X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Luang 3 Minit Bonding Time Dengan Anak Sudah Cukup Berharga Bagi Mereka

4 min bacaan
Luang 3 Minit Bonding Time Dengan Anak Sudah Cukup Berharga Bagi MerekaLuang 3 Minit Bonding Time Dengan Anak Sudah Cukup Berharga Bagi Mereka

Hanya 3 minit masa diperlukan untuk anda merapatkan hubungan dengan anak-anak dan sesibuk mana pun kita jangan sesekali mengabaikan mereka...

Aktiviti bersama keluarga sebenarnya mewujudkan ikatan yang sangat penting sekaligus mencipta momen indah bersama anak-anak tersayang. 

Ia sama pentingnya dengan aktiviti bermain dan waktu makan kerana psikologi mengatakan ikatan anak-anak dan ibu bapa boleh berlaku dalam masa tiga minit saja! Pernah tak anda dengar tentang aktiviti 3 minit ini? 

Aktiviti bersama keluarga – Peraturan “3 minit” menurut ahli psikologi

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan termasuklah menjaga anak dan keluarga. 

Sekiranya kedua-dua suami isteri bekerja, masa yang harus diluangkan bersama keluarga semestinya dua kali ganda. 

aktiviti bersama keluarga, luangkan masa untuk anak, luangkan masa dengan anak, luangkan masa dengan keluarga, tips luangkan masa dengan anak, cara luangkan masa dengan anak-anak, tips meluangkan masa dengan anak, cara melakukan aktiviti dengan anak, buat aktiviti dengan anak

Kredit: Kompasiana.com

Menurut Pakar Psikologi Nataliya Sirotich, Ketua Pusat Kerja Bahagian Kanak-Kanak dan Remaja, aktiviti bersama keluarga selama tiga minit adalah sangat berharga terutamanya bagi ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak. 

Peraturan 3 minit ini boleh dilakukan apabila anda pulang ke rumah. Beri tumpuan penuh pada anak sekurang-kurangnya selama tiga minit. Ia perlu dilakukan tanpa gagal setiap hari. 

Ini adalah cara mudah dan berkesan bagi bantu memperbaiki hubungan keluarga. 

Dengan mengikut peraturan 3 minit ini, Sirotich mengatakan seorang anak akan belajar tentang kasih sayang dengan ibu bapanya. Kepercayaan ini akan berjalan seiring waktu hingga mereka dewasa. 

Aktiviti bersama keluarga: Bagaimana nak amalkan 3 minit ini dengan betul? 

#1. Letakkan diri anda pada aras mata yang sama 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/gallery 1469210927 obama.jpg Putera William Bapa Terbaik Yang Harus Dicontohi!

Ketika menghabiskan masa tiga minit dengan anak, pastikan anda berada pada aras pandangan mata yang sama dengannya. Tak kiralah sama ada duduk di sofa atau bersila atas lantai. 

#2. Melakukan pemerhatian 3 minit ketika mengambil anak dari sekolah 

Ketika ambil anak dari tadika atau sekolah, guna tiga minit ini dengan sebaiknya seperti memeluk, mencium pipi dan minta dia berkongsi cerita menarik semasa di sekolah serta apa yang mereka lakukan bersama guru. 

Jangan berleter atau berceramah kecil kerana anak-anak tidak menggemarinya dan mereka menganggap anda tidak memberi tumpuan kepadanya. 

Sebab itu interaksi secara dua hala sangat penting kepada anak-anak. Secara tak langsung, anak dapat berkongsi rasa gembira dengan ibu atau ayahnya. Bagi mereka anda adalah kawan yang paling hebat! 

Tip: Mendengar dengan teliti apa yang diberitahu oleh anak dan bertanya soalan khusus mengenainya. Jangan sekali-kali berpura-pura dengar atau mengangkat bahu. 

#3. Apa yang anda tidak boleh buat? 

aktiviti bersama keluarga, luangkan masa untuk anak, luangkan masa dengan anak, luangkan masa dengan keluarga, tips luangkan masa dengan anak, cara luangkan masa dengan anak-anak, tips meluangkan masa dengan anak, cara melakukan aktiviti dengan anak, buat aktiviti dengan anak

Kredit: Family Famela.com

Anda tidak boleh mengabaikan sepenuhnya tiga minit tersebut pada anak. Apabila anda culas, ini akan membuatkan perhatian anak semakin longgar dan mereka banyak mendiamkan diri. 

Boleh jadi dia menganggap anda tidak berminat tentang diri dan aktiviti yang dilakukan. Malah mereka juga semakin menjauhkan diri. 

#4. Tiga minit untuk fokus 

Peraturan tiga minit ini hanyalah usaha tambahan supaya anda dapat meluangkan aktiviti bersama keluarga terutamanya anak-anak.

Ini supaya dia dapat berkongsi apa yang penting tatkala melihat ibu atau ayahnya. 

Aktiviti bersama keluarga – Cara luangkan masa dengan anak 

aktiviti bersama keluarga, luangkan masa untuk anak, luangkan masa dengan anak, luangkan masa dengan keluarga, tips luangkan masa dengan anak, cara luangkan masa dengan anak-anak, tips meluangkan masa dengan anak, cara melakukan aktiviti dengan anak, buat aktiviti dengan anak

Kredit: Fimela Family

Menurut ahli psikologi, ada perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mewujudkan ikatan yang  baik dengan anak-anak adalah seperti berikut:

  • Biar mereka tahu anda berminat untuk menghabiskan masa dengan mereka dan mengambil bahagian dalam aktiviti bersama. 
  • Bermain permainan video
  • Memasak
  • Membuat projek DIY. 
  • Aktif mendengar ketika anak sedang bercakap. 
  • Biarkan anak-anak tahu yang anda boleh menjadi rakan pendengar yang setia. 
  • Berikan keyakinan kepada anak-anak yang mereka boleh bergantung kepada anda pada bila-bila masa yang diperlukan. 
  • Bersikap terbuka tanpa kepura-puraan di hadapan anak-anak. 

Ingatlah, kanak-kanak jauh lebih bijak daripada apa yang anda fikirkan. Sebab itu anda harus peka dan beri tumpuan terhadap apa yang mereka katakan. 

Akibat pengabaian terhadap anak 

Jika anda tidak mengamalkan peraturan tiga minit ini, bukanlah bermakna anda mengabaikan anak-anak. Tapi ia boleh menyebabkan beberapa perkara: 

  • Mereka hanya melakukan hal masing-masing dan tidak pandai berkongsi cerita dengan ibu bapanya.
  • Dalam masa-masa tertentu anda tidak bersama mereka saat diperlukan ini akan membuatkan anak kurang bercakap dengan anda. 
  • Mereka mungkin enggan atau rasa tak perlu berkongsi maklumat penting dengan ibu bapanya. 

Jika anda tidak melakukan sebarang perubahan dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak ia boleh merugikan anda di masa hadapan.

Kuncinya sentiasa konsisten menunjukkan yang anda tetap sayangkan mereka walau apa yang terjadi. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Rijal 09 

Sumber: Penulis asal Jia Ling. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Eratkan Ikatan Ibu Bapa Dan Anak Dengan Cadangan Masa Bonding Ini (Bergambar)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Luang 3 Minit Bonding Time Dengan Anak Sudah Cukup Berharga Bagi Mereka
Kongsikan:
  • Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

    Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

  • Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

    Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

    Aksi Menggigit Leher & Tubuh Pasangan, Tanda Anda Terlalu Ghairah Ketika Seks

  • Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

    Keluar Darah Coklat @ Spotting Ketika Solat, Sah Tak Ibadah? Ini Jawapannya

  • Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

    Comelnya Dapat Kembar Ala Jepun/Korea Irasnya! Berkat 4 Tahun Menunggu

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.