Belajar matematik tidak sesulit yang anda ataupun anak anda bayangkan. Ada pelbagai helah yang memudahkan anda mengajak si kecil gemar belajar matematik.
Salah satu triknya, ada di video berdurasi 5 minit ini. Anda tidak perlu mendengar suara di video ini untuk memahami isi kandungannya. Video ini mengajar bagaimana mengalikan 2 bilangan yang nombor pada digit pertamanya sama.
Contoh pertama pada video ini adalah 37 x 33 =
- Cek dulu bahawa digit awal kedua bilangan tersebut sama, iaitu 3.
- Lalu cara ini hanya berlaku bila jumlah angka terakhir di kedua bilangan itu =10.
Bila kedua langkah di atas terpenuhi, cara belajar menghitung cepat ini dapat diterapkan. Bila tidak, cara ini tidak dapat digunakan.
Tambahkan 1 pada 3, sehingga menjadi 4.
Kemudian kalikan 3 dengan 4. Hasilnya adalah 12. Kini 37 x 33 = 12 _ _
Untuk mengisi 2 digit terakhir, kalikan kedua angka di belakang, iaitu 7 dan 3. Hasilnya, 7 x 3 = 21.
Jadi, 37 x 33 = 1221
Contoh kedua dalam video belajar matematika ini adalah 56 x 54 = ?
Pastikan digit pertama kedua bilangan tersebut sama, iaitu sama-sama 5. Jadi cara belajar matematika secara cepat ini dapat diterapkan.
5 x (5+1) = 30
Jadi 56 x 54 = 30 _ _
Selanjutnya 6 x 4 = 24
Jadi 56 x 54 = 3024
Mudah bukan?
Contoh ketiga, 21 x 29 = _ _ _
Pastikan digit pertama kedua bilangan tersebut sama, iaitu 2
Langkah pertama, 2 x (2+1) = 2 x 3 = 6
Langkah selanjutnya, 1 x 9 = 09
Jadi, 21 x 29 = 609
Contoh keempat, adalah angka yang lebih besar.
112 x 118 = ?
Pastikan digit awal kedua bilangan ini sama, iaitu 11.
Langkah pertama, 11 x (11+1) = 11 x 12 = 132 (Tahukah anda cara menghitung cepat perkalian dengan angka 11?)
Jadi 112 x 118 = 132 _ _
Langkah selanjutnya, 2 x 8 = 16
Jadi, 112 x 118 = 13216
Contoh kelima, 59 x 51 = ?
Kedua digit pertama sudah sama iaitu 5.
Langkah pertama, 5 x (5+1) = 30
Jadi 59 x 51 = 30 _ _
Lalu kalikan digit terakhir, 9 x 1 = 09
Jadi 59 x 51 = 3009
Mudah sekali bukan?
Yang perlu anda perhatikan adalah 2 kriteria iaitu:
1. Digit awal kedua bilangan harus sama.
2. Untuk menentukan jumlah total digit hasil perkalian, gunakan logika. Misalnya pada contoh kelima, tentunya 3009 bukan 309. Logika mudahnya, ambillah contoh yang mendekati perkalian 59×51 tersebut, misalnya 50×50 hasilnya 2500, bukan 250. Jadi, hasil perkalian 59 x 51 tentunya memiliki 4 digit, bukan 3 digit.
Semoga informasi ini bermanfaat kepada kalian semua. Selamat belajar matematik!