Setiap anak itu berbeza, dengan minat dan kepintaran yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang ulat buku, ada yang lebih gemar bermain, bersukan dan bereksplorasi di luar. Ada juga yang gemarkan kedua-duanya sekali.
Tetapi bagaimana jika anda mendapati bahawa minat si kecil anda tidak seimbang antara belajar dan bermain?
Sebagai ibu bapa, sememangnya normal untuk anda berasa risau andainya ketidakseimbangan ini akan memberikan impak yang negatif terhadap proses pembesaran si kecil anda. Usah gusar, kami telah mengumpul tip-tip bernas daripada beberapa pakar untuk membantu anda menangani isu ini.
Kepentingan Bermain Untuk Kanak-kanak
Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik melalui bermain. Menurut satu pembentangan oleh The Lego Foundation, dengan sokongan UNICEF, bertajuk ‘Learning Through Play’, bermain merupakan salah satu cara yang paling penting untuk kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan dan skil-skil penting1.
Kertas pembentangan ini juga menyatakan bahawa:
- Bermain itu bermakna
Bermain membantu kanak-kanak memahami dunia dan persekitaran mereka, di samping memberi maksud terhadap sesuatu pengalaman yang mereka lalui dengan cara menghubungkannya dengan sesuatu yang mereka sudah fahami sebelum ini.
Bermain membolehkan mereka mengekspresi diri dan meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang pengalaman-pengalaman yang dilalui.
- Bermain itu membahagiakan
Tua atau muda, masa bermainlah yang membuatkan kita tersenyum dan ketawa. Sudah pasti ada ketikanya kanak-kanak akan berdepan situasi di mana mereka berasa tidak puas hati ketika bermain, tetapi itulah salah satu proses pembelajaran yang mereka lalui ketika bermain.
Yang penting, bermain memberikan kepuasan, kegembiraan, motivasi dan cabaran.
- Bermain mendorong ketekunan
Lihat betapa tekun dan fokusnya si kecil anda ketika bermain. Bermain menggabungkan pelbagai skil dari segi fizikal, mental dan pertuturan.
- Bermain merupakan proses berulang
Kanak-kanak bermain untuk melatih diri mereka menajamkan skil-skil, merungkai kebarangkalian, menguji hipotesis dan mengatasi cabaran baharu. Kesemua ini membawa kepada proses pembelajaran yang lebih mendalam.
- Bermain meningkatkan interaksi sosial
Bermain membolehkan kanak-kanak berkongsi idea dan memahami orang lain menerusi interaksi sosial, yang dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka dan membina hubungan yang baik sesama manusia.
Terdapat bermacam-macam cara dan tempat untuk bermain, contohnya di taman permainan, di dalam kelas, di pusat permainan (indoor playground), bermain menggunakan alatan seperti tali lompat, bola, alatan sukan, permainan video dan banyak lagi.
Setiap elemen permainan ini sebenarnya mampu memberikan manfaat kepada kanak-kanak dengan pengawasan dan didikan yang betul dan bersesuai mengikut peringkat umur mereka.
Untuk Anak Yang Lebih Gemar Bermain…
Tip Menerapkan Pembelajaran Ketika Bermain
Belajar dan bermain boleh bermula dari rumah anda sendiri! Ya, anda mungkin pernah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut namun tidak sedar bahawa ianya pada masa yang sama memanfaatkan perkembangan minda anak anda. Jom cuba!
- Menari
Menari bukan sahaja baik untuk tahap kecergasan, malah salah satu cara yang sangat baik untuk membina dan menguatkan otot-otot si kecil anda. Untuk terapkan pembelajaran, cuba lakukan aktiviti “Tarian Patung” (Statue Dance).
Pasangkan muzik dan menari, dan apabila muzik diberhentikan, arahkan anak anda untuk menjadi patung dalam bentuk binatang atau apa sahaja tema yang sesuai, contohnya, ekspresi wajah, bentuk geometri dan sebagainya.
Manfaat: Melatih koordinasi, skil mendengar, imaginasi dan mematuhi arahan.
- Mereka bentuk objek
Gunakan kotak-kotak terpakai untuk aktiviti ini. Bincang dengan anak anda apa yang ingin dibina, seperti kereta, kapal angkasa, rumah anak patung dan macam-macam lagi!
Lakukan aktiviti ini bersama-sama dan sambil itu, anda boleh mengajar anak anda menggunakan gunting dengan selamat, melipat, mewarna dan juga mendidiknya tentang kepentingan kitar semula!
Manfaat: Membina skil motor kasar (melalui pergerakan badan), membina daya imaginasi, mengasah idea kreatif, merancang dan menyelesaikan tugasan serta merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak.
- Menyanyi dan menikmati muzik
Menyanyi merupakan salah satu cara yang menarik untuk melatih anak anda mengenali perkataan-perkataan baharu, membaca, memperbaiki tatabahasa, melancarkan sebutan dan menguasai sesuatu bahasa serta mengasah bakatnya dalam bidang muzik.
Manfaat muzik yang lain: Memperbaiki skil motor halus (melalui bermain alat muzik), menajamkan pendengaran, memperbaiki keseimbangan badan, membina kreativiti dan daya imaginasi dan banyak lagi.
- Patung Stoking
Gunakan stoking lama untuk melukis wajah karakter yang anak anda gemari. Anda juga boleh menggunakan bahan seni lain untuk mencantikkan lagi patung stoking anda. Kemudian sarungkan stoking tersebut di tangan dan ajak anak anda berbual dengan patung stoking tersebut.
Manfaat: Membina daya imaginasi, mengenal perkataan baharu, mengasah kreativiti, meningkatkan skil mendengar dan bertutur.
- Bermain dengan Air
Kanak-kanak kecil memang sukakan air, bukan? Aktiviti sensori ini sangat ringkas namun memberikan keriangan yang berpanjangan buat mereka. Mereka boleh menikmati water play dalam pelbagai cara, seperti berendam di dalam kolam atau besen mandi, membuat belon air, menyiram pokok bunga, bermain dengan kapal kertas, senapang air dan binatang plastik atau getah.
Sambil bermain, didik si kecil anda tentang konsep asas matematik seperti mengira berapa objek di dalam besen, banyak dan sedikit, berat dan ringan; dan konsep asas sains seperti objek manakah yang akan tenggelam dan yang mana akan timbul.
Manfaat: Membina koordinasi tangan-mata, mengenali konsep sains dan matematik, membina skil motor, menggalakan eksplorasi sensori, menggalakkan skil sosial dan komunikasi.
Untuk Anak Yang Lebih Gemar Akademik…
Tip Untuk Menggalakkan Anak Anda Lebih Aktif Bermain
Jika si kecil anda lebih cenderung kepada aktiviti akademik dan lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah, anda boleh cuba menggalakkan minatnya untuk bermain dan bergerak aktif dengan cadangan-cadangan berikut:
- Galakkan Free Play
Menurut artikel UNICEF ini Free Play bermaksud kebebasan untuk bermain apa sahaja. Kanak-kanak bebas memilih alat mainan, tempat bermain dan jenis permainan yang diingini. Anak anda seorang yang pemalu dan lebih selesa bermain sendiri? Jangan risau, ini bukan satu masalah, ya!
Malah, kebolehan bermain sendiri amat digalakkan pada usia kecil kerana ini menunjukkan sikap berdikari yang ada pada diri si kecil, yang akan menjadi asetnya apabila meningkat dewasa.
Manfaat: Menggalakkan sikap berdikari, melatih diri dalam menyelesaikan masalah sendiri, membina kreativiti dan keyakinan diri.
- Rancang sesi bermain bersama kawan-kawan seusianya
Bermain dengan kawan-kawan semestinya lebih meriah, bukan? Rancang aktiviti piknik atau berkelah bersama kawan-kawan anda yang juga mempunyai anak-anak kecil dan biarkan mereka berkawan. Bawa mainan yang menarik seperti buih sabun, bola, tali lompat, basikal, dan apa sahaja yang sesuai dengan usia si kecil anda.
Manfaat: Meningkatkan keyakinan diri, membina persahabatan, bergerak aktif, berkomunikasi dengan orang lain, bertolak ansur dan banyak lagi.
- Kerap bawa anak anda ke taman rekreasi
Jadikan ini sebagai aktiviti mingguan bersama keluarga. Ajarnya menaiki basikal, papan luncur, kasut roda, bola sepak dan macam-macam lagi permainan lain agar si kecil anda dapat belajar pelbagai skil dan mengasah bakat terpendam.
Manfaat: Badan lebih sihat dan segar, mengasah bakat bersukan dan menyegarkan minda.
- Bawa si kecil menikmati alam semula jadi
Ini juga wajar dijadikan aktiviti mingguan atau bulanan keluarga. Bawa si kecil mengenali alam semua jadi dengan menikmati air terjun, sungai atau pantai setiap kali ada kelapangan.
Jadikan misi anda untuk mencari lokasi baharu dan buat kejutan untuk anak anda. Di setiap lokasi, anda boleh bermain sambil mengajar si kecil anda tentang keunikan alam semula jadi.
Manfaat: Menghargai alam semula jadi, meningkatkan daya ingin tahu dan menyegarkan badan dan minda.
Cara Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain dengan Baik
Mengekalkan keseimbangan adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan. Begitu juga apabila berkaitan perkembangan anak-anak. Seperti yang disebutkan di atas, bermain dan belajar sama-sama penting dalam proses pembesaran kanak-kanak.
Jadi, untuk membantu anda membentuk kehidupan yang seimbang untuk si kecil anda, kami kumpulkan tip-tip ringkas ini:
-
Beri peluang pada anak untuk memilih sendiri aktiviti yang digemari
Syabas jika anda mampu menghantar anak kecil anda ke kelas tambahan dan aktiviti sukan, namun janganlah terlalu padat jadual hariannya, sampai memudaratkan kesihatan anak, ya?
Kanak-kanak seharusnya menikmati zaman awal kanak-kanak mereka tanpa stres. Galakkan mereka mencuba, namun jangan sehingga memaksa.
-
Terapkan aktiviti bermain sebagai sebahagian daripada pembelajaran
Ertinya, zaman persekolahan anak anda bukanlah sekadar kejayaan akademik sahaja. Dengan cara ini, anak anda akan membesar dengan menyedari bahawa skil bersosial, bersukan dan membina hubungan adalah sama penting dengan keupayaan dalam bidang akademik.
Keseimbangan ini akan memanfaatkan mereka ketika melangkah ke alam universiti dan pekerjaan nanti.
-
Sediakan ruang belajar dan bermain
Dengan mengasingkan ruang belajar dan bermain, anak anda dapat fokus dengan lebih baik dalam menyelesaikan tugasan yang sepatutnya pada masa yang ditetapkan.
Ruang belajar seharusnya selesa dan lengkap dengan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan. Ruang bermain pula haruslah selamat dan cukup luas untuk anak-anak bergerak, serta dilengkapi dengan mainan dan bahan aktiviti yang sesuai.
Namun begitu, perkara utama yang harus anda sebagai ibu bapa pastikan ialah kesihatan anak anda. Kanak-kanak yang aktif dan cerdas semestinya mempunyai tahap kesihatan fizikal dan minda yang baik. Ini kerana kesihatan yang baik merupakan asas tumbesaran yang optimum.
Kanak-kanak sentiasa bersedia untuk belajar dan bermain apabila mereka mempunyai minda yang kuat dan badan yang sihat. Berikan anak anda permulaan yang baik dengan membekalkan nutrisi yang sesuai dan yang paling penting, diet yang seimbang.
Jika anda sedang mencari penyelesaian untuk menyokong keperluan pemakanan harian anak anda, kami ingin memperkenalkan Morinaga Chil-kid.
Bekalkan nutrisi optimum dan seimbang untuk si kecil anda dengan Morinaga Chil-kid.
Mengapa kami sarankan Morinaga Chil-kid?
Tahukah anda, Morinaga Chil-kid merupakan susu tumbesaran kanak-kanak rumusan Jepun yang disokong oleh Institut R&D Morinaga di Jepun dengan sejarah inovasinya yang menjangkau lebih 100 tahun?
Dengan latar belakang dan standard yang begitu tinggi seperti ini, tidak hairanlah jika Morinaga Chil-kid menjadi pilihan ibu-ibu di Asia! Ibu-ibu gemarkan kualitinya yang telahpun terbukti. Contohnya, susu formula ini dihasilkan dan dipek 100% di kilang tersendiri di Belanda, menjalani pemeriksaan produk yang ketat dan diperiksa dua kali sebelum dieksport ke Malaysia.
Ia diformulasikan dengan nisbah seimbang lebih 45 nutrien penting seperti AA, DHA, GOS, Nukleotida, Omega 3&6 LCP, dan 27 nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak.
Nutrisi Optimum dan Seimbang Untuk Si Manja Anda
Cuba sendiri kebaikan Morinaga Chil-kid untuk si manja anda hari ini. Dapatkan pek percubaan Morinaga Chil-kid 600g berharga RM20 sahaja di sini!
Dapatkan lebih lagi untuk si manja anda! Percuma Morinaga Watergun Set dengan setiap pembelian 6 kotak 600g atau 5 Tin 900g Morinaga Chil-kid. BELI DI SINI SEKARANG!
Kami berharap anda dapat membimbing anak anda dengan baik dengan tip-tip yang kami kumpulkan di sini agar mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak yang menggembirakan. Sama ada bidang akademik, kreatif mahupun sukan, sokonglah minat anak anda kerana siapa tahu, minat mereka juga berpotensi membentuk masa depan yang cerah untuk mereka.
Ayuh, usaha ke arah mendapatkan keseimbangan hidup untuk anak anda dan lihat sendiri mereka membesar dengan sihat dan gembira.
RUJUKAN:
- Learning Through Play. UNICEF. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.unicef.org/sites/default/files/2018-12/UNICEF-Lego-Foundation-Learning-through-Play.pdf.
- 5 Fun Ideas for Learning Through Play. UNICEF. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.unicef.org/parenting/child-care/5-fun-ideas-for-learning-through-play.
- How Music Affects Your Baby’s Brain: Mini Parenting Master Class. UNICEF. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.unicef.org/parenting/child-development/how-music-affects-your-babys-brain-class.
- The Importance of Music and Movement – NIU – Child Development and Family Center. Northern Illinois University. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.chhs.niu.edu/child-center/resources/articles/music-and-movement.shtml.
- The Benefits of Water Play for Childhood Development. Busy Bees. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.busybees.edu.au/the-benefits-of-water-play-for-childhood-development-2/.
- Baby and Toddler Play Ideas. nhs.uk. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.nhs.uk/conditions/baby/babys-development/play-and-learning/baby-and-toddler-play-ideas/.
- What is Free Play and Why Should You Encourage It at Home?. Unicef.org. (2022). Retrieved 5 September 2022, from www.unicef.org/parenting/child-care/what-is-free-play.
- Talia Filippelli, C., Debora B. Wisneski, P., Welch, H., Wilmot, K., Kunter, Y., Filippelli, T., & Levy, A. (2022). The Importance of Giving Kids a Balance of Play | Expert Advice | The Genius of Play. The Genius of Play. Retrieved 5 September 2022, from thegeniusofplay.org/genius/expert-advice/articles/balance-of-play.aspx#.YxDXhHZBxPY.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia