Stres Suami Mula Beralih Hati Lepas Berat Badan Naik, Atasinya Dengan Rawatan Kuruskan Badan

Melahirkan zuriat buat suami tercinta adalah perkara paling berharga. Namun, tahukah anda tentang cara-cara menjaga bentuk badan wanita selepas bersalin?

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang bersalin ialah perubahan terhadap bentuk badan wanita dan kenaikan berat secara mendadak.

Hal ini sekaligus membuatkan anda berasa kurang yakin untuk bersama suami dan orang sekeliling kerana segelintir daripada mereka pasti menunjukkan reaksi terkejut, sehinggakan ada yang tidak mengecam diri anda yang sekarang.

Menjaga bentuk badan wanita

credit to sources

Bukan itu sahaja, anda juga dilanda dengan pelbagai fikiran negatif terhadap suami kerana mereka mungkin akan berubah dan berpaling mencari wanita yang lebih menggoda.

Tahukah anda akan kepentingan menjaga bentuk badan wanita yang ideal dalam memikat ‘’selera’’ suami agar dalam hati mereka cuma ada anda seorang. Antaranya ialah:

#1. Hati mudah berubah

Seperti insan biasa, ia menjadi sebuah lumrah dalam mendampingi teman sehidup semati yang bijak, cantik dan menjaga penampilan diri.

Dalam hal ini, anda perlu sedar bahawa jika suami kelihatan berdiam diri sahaja dan nampak tenang, sebenarnya mereka buntu untuk mengatakan perkara yang dipendam oleh mereka.

Harus diingat bahawa tubuh badan anda yang menarik mampu membuatkan suami sering berasa puas ketika anda berdampingan dengannya.

#2. Hilang mood untuk bermanja

Tidak dinafikan bahawa berat badan berlebihan akan menyebabkan suami hilang ghairah untuk bermanja.

Hal ini adalah kerana anda mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan layanan yang terbaik buat suami ketika di rumah.

Bukan itu sahaja, anda juga akan sering berhadapan dengan risiko mudah berasa letih atau sering memiliki bau badan yang tidak menyenangkan.

#3. Tiada keyakinan diri

foto: ainniahzulkefli

Sekiranya anda mengalami berat badan yang meningkat selepas bersalin, pastinya anda berasa kurang selesa untuk menonjolkan bentuk badan wanita yang sangat berbeza berbanding anak dara dahulu.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan lebih memilih pakaian yang bertutup terutamanya bagi melindungi bahagian perut yang tebal dengan lapisan lemak.

Hal ini sebenarnya akan membuatkan anda sedikit tertekan kerana anda tidak dapat memikat nafsu suami dengan menjaga penampilan ketika di dalam rumah.

Silap-silap suami sendiri akan tegur pemakaian anda sama seperti bibik!

Jalani rawatan pelangsingan badan

credit to sources

Bagi mengatasi masalah ini anda boleh membelanjakan sedikit wang simpanan bagi mendapatkan bentuk badan yang anda impikan di Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) pada Februari hadapan.

Di sini anda akan menjumpai jalan penyelesaian setelah bergelut dengan masalah berat badan yang menghantui anda setelah sekian lama.

Menariknya ia adalah pusat sehenti yang menawarkan servis spektrum penuh bersama kumpulan profesional dalam multi disiplin yang membantu pengurusan berat badan dengan pakar yang mahir seperti endokrinologi, pembedahan, kaunseling diet, psikiatri dan fisioterapi.

Bukan itu sahaja, SMCV turut menawarkan peluang untuk anda merasai sendiri pengalaman program transformasi penurunan berat badan dengan efektif.

Pihak hospital turut menyediakan program penurunan berat badan yang komprehensif kepada anda.

Bagi anda yang memiliki berat badan berlebihan dan dikategorikan sebagai obesiti, anda sangat dialu-alukan untuk mendaftarkan diri dalam program ini di talian SMCV (+603 9772 8173).

Tarikh tutup penyertaan program yang mampu mengubah kehidupan anda ialah 31 Januari 2020 dan ia terbuka kepada anda yang  berumur 25 hingga 45 dengan berat BMI 32 atau lebih.

Bukan itu sahaja, SMCV menjanjikan penjagaan yang terbaik kepada anda ketika melalui setiap proses menguruskan badan agar anda berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Bagi anda yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, SMCV turut menyediakan fasiliti perubatan, kemudahan dan servis di Cheras dan KL South.

Hospital swasta ini mempunyai kemudahan penjagaan pesakit dalam dan luaran dengan servis kecemasan dan ambulans selama 24 jam.

Dalam pada itu, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan klinik pakar perubatan kemudahan pengimejan dan makmal catheterisation serta keupayaan dalam perubatan dan pembedahan, anda boleh terus datang ke Sunway Medical Centre Velocity.

Anda juga tidak perlu ragu-ragu kerana di Sunway Medical Centre Velocity menyediakan pasukan perunding dan pakar bedah termasuk ahli kardiologi, ahli gastroenterologi, pakar ginekologi, pakar mata, Ortopedik dan ahli pediatrik yang berpengalaman.

Kebanyakannya, mereka menjalankan klinik pakar pada hari kerja dan Sabtu.

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian +603 9772 9191 atau email smcv-enquiry@sunway.com.my.

Anda juga boleh melayari laman sesawang www.sunwaymedical.com/velocity  atau Facebook: Sunway Medical Velocity.

Kredit foto: palembang tribunnews

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

Realiti Sebenar Tentang Badan Ibu Selepas Bersalin