Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!

Siapa sangka majlis hari jadi yang sepatutnya menjadi hari gembira untuk gadis ini bertukar menjadi kejadian ngeri. Gadis ini melecur setelah belon meletup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda membuat majlis hari jadi anak, pasti anda hiaskan dengan belon, bukan? Kanak-kanak memang tertarik dengan benda berwarna-warni. Tetapi anda perlu berhati-hati, belon meletup boleh menyebabkan kematian!

Ambil pengajaran dari kisah yang mengejutkan ini.

Belon meletup semasa majlis hari jadi

Baru-baru ini satu video tular di media sosial menunjukkan bagaimana belon meletup dan menyebabkan kemalangan ngeri di sebuah majlis hari jadi. Seorang wanita telah menjadi korban dan melecur di lengan!

Salah seorang rakannya yang bernama Abdul Basit Raheem telah mengongsikan petikan video ini di laman Facebook-nya dengan kapsyen: “Jauhkan diri dari belon hidrogen, ia boleh membawa maut.”

Lihat video di bawah ini tentang bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku:

www.facebook.com/basit.alone/videos/10212088453627988/

Dalam petikan video ini, seorang wanita sedang menyambut hari lahirnya dengan dikelilingi belon hidrogen. Ketika dia sedang menyalakan lilin, tiba-tiba terjadi letupan besar.

Pos tersebut juga menunjukkan keadaan wanita tersebut sebelum dan selepas kejadian. Sedih apabila melihat wanita cantik ini perlu menderita kesan lecur di lengannya. Api dari letupan itu juga telah merosakkan rambutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis hari jadi yang berubah menjadi mimpi ngeri ini boleh menjadi pengajaran kepada para ibu bapa untuk memastikan keselamatan persekitaran terutama ketika membuat majlis untuk anak.

Tip mencegah belon meletup

Anda harus ingat tentang hal-hal di bawah sebelum merancang apa-apa majlis.

  • Gas hidrogen mudah terbakar. Hidrogen memang lebih murah daripada helium sehingga sebahagian besar penjual belon memakai hidrogen supaya balon mengembang. Pastikan ibu bapa pastikan dulu gas apa yang digunakan oleh penjual belon atau perancang majlis.
  • Jika anda tak pasti gas apa yang digunakan untuk mengisi belon, pastikan anda letak belon di jarak yang selamat dan jauh dari api.
  • Periksa semua semua elektrik dan kabel da pastikan semua dalam keadaan yang baik kerana percikan kecil sahaja boleh menyebabkan belon meletup.
  • Pastikan anda mempunyai alat pemadam api dan pastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi.
  • Pastikan kotak perubatan kecemasan ada di tempat anda ingin melangsungkan majlis.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commainan-anak-yang-berbahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar