Ramai antara rakan-rakan saya yang suatu waktu dulu bersama-sama belajar di menara gading memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa atau di era ini orang panggil ‘stay at home mom’.
Rata-ratanya membuat keputusan sedemikian setelah memiliki anak kecil dan ingin memberi 100 peratus tumpuan kepada keluarga.
Pada awalnya saya berasa pelik dan tidak memahami mengapa sanggup mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang dimiliki dan membiarkan segulung ijazah hasil usaha keras waktu belajar dulu dengan begitu saja?
Sehinggalah saya sendiri memiliki anak kecil. Saya mulai faham mengapa ibu-ibu boleh mengambil keputusan yang drastik sebegitu. Dan secara jujurnya memang ada sekelumit rasa ‘tergoda’ untuk membesarkan anak saya sendiri. Tiada apa yang lebih penting dan berharga selain dapat melihat anak besar dengan mata sendiri, dan tidak akan ada rasa bersalah apabila hantar ke rumah pengasuh dan rasa risau dengan keselamatan anak.
Namun dalam mendapat kepuasan menjaga anak dan keluarga, hadir pula perasaan lain. Rasa bersalah tidak dapat membantu dari segi kewangan, rasa malu kepada rakan-rakan kerana yang lain semua bekerjaya, rasa rendah diri pada ibu bapa kerana tidak dapat membalas jasa mereka dengan memiliki pekerjaan hebat-hebat.
Mak & ayah pandang rendah anak menjadi suri rumah tangga
Mengikut perkongsian seorang hamba Allah di Facebook yang bernama Akhtar Syamir
Di menceritakan memang ada ibu ayah yang memperlekehkan anak yang menjadi suri rumah tangga. Mereka selalu mengangungkan anak-anak yang bergaji besar dan yang beri duit kepada mereka.
Mak ayah sendiri pandang rendah pada anak yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Ikuti perkongsian yang saya ambil dari komen di penulisan saya sebelum ini berkenaan suri rumah.
Pandang sebelah mata pun tidak. Asyik memperlekehkan anak yang menjadi suri rumah. Di mulut mak ayah cuma bercerita pasal anak yang kerja bergaji besar dan boleh bagi duit beribu.
Banggalah si mak ayah hingga kembang hidung membanggakan anak lubuk emasnya. Siap bercerita mengenai pembahagian harta-harta untuk semua anak. Namun, anak suri rumah tidak langsung disebut pun namanya.
Tak hubungi anak, takut anak nak pinjam duit
Minta dijauhkanlah ibu bapa sebegini. Dikhabarkan anak yang menjadi suri rumah itu sakit dan tidak dapat menelefon ibu bapanya. Kalau anak-anak yang bekerja tidak menelefon dua tiga hari sudah menggelupur bimbang, tapi anak suri rumah tak telefon dibiar saja. Bimbang kalau dihubungi nanti nak pinjam duit pula.
Anak yang bergaji dan berduit tak telefon 2-3 hari dah mula risau. Rela mak ayah telefon sendiri tanya khabar. Anak suri rumah, senyap tnapa khabar berita berbulan kerana sakit, tiada siapa yang telefon.
Maklumlah, dah sakit. Takut anak tu nak pinjam duit pula. Sampaikan hasut anak-anak lain supaya jangan bantu anak suri rumah ini kalau dia nak pinjam duit.
Bila hati anak suri rumah ini semakin menjauh, makin tawar hati untuk pulang ke kampung. Dia berpendapat, jika nak anak buat baik pada mak ayah, mereka juga perlu buat baik kepada anak.
Sebagai mana anak perlu menjaga hati mak ayah, mereka juga perlu pertimbangkan hati dan perasaan anak. Janganlah dibeza-bezakan sampai apa yang keluar dari mulut pun jadi tidak baik hanya kerana anak itu seorang suri rumah.
Bila yang tua mengasihi, yang muda akan menghormati. Begitulah roda kehidupan.
Itulah serba sedikit olahan saya dari perkongsian seseorang di komen penulisan saya sebelum ini.
Saya balas, ibu bapa juga manusia. Manusia juga datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang baik, ada yang tidak. Manusia boleh menggembirakan, manusia juga boleh menyakitkan dan boleh melakukan kesilapan. Kecilkan circle dan fokus pada keluarga sendiri.
Allah Maha adil. Allah Maha mengetahui. Jagalah diri jangan sampai menderhaka. Tidak salah jika tidak bersetuju dengan ibu bapa sendiri kerana mereka juga manusia.
Semoga dapat membuka mata. Wujudnya ibu bapa sebegini. Semoga kita tidak jadi seperti itu. Jadikan ini sebagai sempadan.
Dan daripada perkongsian itu, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapa itu. Mereka menyatakan bahawa anak yang dipanggil suri rumah itulah yang akan menjaga ibu bapanya kelak. Kerana anak-anak yang bekerja itu nanti sibuk bekerja manalah nak cari masa untuk pulang ke kampung dan menjaga ibu bapa.
Dan pada waktu itu baru mereka akan sedar agaknya apa yang lebih berharga dalam hidup ini. Wang ringgit atau pengorbanan seseorang untuk menjaga darah daging mereka dengan titik peluh mereka sendiri. Jadi fikir-fikirkanlah.
Walau bagaimanapun setiap orang punyai tanggung jawab masing-masing, baik ibu bekerjaya atau suri rumah, anda adalah seorang yang kuat dan mempunyai ‘value’ tersendiri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Akhtar Syamir
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsuri-rumah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!