sungguh Menyentuh Hati!

Sumber: theAsianParent Indonesia, The Good Men Project

Penulis

Aqma