Mungkin anda pernah lihat di kawasan membeli-belah ataupun di pasar malam, ada penjual belon yg menjual belon dalam pelbagai bentuk karakter kartun seperti karakter Upin dan Ipin dan sebagainya. Ia dijual dengan harga yang murah, serendah RM5 untuk satu belon sahaja. Disebabkan harganya yang murah dan bentuknya yang pelbagai, ia sentiasa menjadi pilihan ibu bapa untuk membelinya untuk anak-anak.
Namun begitu, belon tersebut sebenarnya adalah sangat membahayakan jika ia terdedah kepada api. Dibuktikan dengan kisah yang viral di Facebook mengenai seorang kanak-kanak yang melecur teruk dibahagian tangan dan badannya akibat terkena letupan belon kartun tersebut.
Seperti yang diceritakan oleh Effa Adam; ibu kepada adik Rifqi, yang terkena letupan belon tersebut, kejadian berlaku di rumah selepas mereka pergi makan di luar. Anaknya meminta ibunya untuk membeli belon itu, jadi ibunya pun membelikan untuknya. Ketika di rumah Rifqi telah menemui satu lighter yang sudah kehabisan gas dan bermain dengannya. Tiba-tiba belon itu meletup dan menyambar tangan dan mukanya.
Disebabkan keadaan anaknya yang sedang menggigil kerana terkejut dan sakit, Effa terus membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doctor memberitahu bahawa kes ini tidak boleh dianggap sebagai kes biasa kerana ia melibatkan gas.
Kesan haba dari letupan belon itu boleh menyebabkan kandungan oksigen belon yang bahaya memasuki ke tekak dan paru-paru mengakibatkan organ itu membengkak dan pernafasan akan menjadi susah.
Adik Rifqi terus dimasukkan ke kawasan zon merah dan dia dipantau oleh doctor selama 24 jam untuk memastikan pernafasannya adalah baik.
Effa menasihatkan kepada ibu-bapa yang lain untuk jangan membelikan belon kartun atau belon yang bukan diisikan dengan gas helium yang dijual dengan murah di luar sana. Menurut kata doctor, belon gas helium tidak akan meletop.
Jadi, semestinya boleh yang dijual murah di luar sana adalah menggunakan gas yang berbeza. Kes adik Rifqi ini adalah bukan kes yang pertama dan semestinya kejadian ini pasti dapat dielakkan jika ibu-bapa tidak membeli belon ini untuk anak-anak.
Namun begitu, kita sebagai ibu bapa tentu ingin melihat anak kita gembira dan memberikan apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi tidak semua barang adalah selamat untuk anak kita. Difahamkan, ada sesetengah kanak-kanak yang akan membuang tantrum jika tidak dituruti kehendaknya. Berikut adalah beberapa tips untuk mengajar anak supaya tidak mempunyai perangai untuk meminta dibelikan barang apabila keluar bersama anda.
Katakan Tidak
Cuma kata tidak. Ia tidak selalunya mudah – adalah lebih senang untuk memberikan apa sahaja yang mereka mahu daripada berurusan dengan tantrum mereka.
Tetapi sentiasa berkata ya kepada permintaan mereka boleh menyebabkan seorang kanak-kanak menjadi tamak dan tidak menghargai dengan apa yang mereka ada. Jadi, secara tegas hanyalah berkata, “Tidak, kami tidak akan membeli barang ini hari ini.”
Memberitahu mereka lebih awal
Jika anda tidak merancang untuk membeli anak anda apa-apa di kedai, beritahunya terlebih dahulu. Semasa anda masih di dalam kereta beritahu anak anda, “Kami membeli pakaian hari ini, bukan mainan” atau “Kami hanya membeli susu dan roti di kedai runcit -tiada tambahan” – dan mengulanginya apabila anda memasuki kedai . Menetapkan had adalah kunci untuk mendisiplinkan kanak-kanak zaman ini.
Bersedia untuk beredar
Jika, walaupun amaran telah diberikan tapi anak anda akhirnya menangis tidak henti-henti (dan kuat) untuk sesuatu, pertimbangkan untuk membuat jalan keluar, tanpa mengira sama ada anda sudah selesai membeli-belah ataupun tidak.
Katakanlah: “Kami bercakap tentang perkara ini, dan anda tidak mendengar kepada saya. Sekarang kita perlu pulang ke rumah.” Kemudian berpegang kepada kata-kata anda dan pergi. Anda akan menunjukkan kepada anak anda bahawa anda berpegang kepada kata-kata anda.
Membeli belah tanpa anak anda
Apabila tiada pilihan, cuba membeli barangan runcit atau hadiah hari jadi tanpa membawa anak anda bersama. Tetapi ia tidak mungkin, atau satu idea yang baik, untuk sentiasa mengelakkan isu itu. Mengajar anak anda bahawa dia tidak sentiasa akan mendapat apa yang dia mahu dan kadang-kadang kita membeli hadiah untuk orang lain, bukan diri kita sendiri, adalah pelajaran hidup yang penting.
Konsistensi adalah penting
Anda perlu melakukan tips-tips di atas secara konsisten dan jangan cepat mengalah. Jika anda mengalah, anak anda akan dapat melihat bahawa anda senang untuk dikalahkan. Sentiasa fikirkan bahawa ini adalah untuk kebaikan anak-anak anda juga.
Rencana dipetik daripada Oh Bulan