X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Bila Disuruh? Wahai Suami, Jangan Malas Please!

4 min bacaan
Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Bila Disuruh? Wahai Suami, Jangan Malas Please!

Bila bab mencari rezeki dan wang untuk keluarga kini tidak lagi hanya menjadi beban si suami. Sudah tu kenapa pula bab menguruskan hal rumah masih lagi menjadi tanggungjawab isteri seorang? 

Tanggungjawab bersama suami isteri selain sentiasa menghormati satu sama lain dan menyumbang kewangan bersama, kerja rumah juga adalah salah satunya!

Bila bab mencari rezeki dan wang untuk keluarga kini tidak lagi hanya menjadi beban si suami, boleh dikatakan kebanyakan pasangan berkahwin kini keduanya berkerjaya. Sudah tu kenapa pula bab menguruskan hal rumah masih lagi menjadi tanggungjawab isteri seorang? 

Penat juga setiap hari perlu disuruh itu ini, sedangkan melangkah saja alam perkahwinan, suami isteri sepatutnya sudah tahu tanggungjawab masing-masing. Walaupun isteri adalah suri rumah sepenuh masa, adakah para suami ingat mereka tak letih? Menguruskan anak-anak, berkejar ke pasar, melayan suami lagi, manalah kawan tu cukup tangan. 

Secara jujurnya, pandangan isteri tempatnya di dapur adalah pandangan kuno yang kini tidak boleh dipakai lagi ya. Selayaknya kerja-kerja rumah untuk pasangan yang tidak mempunyai pembantu patut dibahagi SAMA RATA. 

Basuh, sidai dan lipat kain, basuh pinggan, kemas rumah, sapu dan mop lantai, cuci tandas, buang sampah dan lain-lain perlulah dibahagi mengikut kepakaran masing-masing, tak pakar pun kena buat juga sampailah mahir ya. 

Jadi di sini patut dibincangkan apa yang suami boleh tolong dan apa kelebihan yang akan diperoleh dalam sebuah keluarga jika tanggungjawab bersama suami isteri ini dibahagi sama rata. 

Mengapa suami patut membuat kerja rumah

tanggungjawab bersama suami isteri

Kredit: Freepik

#1. IQ tinggi

Tahukah anda ada kajian yang menyatakan suami yang membuat kerja rumah ini IQ mereka lebih tinggi! Lelaki yang meletakkan usaha yang sama atau lebih banyak untuk melakukan pengurusan rumah tangga lebih cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi dan lebih bahagia berbanding lelaki yang tidak melakukan atau berkongsi rumah tangga secara adil dengan pasangan mereka.

#2. Contoh kepada anak-anak

Selain memiliki IQ tinggi anda mesti juga mahu menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak bukan? Biasanya anak-anak lelaki yang sentiasa melihat ayahnya menolong ibu membuat kerja rumah akan membuat perkara yang sama kepada isterinya nanti. Wah, sejuk perut ibu mengandung!

#3. Isteri bahagia 

Bila isteri bahagia keluarga pun bahagia! Disebabkan itulah kerja-kerja rumah perlu dibuat bersama. Baru kerja cepat habis dan banyak masa boleh diluangkan bersama. Secara tak langsung mood isteri pun jadi happy saja. Kan seronok?

Cara ajak suami buat kerja rumah

tanggungjawab bersama suami isteri

Kredit: Freepik

  • Tanya pada suami anda, apa cabaran terbesar mereka setiap hari. Sama ada di pejabat, rumah atau ahli keluarga. Jangan kritik, jangan hukum, hanya dengar apa jawapan dia.
  • Beritahu mereka cabaran terbesar anda setiap hari pula. Jangan harap mereka dapat mengubahnya. Tapi hanya minta mereka mendengar cerita anda tanpa komen apa-apa.
  • Masing-masing menyatakan apa satu perkara yang mahu diubah.
  • Sama-sama menyatakan apa satu benda yang boleh dibuat untuk mengurangkan beban pasangan.
  • Buat senarai kerja rumah dan jadikan satu jadual untuk suami isteri peka apa yang mereka patut lakukan setiap hari atau setiap minggu. Ikut suka andalah mahu yang bagaimana. 

Berikut adalah kelebihan lelaki yang membantu isteri membuat kerja rumah:

  • Mereka lebih empati terhadap pasangan dan keluarga mereka yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka panjang kerana ia membantu membina hubungan yang berpanjangan dan bahagia.
  • Suami yang tidak keberatan berkongsi kerja rumah dengan pasangan menjadi semakin bijak mengawal emosi.
  • Lelaki yang berkongsi rumah tangga dengan adil mempunyai gaya hidup sihat kerana mereka akan menghabiskan lebih banyak masa di rumah daripada di luar.

Nasihat untuk para suami

Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Bila Disuruh? Wahai Suami, Jangan Malas Please!

Kredit: The Healthy Mummy

Stories Rakan Kongsi
Every Parent’s Worst Nightmare:  When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Every Parent’s Worst Nightmare: When Children Fall Really Ill And We Can’t Do Much
Why Choose Gerber Baby Food?
Why Choose Gerber Baby Food?
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!

Membasuh pakaian, membersihkan lantai, melakukan hidangan, ini semua bentuk latihan dan ia eloklah dilakukan selepas makan malam atau ketika semuanya lapang.

Jangan duduk di sofa dan menonton televisyen atau bermain game. Selepas duduk di pejabat untuk masa yang lama, lebih baik bergerak dengan melakukan kerja rumah yang akan mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular. 

Seperti sekarang, orang mempunyai masa yang kurang untuk melakukan aktiviti bersukan seperti dahulu, kerja rumah tangga adalah beberapa alternatif terbaik untuk membuat anda aktif di rumah.

Sumber: Scoopwhoop

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Bila Disuruh? Wahai Suami, Jangan Malas Please!
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham