Persona “Balancer” mencari keseimbangan yang sempurna di antara bekerja keras dan menikmati hidup. Mereka percaya mencari keseimbangan adalah kunci kepada kebahagian dan kejayaan.
Semuanya berkenaan dengan Yin dan Yang. Bekerja keras dan keazaman adalah penting, tetapi berehat dan menikmati kesenangan hidup sama juga pentingnya. Mereka tidak mensia-siakan hidup dan fokus kepada tugasan penting namun tahu bila masanya untuk berehat.
Bagaimana Mereka Ajar Tentang Kepentingan Wang
Balancer ingin mencapai kesempurnaan antara pendidikan pengurusan kewangan dan membenarkan anak mereka belajar melalui penerokaan kewangan.
Mereka percaya bahawa pembelajaran tentang pengurusan kewangan lebih baik dengan cara membuat, bukan sekadar berbicara. Pengalaman hidup yang sebenar akan memberi keputusan yang lebih baik.
Namun begitu, Balancer juga percaya bahawa anak-anak tidak boleh bereksperimen sesuka hati, jadi mereka akan memberikan panduan dan komen. Panduan tersebut tidak terlalu ketat mahupun berat, namun ia lebih kepada panduan dan nasihat yang ringan dan konsisten.
Mereka tidak terlalu obses mengajar anak mereka tentang kewangan kerana mereka percaya bahawa hidup yang berjaya dan menyeronokkan lebih penting berbanding kekayaan. Oleh itu, Balancer meletakkan perancangan kewangan lebih rendah berbanding persona ibu bapa lain.
Balancer juga lebih cenderung untuk berkata, “Pendidikan kewangan penting, namun ia hanya satu aspek keibubapaan. Saya ingin anak saya memahami bahawa wang ada peranan dan tempat tertentu dalam keseluruhan skema hidup.”
Balancer akan meluangkan masa tertentu daripada ‘masa kualiti’ untuk mengajar anak tentang pengurusan dan perancangan wang, namun mereka akan pastikan ia tidak membebankan anak mereka. Mereka menerapkan pengetahuan mengikut tahap kefahaman anak dan berpendapat bahawa tidak perlu untuk menekan mereka sepanjang masa.
Hanya separuh daripada Balancer (56%) bekerjasama dengan pasangan untuk mengajar pendidikan kewangan; manakala 25% dalam keluarga lain, ibu menjadi peneraju utama dan 15% pula bapa menjadi pemimpin.
Matlamat Pendidikan Kewangan Mereka
Balancer mengalakkan anak mereka fokus di beberapa bahagian selain dari kewangan. Oleh itu, anak-anak mereka sangat biasa dengan pengalaman menggabungkan pembelajaran dan permainan, seperti pendidikan melalui aktiviti dan permainan menarik.
Matlamat kewangan mereka ialah menampung anak, dan mereka lakukannya melalui akaun simpanan, rumah yang didiami, polisi insurans hayat dan pelaburan dalam dana amanah, saham dan bon.
Balancer lebih cenderung inginkan anak mereka faham bahawa wang perlu diperolehi berbanding ibu bapa persona lain.
Oleh sebab itu, walaupun mereka memberi duit poket kepada anak mereka, mereka juga menggalakkan si anak menjana duit melalui kerja rumah ataupun kerja sambilan. Dengan ini, anak-anak mereka akan membina pemahaman mendalam terhadap nilai wang.
Dengan ini juga, Balancer berharap dapat mengajar anak mereka nilai duit, kos setiap barang berbeza, dan bagaimana untuk memperuntuk dan menyimpan. Jika mereka berjaya mempelajari kesemuanya, mereka tahu anak mereka sudah bersedia untuk masa hadapan.
Kejayaan Pendidikan Kewangan Mereka
Adakah Balancer berjaya mencapai matlamat? Kebanyakannya bersetuju. Malah, semua Balancer percaya mereka telah melakukan tugas yang baik atau pasti yang mereka telah lakukannya; berbanding hanya 49% ibu bapa di Asia yang mempunyai pemikiran sama.
Ianya semua tentang mencapai keseimbangan antara tanggungjawab keibubapaan dan pembelajaran peribadi anak. Dengan ini, semuanya akan berjalan lancar.
Sejauh Mana Mereka Tahu Tentang Wang
Walaupun Balancer akui mereka tidak mempunyai pengetahuan kewangan meluas, mereka menganggap bahawa meningkatkan pengetahuan peribadi tidak begitu penting sebagai kunci untuk mengajar kemahiran pengurusan anak.
Sebaliknya, Balancer lebih risau bahawa pendidikan kewangan yang keterlaluan dan terlalu fokus, membebankan anak-anak.
Oleh sebab mereka enggan untuk memberi penekanan terhadap pendidikan pengurusan kewangan, mereka tidak terlalu fokus untuk mencari teknik dan alat baru dalam mengajar pendidikan kewangan.
Walaubagaimana pun, jika anda Balancer yang ingin tahu bagaimana ibu bapa lain mendidik anak mereka tentang kewangan, layari laman #MoneyParenting kami atau langgani surat berita kami untuk terus mengetahui kandungan terkini.