Ibu bapa kena beli stroller baby yang sempurna
Selepas jadi ibu 5 bulan lalu, saya telah menyeberangi 2 benua, 3 buah negara dan 4 bandar, semuanya dengan menolak bayi dalam stroller baby. Saya tahu beli stroller baby yang sempurna adalah cara terbaik untuk saya mengembara dengan selesa.
Jadi kali ini, saya ingin membantu anda membuat pertimbangan sebelum beli stroller baby. Amaran, beli barangan bayi sama sukar seperti beli kereta baru. Terlalu banyak pilihan!
Anda boleh buat pembelian mewah, yang beroda 3 atau 4, atau pembelian bajet dengan penyelarasan yang memudahkan ibu bapa. Atau, anda boleh beli stroller baby versi rekaan khas yang berubah apabila anak makin membesar. Wow!
Anda boleh jadi sangat keliru apabila nak beli stroller baby yang sempurna untuk bayi anda. Tapi untuk memastikan ibu bapa membuat pilihan tepat, anda harus melihat keperluan anda. Saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya belajar semasa membeli stroller sempurna buat si kecil saya.
9 perkara anda harus fikir dulu sebelum beli stroller baby yang sempurna
1. Berat stroller bayi
Anda akan terkejut jika tahu kebanyakkan stroller baby di pasaran seberat hampir 15kg. Dan itu tanpa bayi!
Inilah perkara pertama anda harus semak sebelum beli stroller baby. Dan sebab inilah saya tertarik dengan model terbaru Bugaboo, Bugaboo Bee5 stroller.
Beratnya hanya 9 kg dan untuk wanita kecil seperti saya, jadi ia mudah diuruskan.
2. Boleh dilipat
Dengar macam tidak penting. Ketika dekat kedai, si penjual menunjukkan sebelum beli stroller baby itu, anda sangat mudah untuk melipatnya. Tapi apabila di tangan sendiri, kita terkial-kial hendak buat.
Jadi sebelum anda beli stroller baby dan bawa ia pulang, pastikan anda sudah tahu melipat dan membukanya dengan mudah. Sebagai pengguna, sekali lagi saya ingin sebut, model Bee5 sangat mudah untuk dilipat!
3. Kesesuaian
Posisi duduk, posisi baring, posisi menghadap depan atau posisi menghadap anda. Jika anda adalah bakal ibu bapa baru, cuba cari stroller yang boleh dibaringkan.
Ini kerana bayi baru lahir badannya lembut. Jadi mereke perlu perlindungan semasa dalam stroller atau kereta sorong bayi ini. Tapi bayi juga membesar dengan cepat, anda tentu tidak mahu menukar stroller apabila mereka sudah besar, kan?
Inilah sebabnya mengapa anda harus melabur untuk beli stroller baby yang kemudiannya boleh diguna ke atas kanak-kanak pula. Lagipun, stroller baby bukannya murah, jadi laburkan pada yang boleh diguna lama.
4. Fungsi terbalik
Terbalik di sini adalah kedudukan bayi boleh memandang anda, bukan pada orang ramai. Ini adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang anda perlu terutamanya semasa membawa bayi baru lahir.
Dan apabila dia sudah lebih besar, anda boleh membiarkan mereka menghadap dunia pula!
5. Bajet
Tiada ibu bapa yang mahu keselamatan anaknya tidak dititik beratkan. Jadi melaburkan lebih sedikit sebelum beli stroller baby demi keselamatan. Pastikan harga stroller dalam kemampuan anda.
Ini kerana kemudian anda harus memikirkan barangan bayi yang lain pula.
6. Stroller baby pilihan berkembar
Jika anda ada anak kembar atau ada lagi seorang anak, pilihlah stroller yang boleh membawa 2 anak sekali gus.
Tapi jika anda tidak perlu tempat duduk berkembar, sekarang terdapat pilihan yang boleh disambungkan ke stroller baby seperti ‘skate board‘ atau seat tambahan.
7. Kegunaan stroller baby itu
Terutamanya yang tinggal di bandar dan banyak bergantung kepada stroller baby, anda pasti mahu beli stroller baby yang ada tayar tahan lasak, mudah dikendalikan dan ringan seperti Bugaboo Bee5.
Fikirkan tentang gaya hidup anda terlebih dahulu sebelum membuat pilihan untuk beli stroller baby.
8. Jenis tayar
Tayar juga memainkan peranan penting sebelum anda beli stroller baby yang sempurna untuk si kecil anda. Malah terdapat beberapa jenis tayar yang anda perlu tahu.
Selain jumlahnya yang boleh jadi 2 atau 3, jenis material tayar juga memainkan peranan.
Tayar plastik lebih ringan. Tayar yang perlu dipam angin lebih selesa dan empuk. Tayar foam keras paling mahal tapi paling selesa.
9. Boleh diselaraskan
Carilah stroller yang boleh diselaras agar anda dan suami boleh guna ia dengan mudah. Sesetengah stroller ada bahagian tempat letak bayi yang boleh diselaraskan tingginya agar anda tidak perlu membebankan belakang anda untuk meletak dan mengangkat bayi.
Anda harus ingat, beli stroller baby yang sempurna untuk si manja adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Ia memang leceh sebab itulah anda harus membuat pilihan yang tepat.
Kaji dan cuba dulu kemudian barulah membuat keputusan untuk beli stroller baby yang mana. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!
** Stroller bayi Bugaboo boleh didapati di beberapa kedai berikut:
Bebehaus, First Few Years dan Mothercare
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi-kanak-kanak/