Untuk Membentuk Masyarakat Yang Berguna, Mulakan Dengan Ahli Keluarga
Anda pasti mahu anak-anak membesar menjadi masyarakat yang berguna untuk negara, kan?
Sebab itu semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Dan nampaknya, ibu bapa boleh memastikan anak mereka berjaya dengan bengkel ini!
Badan Malaysian Child Resource Institute (MCRI) telah bekerjasama dengan Family and Parenting Center (FPC) dari HELP University untuk menjayakan satu program yang terbukti mampu membentuk masyarakat yang lebih berguna.
Semuanya bermula dengan anda (ibu bapa) dan anak-anak. Program tersebut diberi nama L.I.F.E. (Literacy Impacts and Family Education).
Program yang bernas ini memberi dua fokus utama:
- meningkatkan kemahiran membaca dan menulis pada kanak-kanak
- dan melatih kemahiran ibu bapa untuk menggalakkan perkembangan anak-anak
Ha… sungguh menyeluruh kan? Jangan risau, kami akan jelaskan dengan lebih lanjut.
Diketuai oleh Cik Sybella Ng, seorang ahli psikologi dan pensyarah di HELP University, program ini menganjurkan pelbagai sesi bercerita, bengkel keibubapaan dan sesi kaunseling.
Tapi, adakah ibu bapa dan anak-anak memerlukan bengkel ini? Jawapannya, ya! Kenapa?
Ibu Bapa Menggemari Bengkel Keibubapaan Yang Dianjurkan!
Bengkel keibubapaan yang dianjurkan Program LIFE bukan mengupas tentang teknik keibubapaan semata-mata.
Bengkel ini mengupas tentang bagaimana ibu bapa harus bijak menangani emosi sendiri sambil memperkasakan lagi kemahiran mereka.
Salah satu peserta yang menyertai bengkel tersebut berkata mereka dapat belajar mengawal emosi negatif yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan pada anak-anak.
Itulah yang cuba dicapai oleh Cik Sybella Ng! Program ini mahu memberi bantuan kepada ibu bapa.
Mereka terbukti kekurangan sokongan, sumber asas atau pengetahuan umum tentang perkembangan kanak-kanak.
Jadi, program ini diharapkan mampu memberi mereka sokongan, malah melengkapkan diri dengan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik!
Bengkel keibubapaan ini juga mengajar tentang cara menangani tekanan secara praktikal. Ia mudah difahami oleh semua ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang menyertai bengkel memberi maklum balas positif. Mereka ingin menghadiri bengkel seterusnya!
Kata mereka – bengkel ini banyak mengajar cara untuk memahami emosi kanak-kanak dengan lebih mendalam.
Sesi Bercerita Menarik Minat Kanak-Kanak Untuk Membaca dan Menulis
Manakala menerusi sesi bercerita dengan kanak-kanak pula, mereka dapat belajar cara menyampaikan cerita dengan cara berbeza.
Kanak-kanak yang menyertai bengkel ini amat seronok malah mereka terbukti telah menimba minat untuk membaca dan menulis. Lihat saja bagaimana mereka terpaku setiap kali menghadiri sesi bercerita seperti di bawah!
Program LIFE Untuk Membentuk Masyarakat Yang Lebih Sihat
Program LIFE adalah satu inisiatif untuk memajukan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk membentuk masyarakat yang lebih sihat sambil menggalakkan persekitaran yang lebih selamat untuk kanak-kanak.
Jangan segan silu untuk menyertai bengkel berguna ini! Ramai juga ayah yang menyertai bengkel ini kerana ingin melibatkan diri dalam penjagaan dan tumbesaran anak mereka.
Hal ini menunjukkan ayah sekarang sudah bijak berkongsi beban dan tanggungjawab dengan isteri mereka!
Program L.I.F.E. bukan sahaja memanfaatkan keluarga tetapi memanfaatkan seluruh masyarakat pada masa depan.
Kemahiran menulis dan membaca amat penting bagi setiap individu untuk berkomunikasi dan haruslah dipupuk dari kecil. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan kesejahteraan keluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Ruth Liew
Director
Tel: +6012-3329205
E-mel: mcricheras@gmail.com