Hati-Hati Sebelum Nak Beli Permainan Untuk Anak, Perhatikan 6 Perkara Ini Dahulu

Anak kecil dengan permainan memang tak dapat dipisahkan, malah ia bagus untuk perkembangan mereka. Tapi sebelum beli mainan untuk mereka, anda kena tahu 6 benda ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan untuk anak adalah sangat penting untuk membantu dalam perkembangan mereka. Dengan permainan yang betul, ia mampu meransang otak dan sensori motor anak.

Tetapi, mainan juga mempunyai beberapa kesan buruk, terutamanya untuk keselamatan anak-anak kita.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli mana-mana mainan buat anak anda, baca dulu peringatan ini: 

6 Perkara Yang Wajib Dilihat Sebelum Beli Permainan Untuk Anak 

1. Permainan Kanak-kanak- Periksa jika sudah patah atau rosak

Mainan juga memerlukan pemeriksaan.

Sama ada dari segi keadaan mainan tersebut dan juga dari segi kebersihan. Bahagian yang patah atau rosak hendaklah dibuang kerana berpotensi mencederakan anak-anak.

2. Jauhi mainan getah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto ehsan: Max Pixel

Belon dan sarung tangan getah adalah antara permainan dalam kategori ini.

Menurut BabyCenter, belon merupakan salah satu punca utama mengapa ramai kanak-kanak meninggal dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secebis lateks yang tersangkut di dalam saluran pernafasan kanak-kanak boleh menyekat bekalan oksigen!

3. Semak umur yang disarankan

Ia mungkin nampak lekeh, tapi ia bersebab: umur yang disarankan untuk sesetengah mainan adalah untuk memastikan kanak-kanak selamat.

Ibu bapa boleh melihat saranan ini pada label mainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr. Bettye M. Caldwell, seorang profesor Pediatrik, mainan kanak-kanak di bawah umur setahun haruslah berwarna-warni, ringan, mempunyai pelbagai tekstur dan diperbuat daripada bahan tidak bertoksik.

4. Elak mainan yang guna bateri

Foto ehsan: Wikimedia

Bateri di dalam mainan selalunya terlalu kecil dan ia amat bahaya jika tertelan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila berada di dalam badan, bateri boleh membuatkan organ dalaman terbakar dan berlubang.

5. Uji permainan itu sendiri

Sebelum membeli sesuatu permainan di kedai, cuba sendiri dulu dan lihat jika mainan tersebut sesuai untuk anak anda atau tidak.

Jika ia mengeluarkan bau yang pelik, atau bahasa yang tidak elok, atau mudah patah, pilihlah mainan yang lain.

6. Mainan besar untuk anak kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh cuba membeli mainan yang sedikit besar untuk si kecil anda.

Dengan cara begini, anda dapat mengurangkan risiko mainan kecil ditelan. Jadi ia lebih selamat untuk di bawa bermain.

Sama-sama kita menjaga keselamatan anak, sambil memberi mereka kebebasan untuk bermain, ya.

Sumber: theAsianParent Singapore

Kredit gambar: Army.mil

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada Kulapuk Hitam Pada Mainan Bayi, Perlukah Saya Bimbang?

Penulis

Aqma