7 Perkara Baru Anda Belajar Tentang Pasangan Selepas Mendapat Cahaya Mata

undefined

Menambah bayi dalam dinamik hubungan anda akan mendedahkan perkara yang anda tidak tahu mengenai pasangan anda - baik DAN buruk

Mempunyai anak mengubah segalanya – termasuk perkahwinan anda. Memperkenalkan kehidupan baru dalam cara anda berinteraksi antara satu sama lain, akan menyerlahkan sifat tertentu yang anda mungkin tidak pernah tahu tentang pasangan anda.

Sebenarnya, apabila muncul kehadiran cahaya mata dalam hidup, barulah anak nampak perangai sebenarnya pasangan. Jika sebelum ini dia malas hendak lakukan kerja rumah, mungkin dengan kehadiran bayi, dia berubah menjadi lebih rajin.

Ada juga sesetengah pasangan selepas lahirnya anak, akan menjadi lebih tegas kerana risau akan keselamatan keluarganya. Tepuk dada, tanya selera. Tidak semua pasangan sama ya. Ada yang menjadi lebih positif, ada juga tidak kurang negatif.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin belajar mengenai pasangan anda setelah mempunyai anak, digabungkan dari Romper dan Huffington Post.

7 Perkara Baru Tentang Pasangan Yang Muncul Selepas Mendapat Anak 

1# Anda berdua adalah pasukan yang bagus (atau teruk)

tentang pasangan

Kredit: SmartParents

Sebelum mempunyai bayi, anda dan pasangan mungkin melalui pengalaman di mana anda terpaksa bekerjasama bersama. Jadi anda sudah tahu bagaimana dinamik pasukan anda, tetapi anda tidak dapat mengelak permasalahan apabila sudah ada bayi.

Masalah komunikasi? Ia akan lebih baik sekarang. Jika pasukan anda memerlukan pembaikan, jangan risau. Teruskan usaha. Dan apabila anda berdua sudah dapat bekerjasama secara harmoni, semuanya akan menjadi lebih indah.

2# Seksinya pasangan apabila mereka memegang bayi 

Walaupun, terdapat beberapa perkara yang lebih menarik daripada melihat pasangan anda menjadi orang tua yang baik untuk anak anda.

3# Alangkah mengarutnya pasangan anda bila bersama bayi

tentang pasangan

Kredit: eFinancialCareers

Ramai yang tidak dapat melihat pasangan mereka bergurau melainkan mereka juga membuatkan bayi tersenyum.

Sama ada bahasa bayi atau membuat mimik muka kelakar atau tarian lawak, ibu bapa akan pergi jauh untuk memastikan anak mereka ketawa. Hargai momen ini dan bergembiralah sebanyak yang mungkin.

4# Rupanya mereka penggeli

Ramai lelaki yang kehadapan dengan bangga dan bersedia untuk tugasan menukar lampin, namun ramai juga yang tidak mampu dan hanya muntah apabila melihat lampin kotor.

Jika pasangan anda dikategori kedua, jangan risau, dia akan biasa juga akhirnya.

5# Sifat mereka yang mana diwarisi

tentang pasangan

Kredit: KanyaID

Sama ada senyuman senget atau paras rupa mereka ketika marah, apabila anda melihat personaliti bayi anda seperti pasangan anda, ia adalah cukup hebat.

6# Apakah keutamaan mereka

Tiada ujian yang lebih hebat dari mempunyai anak. Anda mungkin akan mendapat tahu yang pasangan anda masih mengutamakan kerja dan kehidupan sosialnya melebihi keluarnya.

Atau anda mungkin akan gembira mengetahui yang anda berdua menghargai perkara yang sama.

7# Betapa anda hargai masa anda berdua

7 Perkara Baru Anda Belajar Tentang Pasangan Selepas Mendapat Cahaya Mata

Kredit: PopBela

Apabila sudah mempunyai anak, masa bersendirian untuk bercakap dan menikmati masa berdua adalah mustahil. Jadi jika berpeluang, ia adalah sangat berharga. Sebab itu, temu janji berdua yang kerap adalah penting.

Apa-apa pun anda dan pasangan harus sentiasa berkomunikasi agar hubungan jadi kekal harmoni. Jika ada perkara tentang pasangan buat anda kurang senang, ujar dengan tenang. Si dia tidak dapat baca minda kita. Mana tahu selepas mendengar luahan anda, dia akan berubah lagi.

Semoga artikel ini membantu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apakah faedahnya berkahwin awal?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!