Boleh dikatakan sekarang ramai ibu bapa yang suka belajar Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak melalui pembacaan buku. Ini kerana dengan membaca dapat memberi kesan kepada kemampuan anak untuk celik huruf seawal bayi.
Menurut laporan Akademi Pediatrik Amerika, membaca dengan kuat juga dapat memperkuatkan kemahiran bayi untuk menghafal huruf dengan lebih cepat.
Walaubagaimanapun, membaca secara konsisten merupakan tanggungjawab utama ibu bapa untuk anak berjaya membaca.
Kajian turut mengatakan, anak lebih berkembang menjadi pintar dan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih besar serta kemahiran matematik yang lebih maju.
Melalui pembacaan, bayi baru lahir juga akan mula mengambil perubahan dari segi nada dan infleksi sekaligus mengajarnya tentang bahasa supaya tahu membaca sendiri bila besar nanti.
Bahkan, mereka lebih faham bunyi dan nada berbeza yang digunakan untuk menyampaikan emosi dan perasaan tertentu.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa membaca semasa bayi boleh menggalakkan ikatan bahkan ia dapat menenangkan bayi dengan denyutan jantung dan suara daripada ibu bapanya.
Belajar Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak, ini 12 jenis buku yang boleh diperkenalkan pada bayi
Berikut ini kami kongsikan 12 jenis buku bayi yang terbaik untuk perpustakaan pertama bayi anda! Jom lihat.
#1. Who Said Moo?
Ini merupakan buku berkisarkan tentang bunyi haiwan dan mempunyai teks berulang serta imej yang berwarna warni.
#2. Pete The Cat
Ini merupakan buku siri pengajaran tentang kehidupan seseorang yang sangat berharga termasuklah ibu bapa.
#3. I Love You Through and Through
Buku ini mempunyai ilustrasi yang indah dan kisah yang mudah dipelajari anak- anak sambil belajar Bahasa Inggeris dengan baik.
#4. My Big Animal Book
Biasanya buku bergambar sebegini lebih menarik untuk dibaca berbanding buku cerita. Sebagai bonus, ia membantu anak-anak untuk cintakan haiwan.
#5. First 100 Animals
Ini merupakan satu lagi buku berwarna warni untuk belajar bahasa inggeris untuk kanak kanak yang sangat sesuai. Bahkan, anak kecil anda boleh mengenali haiwan dengan lebih cepat.
#6. First 100 Words
Serupa dengan 100 buku Haiwan yang diilustrasikan bersama gambar berwarna- warni yang akan membina perbendaharaan kata anak kecil bagi mengajar mereka tentang dunia ini.
#7. The Very Hungry Caterpillar
Buku ini memang hampir setiap kanak-kanak suka dan penulisnya memang bijak mengikut kehendak anak kecil.
#8. Good Night Gorilla
Kisah lucu yang hampir memberitahu tentang keseluruhannya dalam gambar. Buku ini sangat bagus untuk anak kecil yang sangat sukakan binatang.
#9. Are You My Mother?
Kisah klasik seekor burung yang mencari ibunya. Buku ini membatu kosa kata dan mengingatkan bayi dengan membina serta mengulangi beberapa frasa sepanjang cerita.
#10. Fox In Socks
Ini boleh dijadikan buku kegemaran pertama anak anda yang ditulis oleh Dr. Seuss.
#11. First Big Book of Dinasaurs
Buku belajar bahasa inggeris untuk kanak kanak ini menceritakan tentang seekor dinosaur yang mulia tapi tak perlu risau kerana tiada unsur ganas atau menakutkan dalam buku ini.
#12. It’s Not Easy Being A Bunny
Menggunakan formula teks yang singkat dan berulang dapat membantu anak dalam plot cerita yang menarik. Malah ada pengajaran di sebalik kisah ini.
#13. The Frog and Food Collection
Seluruh keluarga anda akan suka membaca kisah dalam buku ini yang menceritakan tentang keajaiban dalam persahabatan.
Tips membantu kanak-kanak membaca
- Cari dan pilih tempat yang selesa dan sesuai untuk anak belajar membaca buku.
- Sentiasa memberi galakan kepada anak untuk membaca buku kalau boleh selalu bawa mereka ke perpustakaan mini atau kedai buku.
- Biarkan anak memilih bahan bacaan yang mereka gemari.
- Pilih buku yang ada unsur dan jalan cerita yang menarik serta mudah difahami.
- Sentiasa menjadikan buku sebagai rutin yang wajib dilakukan setiap hari.
- Menyanyi lagu ABC bersama anak kecil setiap hari supaya mereka tidak lupa dengan abjad ini.
- Selalu bertanyakan soalan kepada anak supaya dapat meningkatkan perbendaharaan kata mereka.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mama Natural
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga