Luka Jahitan Bersalin Cepat Sembuh Dengan 8 Produk Yang Terbaik & Berkesan Untuk Ibu Pulih Secepat Mungkin

Luka Jahitan Bersalin Cepat Sembuh Dengan 8 Produk Yang Terbaik & Berkesan Untuk Ibu Pulih Secepat Mungkin

Pemulihan selepas bersalin czer agak sukar. Ibu mungkin boleh cuba produk ini untuk bantu percepat pemulihan luka jahitan bersalin.

Ramai ibu-ibu yang bersalin caesar menghadapi masalah untuk memulihkan luka jahitan bersalin ceasar dengan cepat malah ada yang menjadi semakin teruk, seperti jahitan terbuka!

Sejak dari tahun 1900 sehingga hari ini, terdapat peningkatan bilangan jumlah ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean. Data menunjukkan bahawa dalam tempoh sembilan tahun, kadar prosedur caesar telah meningkat daripada 32.2% pada tahun 2005 kepada 37.4% pada tahun 2014.

Trend ini telah meningkat secara konsisten dan membawa kepada lebih daripada 40% pada hari ini. Inilah sebabnya mengapa bakal-bakal ibu perlu mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai caesarean degan membuat persediaan terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Sebab Ibu Perlu Melahirkan Bayi Menerusi Pembedahan

Prosedur ceaser melibatkan doktor membuat incision pada perut dan rahim ibu sebelum bayi dilahirkan. Terdapat banyak sebab perubatan mengapa bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan dan bukannya menerusi kelahiran semula jadi. Beberapa sebab ini termasuklah:

  • Proses kelahiran yang terlalu lama – Jika bukaan rahim terlalu lambat, iaitu tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya 0.5cm setiap jam dalam masa 4 jam, ia mungkin salah satu tanda bermasalah. Umumnya, proses kelahiran ini menjadi lambat tanpa sebarang sebab tertentu namun ia biasanya dikaitkan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah, dan saiz pelvik ibu yang kurang sesuai. 
  • Kedudukan abnormal bayi – Ini bermaksud ibu mengalami kehamilan songsang. Kepala bayi perlu berada di jalan kelahiran dari vagina namun jika bayi songsang, punggung bayi berada di laluan jadi lebih selamat jika doktor mengeluarkan bayi secara pembedahan.
  • Kecacatan bayi – Ada bayi telah didiagnos dengan kecacatan kelahiran jadi untuk mengurangkan sebarang komplikasi ketika melahirkan, doktor menasihatkan ibu untuk menjalani prosedur kelahiran Caesar.
  • Masalah kesihatan kronik ibu – Ada sesetengah ibu menghadapi masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes yang boleh menyebabkan kelahiran secara normal berisiko. 
  • Tulang pelvik kecil – Bersalin secara normal turut dipengaruhi pada kelebaran tulang pelvik (tulang pinggul) si ibu. Jika punggung besar (disebabkan daging) namun rangka tulangnya adalah kecil, masih si ibu akan menghadapi masalah dalam melahirkan anak secara normal kerana kepala bayi sukar melepasi laluan kelahiran yang boleh menyebabkan bayi lemas.

8 Item Terbaik Perlu Ada Untuk Bantu Pulihkan Luka Jahit Bersalin Ceaser

Prosedur caesarean ialah pembedahan invasif utama dan pemulihan akan mengambil masa  antara 4 hingga 6 minggu bergantung kepada individu.

Dalam tempoh itu, amat penting untuk ibu menyembuhkan badan dengan penjagaan yang betul, menjaga tidur, menjaga pemakanan, penghidratan, dan kesejahteraan mental yang akan menyumbang kepada pemulihan yang lebih cepat dan lancar.

Kami telah menyenaraikan beberapa item yang mesti ada jika anda adalah ibu yang perlu menjalani pembedahan melahirkan bayi yang perlu memulihkan luka jahit bersalin :

Item Penting Untuk Sembuh Luka Jahit Bersalin
UpSpring C-Panty Caesar Recovery Panty
Terbaik Jenis Seluar Dalam
more info icon Beli di Shopee
UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap
Terbaik Bengkung Bersalin
more info icon Beli di Shopee
ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section
Terbaik Jenis Plaster Untuk Parut
more info icon Beli di Shopee
Motherlove C-Section Cream
Terbaik Krim Penyembuhan
more info icon Beli di Shopee
Frida Mom Upside Down Peri Bottle
Terbaik Untuk Pembersihan Perineal
more info icon Beli di Shopee
Electric Heating Pad
Terbaik Jenis Tungku Moden
more info icon Beli di Shopee
Tanamera Post Natal Care Set
Terbaik Untuk Set Penjagaan Pantang
more info icon Beli di Shopee
Palmer's Cocoa Butter Formula Massage Cream
Terbaik Jenis Krim
more info icon Beli di Shopee

UpSpring C-Panty C-Section Recovery Panty

Luka Jahitan Bersalin Ceaser Terbaik Jenis Seluar Dalam

cpanty luka jahitan bersalin, luka jahit bersalin, tanda luka jahitan bersalin sudah sembuh, luka jahitan bersalin

Dicipta khas untuk penyembuhan bekas jahitan caesar, UpSpring C-Panty sesuai untuk dipakai sejurus selepas bersalin. Direka oleh pasukan pakar perubatan dan ibu yang telah bersalin Caesar 3 kali, seluar dalam ini telah dicuba, diuji dan sangat dipercayai oleh ramai ibu.

Mampatan gred perubatannya mengurangkan bengkak dalam keadaan yang selesa dan dalam masa yang sama dapat mengembalikan anda kepada bentuk badan anda sebelum hamil. 

Panel yang diperbuat daripada 100% silikon meningkatkan kadar penyembuhan parut dan mengurangkan kegatalan, kesakitan dan ketidakselesaan. C-Panty direka bentuk supaya tiada apa-apa yang akan bersentuhan dengan kawasan jahitan anda, sekali gus dapat melindunginya. Ibu akan dapat kekal aktif tanpa bimbang akan memburukkan lagi luka yang hampir sembuh.

Untuk membersihkan C-Panty, cukup sahaja dengan masukkan ke dalam mesin basuh pada mod delicate atau basuh dengan tangan. Ibu boleh menggunakannya sehingga 12 bulan jika dijaga dengan betul.

Apa yang kami suka:

  • Mampatan gred perubatan
  • Panel diperbuat daripada 100% silikon
  • Mudah dibasuh

UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap

Luka Jahitan Bersalin Ceaser Terbaik Bengkung Bersalin

seluar dalam UpSpring untuk luka jahitan bersalin

Ucapkan selamat tinggal kepada bengkak dan perut buncit dengan teknologi mampatan tiga kali ganda sambil melakukan keajaiban pada pinggang anda! Bengkung ini juga boleh membantu menyokong otot perut dan belakang anda yang mungkin lemah semasa prosedur pembedahan caesar. 

Ia diperbuat daripada 40% polister, 24% getah, 16% rayon yang diperbuat daripada arang buluh, 14% nilon, dan 6% rayon. Gabungan bahan yang ringan dan bebas lateks ini membantu anda sembuh tanpa rasa gatal-gatal dan kerengsaan kulit. Teknologi gentian arang buluh berfungsi bersama-sama dengan teknologi mampatan tiga kali ganda untuk menghapuskan cecair berlebihan selepas melahirkan anak.

Ia mudah dibersihkan, hanya basuh dalam air sejuk dan keringkan sahaja.

Ibu boleh memakainya sejurus selepas bersalin jika sudah bersedia. Jika ibu bimbang, boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang bila boleh mula memakai bengkung. Pakai seberapa lama yang disyorkan, pada waktu siang dan malam untuk hasil yang terbaik.

Apa yang kami suka:

  • Teknologi tiga kali mampatan
  • Selesa pada kulit
  • Mudah dibasuh
  • Mudah laras

ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section

Luka Jahitan Bersalin Ceaser Terbaik Jenis Plaster Untuk Parut

Scaraway

Kurangkan penampakan parut jahitan anda dengan produk ini. Dengan teknologi canggih dan silikon gred perubatan, hasilnya boleh dilihat dalam masa beberapa minggu sahaja!

Untuk hasil yang optimum, gunakan selama sekurang-kurangnya 12 minggu. Plaster ini lembut, ringan, dan direka bentuk untuk berfungsi seperti kulit. Ini dapat memberikan penghalang tambahan kepada perlindungan dan menghilangkan parut tanpa gangguan daripada perengsa yang berpotensi terkena pada kulit.

Plaster ini juga tahan lama, padat pada kulit dan tidak bergulung semasa penggunaannya. Apa yang menarik, ia boleh diguna semula, hanya basuh dan guna semula sehingga dua minggu setiap helai. Setiap pek disertakan dengan empat helaian, yang boleh bertahan kira-kira dua bulan.

Cara penggunaannya sangat mudah seperti menggunakan plaster luka biasa. Ia juga berkesan pada parut lama, untuk parut berusia sehingga lima bulan.

Apa yang kami suka:

  • Silikon gred perubatan
  • Tahan lama
  • Mudah digunakan

Motherlove C-Section Cream

Luka Jahit Bersalin Ceaser Terbaik Krim Penyembuhan

krim untuk rawat luka jahit bersalin

Dirumus khas untuk ibu bersalin caesar, produk ini menggunakan ramuan organik yang diperakui USDA untuk membantu menyembuhkan parut ibu.

Beberapa bahan termasuklah daun rosemary, ekstrak bunga calendula, lilin lebah, mentega shea membantu mengurangkan keradangan, menggalakkan penghasilan kolagen untuk penyembuhan dan mengurangkan tisu parut.

Ia selamat pada kulit, krim ini juga bebas paraben, bebas soya dan bebas gluten. Ia juga bebas ujian pada haiwan bentuk bebas. 

Untuk hasil yang optimum, urut krim perlahan-lahan ke kawasan bekas jahitan caesar yang telah dibersihkan sebanyak 3 kali sehari.

Apa yang kami suka:

  • Organik 
  • Bebas iritasi
  • Mesra alam

Frida Mom Upside Down Peri Bottle

Luka Jahitan Bersalin Terbaik Untuk Pembersihan Perineal

peri bottle untuk luka jahit bersalin

Lokasi luka jahit bersalin anda akan menyukarkan anda untuk membongkok lebih-lebih lagi apabila berada di tandas untuk membuang air kecil dan besar, jadi sediakan Upside Down Peri Bottle untuk membantu kerja mencuci dengan lebih baik.

Leher bersudut pada botol peri bermakna anda tidak perlu membongkok terlalu jauh untuk sampai ke bawah, Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk membersihkan luka anda dengan spritz yang disasarkan.

Apa yang kami suka: 

  • Pembersihan mudah semasa tempoh pemulihan mobiliti yang terhad tanpa memberi tekanan pada kesakitan atau luka jahit bersalin.

Electric Heating Pad

Luka Jahitan Bersalin Terbaik Jenis Tungku Moden

heating pad untuk luka jahitan bersalin

Untuk kesakitan akibat pembedahan ceaser, pad pemanas (yang ditetapkan pada suhu paling rendah) atau kompres hangat akan mengurangkan kesakitan di sekitar perut dan luka jahit bersalin anda.

Ia berfungsi sama seperti tungku iaitu untuk melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim. Pada bahagian perut pula, ia memainkan peranan penting untuk membantu melangsingkan abdomen di samping menurunkan berat badan.

Namun pad pemanas lebih sesuai untuk ibu bersalin ceaser kerana boleh mengawal kepanasan yang diingini memandang luka jahit bersalin tidak boleh terkena haba yang tinggi.

Apa yang kami suka: 

  • Kenaikan suhu yang cepat dan keseimbangan haba
  • Diperbuat daripada material Microfiber yang selesa dan wayar pemanas ultra halus untuk dipanaskan kepada suhu yang dikehendaki dalam 6 mod dalam beberapa saat
  • Pad pemanas akan berhenti pemanasan secara automatik apabila mencapai suhu sasaran untuk kegunaan selamat pada waktu malam
  • Mudah digunakan dan diselenggara
  • Selepas digunakan, anda boleh mencucinya dengan tangan atau hanya mencuci dengan mesin basuh automatik.

Tanamera Post Natal Care Set

Luka Jahit Bersalin Ceaser Terbaik Untuk Set Penjagaan Pantang

set pantang tanamera untuk luka jahit bersalin

Ibu yang bersalin ceaser juga boleh berpantang seperti ibu bersalin normal dengan mengambil set jamu untuk kesihatan dalaman selepas bersalin.

Formulasi khas dalam set jamu Tanamera ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi terpilih, tanpa bahan toksik dan bebas dari pewangi serta pewarna tiruan membantu ibu untuk mengekalkan kesihatan sepanjang kehamilan dan berpantang.

Mempunyai 10 item yang sesuai untuk ibu bersalin ceaser berpantang iaitu Herbal Bath, Feminin Herbal Wash, Minyak Kelapa Dara (VCO), Herbal Massage Oil, Boreh Body Scrub, Brown Soap, Calming Herbal Blend, Firming Herbal Paste serta Bengkung.

Apa yang kami suka: 

  • Jenama pilihan ibu-ibu berpantang di Malaysia dan sangat dipercayai
  • Harga yang berpatutan
  • Membantu merawat luaran dan dalaman ibu

Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Cream

Luka Jahit Bersalin Ceaser Terbaik Jenis Krim 

Palmers Cocoa Butter Formula Massage Cream for Stretch Marks

Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Cream boleh membantu mengurangkan parut dengan lembut. Krim ini mengandungi Vitamin E dan Shea Butter yang berfungsi untuk menjadikan kulit anda lebih lembut dan anjal.

Gunakan krim ini secara konsisten dan lihat perubahan pada kulit anda. Ini adalah cara yang mudah untuk merawat parut dan menjaga kulit anda selepas bersalin.

Tekstur krim yang ringan memudahkan ia diserap oleh kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak, menjadikannya selesa untuk digunakan setiap hari.

Apa yang kami suka: 

  • Mengurangkan penampilan parut terutama selepas pembedahan caesarean.
  • Melembapkan kulit dan mempercepatkan luka jahitan bersalin cepat sembuh.
  • Selamat digunakan semasa hamil atau selepas bersalin.

Perbandingan Harga Barang Perlu Ada Untuk Pulihkan Luka Jahit Bersalin Ceaser

Produk Harga
UpSpring C-Panty C-Section Recovery Panty RM299.00
UpSpring Shrinkx Belly Postpartum Belly Wrap RM199.90
ScarAway Advanced Skincare Silicone Scar Sheets For C-Section RM197.00
Motherlove C-Section Cream RM115.90
Frida Mom Upside Down Peri Bottle RM159.00
Electric Heating Pad RM 99.90
Tanamera Post Natal Care Set RM 390.00
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Cream RM 42.50

Penjagaan Selepas Bersalin Czer

Pelbagai perubahan akan dilalui dalam 6 minggu pertama tempoh selepas bersalin ini. Tempoh ini biasanya akan menjadi lebih lama bagi mereka yang bersalin anak kembar. Jom ketahui lebih lanjut mengenai proses penjagaan selepas bersalin czer ini.

1. Mengendalikan kesakitan

  • Ikut cadangan doktor dalam pengambilan ubat tahan sakit.
  • Simpan rekod pengambilan ubat dan jenisnya.
  • Gunakan pek ais untuk kesakitan bahagian pembedahan  selama 20-30 minit untuk 1 sesi.
  • Gunakan tuala suam untuk atasi kekejangan.

2. Menjaga luka 

  • Jangan membalut luka jahit bersalin dan biarkan luka mendapat pengudaraan melainkan atas arahan doktor.
  • Pastikan luka bersih dan kering, terutamanya selepas mencucinya semasa mandi.
  • Sesetengah luka jahit bersalin secara pembedahan dilitupi kulit perut dan lemak. Jika ini keadaan anda, berbaring secara menelentang dan angkat lipatan kulit untuk memastikan pengudaraan pada luka.
  • Sentiasa periksa luka jahit bersalin atau minta bantuan keluarga untuk memeriksanya jika terdapat pendarahan, peningkatan lebam atau kemerahan.
  • Anda mungkin dibenarkan pulang dengan staple pada luka jahit bersalin. Jika ini situasi anda, jangan cuba untuk mencabutnya.

3. Pendarahan faraj

  • Dalam penjagaan ibu bersalin caesar, pendarahan faraj tetap akan berlaku untuk tempoh seminggu.
  • 2-4 hari selepas bersalin, pendarahan menjadi lebih ringan, berair dan berwarna merah jambu.
  • Dalam 10 hari selepas bersalin, pendarahan lebih kepada berair dengan sedikit berwarna merah jambu.
  • Hanya guna tuala wanita dan elakkan penggunaan tampon.

4. Merawat Perineum

Sesetengah prosedur C-Sec dilakukan secara berjadual. Namun ada wanita yang mungkin melalui prosedur kelahiran faraj selama berjam-jam, bahkan berdepan dengan proses meneran sebelum ceaser.

Sekiranya itu situasinya, terdapat 2 bahagian yang menyakitkan perlu dirawat iaitu potongan pada perineum dan perut. Ada wanita yang mungkin mengalami koyakan faraj atau jahitan sebagai tambahan kepada luka pembedahan ceaser.

  • Gunakan pelembut najis atau julap. Meneran boleh menyebabkan rasa sakit pada perut dan trauma perineum.
  • Tukar pad setiap 1-2 jam.
  • Gunakan pek ais selama 20-30 minit untuk memberikan kelegaan jika mengalami kesakitan perineum.
  • Jika mengalami jahitan, ia mungkin gugur sendiri. Jangan terkejut jika terlihat benang hitam halus pada tuala wanita atau seluar dalam.
  • Sentiasa lap alat sulit daripada bahagian faraj ke dubur untuk mengelakkan jangkitan.
  • Mandian sitz selama 20-30 minit mungkin dalam membantu mempercepatkan penyembuhan dan melegakan kesakitan.

5. Senaman

  • Selepas 6 minggu, anda boleh tingkatkan intensiti senaman secara perlahan-lahan.
  • Pada 6-8 minggu, anda mungkin boleh meneruskan aktiviti biasa seperti sebelum ceaser.
  • Segera berhenti jika mengalami kesakitan atau pendarahan semasa bersenam.

6. Pemakanan

  • Ambil hidangan kecil yang sihat dengan kerap.
  • Amalkan makanan tinggi serat untuk memudahkan pergerakan usus.
  • Elakkan makanan yang boleh mengakibatkan perut berangin.
  • Banyakkan minum air.

7. Kesejahteraan emosi dan mental

  • Emosi naik turun adalah perkara biasa dan tidak teratur semasa tempoh pemulihan selepas bersalin.
  • Kemurungan selepas bersalin dan baby blues cenderung untuk terjadi.
  • Wanita yang menjalani ceaser kecemasan mungkin akan lebih sensitif emosinya kerana rasa bersalah tidak dapat beranak secara normal.
  • Jaga diri, dengarkan muzik, luangkan masa berjalan-jalan di luar seketika.

Tempoh Luka Czer Sembuh

Luka jahit bersalin czer anda akan mengambil masa sekitar enam minggu untuk sembuh. Anda akan mempunyai parut tetapi parut ini akan pudar dari semasa ke semasa malah anda mungkin kehilangan deria rasa di kawasan parut ceaser yang mungkin akan berulang dari semasa ke semasa.

Doktor mungkin menasihatkan anda untuk mengurut-urut lembut parut anda untuk memecahkan tisu parut dan menghentikan sebarang kegatalan. Anda mungkin juga akan mengalami luka jahit bersalin czer yang terbuka, berair dan luka bernanah.

Menjelang dua minggu, parut akan kelihatan dan terasa lebih baik. Walaupun begitu, ia memerlukan tempoh dari enam minggu sehingga tiga bulan sebelum anda sembuh sepenuhnya.

Parut bahagian ceaser akan pudar dengan sendirinya dari semasa ke semasa. Warna parut ceaser akan mulai pudar daripada merah terang ke merah jambu dan kelihatan agak seragam. Parut ceaser seharusnya menjadi lebih lembut apabila disentuh dan anda tidak melihat apa-apa cairan yang keluar melalui parut tersebut.

Tempoh Pantang Bersalin Czer

Berapa hari pantang ceaser? Bagi yang melakukan ceaser, tempoh berpantang mereka agak lama sedikit berbanding bersalin normal kerana badan ibu memerlukan masa yang sedikit lama untuk sembuh daripada luka czer dan diri.

Tanda luka jahitan bersalin czer sudah sembuh biasanya boleh dilihat melalui beberapa perubahan pada kulit dan rasa di kawasan jahitan. 

1. Kulit Kering dan Tidak Merah

Apabila luka jahitan bersalin semakin sembuh, kawasan sekitar jahitan akan kelihatan kering dan tidak lagi berwarna merah atau bengkak. Warna kulit mungkin akan pudar sedikit, dan parut mula kelihatan lebih jelas.

2. Tiada Rasa Sakit atau Pedih

Pada awalnya, kawasan jahitan mungkin terasa sakit atau pedih, terutama ketika bergerak. Tetapi apabila luka sembuh, rasa sakit ini akan hilang, dan anda boleh bergerak dengan lebih selesa tanpa rasa tidak selesa.

3. Jahitan Tidak Lagi Berdarah atau Keluar Cecair

 Jika tiada lagi cecair atau darah yang keluar, ini menunjukkan luka sudah mula sembuh dengan baik.

4. Parut Semakin Rata

Selepas beberapa minggu, parut akan menjadi semakin rata dan tidak lagi kelihatan timbul atau menonjol. Ini adalah tanda positif bahawa luka sedang sembuh dengan baik.

5. Kulit di Sekitar Jahitan Mula Anjal

Kulit di sekitar jahitan akan kembali anjal dan tidak lagi rasa tegang. Ini menunjukkan bahawa kulit anda mula pulih sepenuhnya.

Cara Berpantang Bersalin Czer

Luka Jahitan Bersalin Cepat Sembuh Dengan 8 Produk Yang Terbaik & Berkesan Untuk Ibu Pulih Secepat Mungkin

Selepas proses kelahiran, setiap ibu akan menjalani tempoh berpantang selama 44 hari dan ada juga yang berpantang sehingga 100 hari yang bertujuan untuk memastikan tubuh anda kembali kuat dan luka jahitan bersalin sembuh sepenuhnya sebelum boleh melakukan aktiviti secara normal.

Antara cara atau tips berpantang adalah seperti berikut:

1. Minum air secukupnya

Ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan air yang secukupnya iaitu 2 hingga 3 liter sehari. Ianya penting bagi penghasilan susu ibu yang banyak kerana susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi. Selain itu, minum air yang mencukupi dapat mengatasi masalah sembelit. Tiada istilah kembang urat dan sebagainya jika ibu-ibu minum banyak air semasa berpantang selepas bersalin.

2. Makan makanan berkhasiat

Ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan zat nutrisi daripada makanan yang berkhasiat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengambilan makanan yang terbaik adalah mengikut sukatan ini – suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

Ikan, ayam, daging dan telur mengandungi protein yang tinggi dan amat diperlukan untuk pembaikan tisu-tisu badan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan pula mengandungi serat untuk mengelakkan sembelit. Selain itu, untuk menggantikan darah yang hilang selepas bersalin serta mempercepatkan penyembuhan luka, vitamin-vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan B6, dan C, asid folik, zat besi dan garam galian (seperti kalium) yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu.

3. Kekal aktif

Melakukan kerja rumah merupakan salah satu cara untuk ibu-ibu kekal aktif semasa berpantang. Ianya bertujuan untuk mengelakkan darah beku pada kaki kerana jika darah beku itu bergerak ke paru-paru, ianya boleh membahayakan para ibu dan boleh membawa maut.

Walau bagaiamanapun, usah lakukan kerja rumah sehingga mendera dan membahayakan diri sendiri, lakukan secara sederhana dan sekadar termampu sahaja.

4. Bertungku secara sederhana

Bertungku selepas bersalin adalah dibolehkan selagi mana tidak berlebihan. Jangan ditungku pada bahagian luka disebabkan pembedahan Caesarean atau luka episiotomi.

Dari segi Sains, apabila kita bertungku, haba dari batu tungku akan menyebabkan saluran darah di kulit pada bahagian yang diletakkan batu tungku itu akan mengembang. Peredaran darah akan bertambah baik apabila salur darah tadi berkembang sedikit daripada yang asal. Dengan itu :

  • Nutrisi dan oksigen yang ada dalam darah akan pergi ke bahagian yang ditungku.
  • Melegakan rasa sakit dan lenguh di otot terbabit.
  • Meningkatkan fleksibiliti otot.
  • Membantu menyahkan bahan buangan apabila darah mengalir dengan baik.

Perlu diingat, batu tungku tidak boleh diletakkan lebih daripada 30 minit pada satu-satu tempat kerana dikhuatiri saluran darah itu akan mengecut.

Selain daripada batu tungku, ibu-ibu boleh menggunakan alternatif lain seperti pek berhaba untuk membantu mencapai objektif yang sama seperti bertungku.

Makanan Pantang Czer

Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.

Mereka sering berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar malah sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar.

Oleh itu, adalah penting untuk menggalakkan mereka minum air secukupnya kerana pengambilan air yang cukup selepas bersalin czer boleh menghindarkan masalah sembelit. Ia juga penting bagi memastikan jumlah susu yang dihasilkan oleh ibu, cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang baru lahir.

Antara komponen yang baik untuk digunakan bagi melengkapi makanan pantang czer seperti berikut:

1. Oat

Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, oat boleh menjadi pilihan terbaik untuk mencapai kesan fisiologikal tersebut.

Selain menghindarkan sembelit, oat dapat membantu mengekalkan tahap kolesterol anda pada kadar yang rendah. Ia dianggap sebagai makanan yang berpotensi untuk menurunkan risiko mendapat masalah berkaitan jantung.

2. Kunyit

Selain daripada mempunyai sifat antiradang, kunyit juga mempunyai nutrisi mikro yang lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C yang boleh menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi detik awal anda sebagai ibu kepada si kecil yang baru lahir.

3. Bijirin

Nasi juga boleh diberikan. Ini kerana bijirin menjadi antara nutrisi terpenting dalam menu berpantang bersalin czer anda. Bijirin lain seperti roti juga mempunyai nutrisi dan vitamin yang dapat memberikan tenaga kepada ibu seusai menjalani pembedahan caesarean.

4. Buah-buahan dan sayur-sayuran 

Menu berpantang bersalin ceaser perlu dilengkapi dengan buah-buahan seperti bluberi dan oren. Ia mengandungi antioksida yang tinggi dan merupakan pilihan makanan berserat yang lazat berbanding dengan hidangan oat.

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemulihan selepas pembedahan ceaser.

5. Bawang putih

Makanan ini boleh membantu si ibu untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin.

6. Makanan kaya zat besi

Makanan pantang ceaser seperti ikan bilis, sayur-sayuran hijau dan kekacang kaya dengan kandungan zat besi. Ia baik untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang semasa bersalin. Mereka yang mempunyai masalah kurang zat besi kebiasaannya akan mengalami simptom seperti kelesuan, pening kepala dan kepucatan.

Elak Lakukan Perkara Ini Pada Bekas Luka Jahitan Bersalin

  • Membongkok ke bawah – Minta pertolongan orang di sekeliling untuk mengambil barang yang ingin dicapai di bawah. Bekas jahitan caesar lambat sembuh jika terlalu banyak membongkok.
  • Bersin, batuk dan ketawa – Jika perlu, bersin, batuk dan ketawa secara perlahan untuk elakkan tekanan pada perut.
  • Makanan sukar hadam – Elakkan dahulu makanan yang boleh buat anda sembelit! Banyakkan minum air, makan sayur-sayuran dan mengambil vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
  • Angkat benda berat – Hindari bawa benda berat walaupun bayi anda sendiri. Minta tolong pasangan atau ahli keluarga anda jika tidak mahu jahitan anda terbuka!
  • Pakai pakaian ketat – Pakaian ketat melambatkan proses penyembuhan jahitan caesar. Pakai pakaian longgar untuk memberi lebih ruang kepada perut.
  • Baring sahaja – Tidak melakukan sebarang kerja bukan bermakna anda hanya perlu baring sahaja! Ini boleh menyebabkan penggumpalan darah di pembuluh darah yang boleh menyebabkan darah beku, jadi elakkannya dengan berjalan perlahan-lahan dengan alat sokongan.
  • Tak mandi – Ramai ibu caesar takut nak mandi, bimbang terkena luka. Tapi jika tak mandi, badan mama pasti tak selesa kan? Mama boleh mandi tetapi dengan syarat keringkan segera bahagian bekas jahitan caesar itu.

Ibu tidak perlu membandingkan antara bersalin normal atau Caesar memandangkan kedua-duanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kelahiran yang tidak selamat. Apa yang paling penting adalah, bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan ibu masih dapat melalui proses kelahiran dengan baik.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hebat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Tip Untuk Pembedahan Caesarean Yang Lebih Selamat

Baca juga: 6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

Baca juga: 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani…