Selain daripada membaca buku, keluar beriadah di taman permainan atau bermain lego, sebenarnya banyak lagi aktiviti bonding yang boleh dilakukan bersama si kecil yang mampu mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan anaknya.
Pada artikel kami sebelum ini, kami ada mengajak anda mendaftarkan diri sebagai ahli VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent yang menjanjikan pelbagai manfaat istimewa untuk anda, kan?
Lihatlah apa yang anda boleh lakukan sekiranya menjadi VIP Mum dalam aplikasi kami ini!
theAsianparent Malaysia telah membuka peluang kepada ibu menyertai kelas belajar buat kek secara percuma! Wow, untungnya siapa yang datang sertai kelas ini ilmu dapat dan kek pun pandai dah buat!
Bahkan, ini merupakan kempen pertama anjuran theAsianparent Malaysia bagi meraikan VIP Mum yang setia mengikuti kami dalam aplikasi theAsianparent dengan menyertai Mums Baking Workshop tajan penuh dari Collins Kitchen Lab.
Belajar buat kek di Collins Kitchen Lab
Biasalah, bila anda minat membuat kek cawan tentunya ibu perlu tahu cara memasak dan mendeko kek cawan itu sendiri, kan? Ini supaya kek enak, gebu dan cantik sekaligus menarik perhatian anak untuk menikmatinya.
Sebab itu rata-rata ibu yang datang ke program ini memiliki kreativiti dalam memasak dan mendeko kek cawan yang mereka sediakan.
Bukan itu saja, ibu juga berpeluang membuat pencuci mulut dengan hiasan sendiri sambil mengumpul kenalan yang juga merupakan ahli VIP Mum dalam aplikasi yang sama.
Bestnya, si kecil turut belajar bersama deko kek cawan
Di awal bengkel bermula, kanak-kanak berpeluang menghias empat biji kek cawan mengikut kreativiti dan idea masing-masing. Kelihatan semuanya begitu bersemangat dan ceria melaksanakan hiasan pada kek cawan yang disediakan buat mereka.
Selepas itu, ibu pula berpeluang menghias enam biji kek cawan mengikut kreativiti tersendiri. Wah, semuanya cantik dan comel belaka serta mempunyai seni dekorasi yang tinggi dalam menyiapkan kek cawan masing-masing.
Setelah kelas berakhir, semua peserta membawa pulang beg cenderahati dengan pelbagai hadiah istimewa seperti fondant jar, cake topper khas, kotak macaron, potongan rainbow cake dan cookies comel. Mesti seronok semua geng VIP Mum kami ini bila membuka goodies bag masing-masing.
Jom sertai VIP Mum dalam aplikasi theAsianparent
Teruja tak bila kami kongsikan program ini? Tentu lepas baca ini anda rasa nak sertai kumpulan VIP Mum theAsianparent, kan?
Jangan risau kerana anda masih ada peluang untuk mendaftar sebagai kumpulan VIP Mum ini. Sebabnya, ada banyak lagi rancangan dan agenda kami untuk memperluaskan lagi aktiviti VIP Mum di masa akan datang.
Eh, sebelum itu mari kami tunjukkan bagaimana cara untuk bergelar VIP Mum theAsianparent ini.
Perkara pertama yang paling mudah anda WAJIB buat adalah muat turun aplikasi kami terlebih dahulu melalui Google Store/Play Store di telefon masing-masing. Misal kata ruang telefon sudah penuh, apa kata anda padam mana-mana yang tak penting!
Selepas dah berjaya memuat turun aplikasi ini, anda masukkan email dan kata laluan serta isi sedikit latar belakang diri seperti nama penuh, umur, bilangan anak, pekerjaan, tempat tinggal dan sebagainya.
Nah, sekarang anda sudah berjaya menjadi salah seorang pengguna aplikasi theAsianparent, yeay!!!
Okey, belum habis lagi. Selepas itu anda boleh pergi ke bahagian rewards dan klik pada VIP Member. Ha…di situlah anda perlu mengisi maklumat diri dan link kan sekali akaun laman sosial anda seperti Facebook dan Instagram.
Walau bagaimanapun, ada syarat-syarat yang perlu anda penuhi seperti di bawah:
Syarat menjadi VIP Mum
- Anda mestilah ibu dan ayah atau ibu yang sedang mengandung.
- Memiliki pengikut 1000 orang dalam Instagram atau Facebook. Kalau ada blog, itu bonus untuk anda menjadi VIP Mum kami!
- Namun, anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada program kesetiaan, ganjaran, keahlian lain yang dianjurkan oleh mana-mana komuniti atau platform keibubapaan yang lain.
- Kongsi sebarang sponsored post ke akaun atau platform sosial media anda.
- Paling penting, anda harus kekal aktif menjawab soalan pengguna yang lain, poll, post soalan dan sebagainya dalam aplikasi ini.
Sekiranya anda telah isi semua maklumat yang diperlukan dan memenuhi semua syarat tunggu sehingga admin theAsianparent membalas permohonan anda. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkelas-baking-collins-kitchen-lab