Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

Seorang gadis berusia 15 tahun tiba-tiba beranak dalam tandas sebuah shopping mall selepas mengatakan dia mengalami senggugut dan sakit perut!

Ibu terkejut anak perempuan beranak dalam tandas

Kota Kinabalu: Seorang ibu dilaporkan terkejut apabila menjumpai anaknya yang baru berusia 15 tahun tiba-tiba beranak dalam tandas sebuah kompleks membeli-belah Selasa lalu (21 Nov).

Menurut laporan The Straits Times, keluarga itu telah keluar untuk bersiar-siar di kompleks membeli-belah terbabit. Antara ahli keluarga lain yang ikut adalah bapa dan seorang anak lelaki.

Tiba-tiba, anak gadis itu dilaporkan mengalami senggugut dan sakit perut. Lalu, dia meminta untuk pergi ke tandas di tingkat 2 kompleks itu. 

Menurut keterangan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobden, siasatan awal mendapati setelah 1 jam tidak keluar dari tandas, si ibu mula risau.

Dia pun masuk ke tandas untuk mencari anaknya. 

Alangkah terkejutnya dia ketika itu apabila mendapati anak gadisnya sedang mendukung seorang bayi perempuan yang masih berlumuran darah!

Kredit: Mathrubhumi English

Gadis beranak dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapa

Kedua-dua ibu bapa terbabit tidak mengetahui langsung yang anak gadis mereka sedang mengandung!

Selepas menjumpai anaknya yang selamat melahirkan bayi itu, mereka terus membawa anak mereka ke Hospital Queen Elizabeth sebelum melaporkan insiden ini kepada pihak polis.

Selepas diminta untuk memberikan penjelasan, anak gadis itu mengaku dia pernah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 17 tahun.

Walaubagaimanapun, mereka telah berpisah 5 bulan lepas.

Kini, pihak polis sedang berusaha untuk mengesan kekasihnya itu untuk membantu siasatan. 

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas pertuduhan merogol kerana anak gadis itu masih di bawah umur.

Kredit: Pinterest

Bagaimana perempuan boleh mengandung tapi tidak tahu tentangnya?

Ini bukan kali pertama seorang anak gadis semuda 15 tahun seperti ini tidak tahu mereka mengandung.

Malah si ibu sendiri tidak sedar yang anaknya hamil, sehingga anak mereka bersalin.

Antara salah satu sebab wanita tidak sedar mereka hamil adalah kerana kehamilan cryptic.

Menurut Jena Pincott dari Huffington Post, 1 daripada 450 wanita tidak sedar mereka hamil sehinggalah kandungan berusia 20 minggu. 

Selain itu, wanita juga mungkin keliru dengan tanda-tanda kehamilan kerana mereka mengalami haid yang tidak teratur.

Jadi, adalah normal bagi mereka untuk tidak datang haid selama beberapa bulan.

Malah, ada juga wanita yang salah anggap tentang kesan tompokan darah ketika baru hamil. Mereka menganggap itu adalah haid “yang datang sedikit saja”.

Walau apapun alasannya, menghamilkan gadis bawah umur adalah satu kesalahan yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana individu.

Sama-samalah kita menjaga anak kita untuk membesar dengan berguna dan tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat.

Sumber rujukan: The News Strait Times

Kredit gambar: Daily Mirror

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgadis-remaja-melakukan-seks-dengan-lelaki-yang-berbeza/

Penulis

Ayu Idris