Rahsia Cara Cepat Hamil Dalam Sebulan, Berapa Kerap Anda Perlu "Bersama" Pasangan?

Anda dan pasangan sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata? Mari ketahui cara cepat hamil dalam sebulan, dan berapa kerap anda perlu bersama pasangan ;)

Anda sedang cuba untuk hamil? Apa cara cepat hamil dalam sebulan?

Adakah anda dan pasangan sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata? Kalau ya, anda sedang membaca artikel yang betul! Di sini, kami akan membincangkan tentang cara cepat hamil dalam sebulan dan kekerapan bersama untuk hamil.

Artikel ini mengupas berapa kerap anda perlu melakukan hubungan seks, sebelum anda hamil – berlandaskan kajian daripada pihak pakar.

Sebuah penyelidikan telah dijalankan oleh laman web keibubapaan ChannelMum.com. untuk mengkaji berapa kerap anda perlu melakukan hubungan seks bagi memperoleh cahaya mata.

Dan kajian mendedahkan anda perlu melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sebanyak 78 kali sebelum anda akan hamil! 78 kali hubungan seks mengambil masa selama 185 hari. Ehem! Enam bulan tiga hari… ya.

Tapi, bilangan ini tidak terikat pada mana-mana pasangan. Ada sesetengah pasangan hanya memerlukan beberapa kali hubungan seks saja untuk hamil. Atau mungkin juga atas faktor rezeki.

Selalunya, setiap pasangan yang ingin cuba untuk hamil akan melakukan seks sebanyak 13 kali setiap bulan! Wow. Usaha okay, usaha!

Posisi seks yang sesuai untuk cepat hamil & cara cepat hamil dalam sebulan

Kajian juga mengkaji apakah posisi seks yang paling popular di kalangan pasangan yang cuba untuk hamil. Hampir tiga per empat daripada pasangan berkahwin di luar sana akan memilih posisi missionary.

Posisi ini tak membosankan langsung sebab pasangan pasti akan tergoda dengan pinggul anda yang seksi itu! Apa lagi? Angkat dan gunakan sepenuhnya pinggul itu!

Manakala posisi kedua terkenal adalah posisi doggy. 36% pasangan yang cuba untuk hamil akan memilih posisi ini kerana ia menjanjikan “kenikmatan” malah mampu menggoda pasangan dengan bontot squat anda.

Posisi ketiga yang paling sesuai pula adalah posisi helang. Posisi ini terbentuk melalui pergerakan badan wanita yang akan berbaring manakala lelaki akan melutut dan mengangkat kaki wanita tersebut.

Kekerapan bersama untuk hamil: Lakukan hubungan seks sekerap yang mungkin!

Kajian melibatkan hampir 1,194 pasangan ibu bapa yang sedang cuba untuk hamil. Mereka mengakui untuk lebih cepat hamil, mereka melakukan hubungan seks sekerap yang mungkin!

Hampir 10% pasangan yang bertenaga akan melakukan hubungan intim sebanyak 15 hingga 20 kali setiap bulan. Ada juga yang melakukannya setiap hari!

Banyaknya, tak penat ke?

Jangan risau. Melakukan hubungan intim sekerap yang mungkin memang memenatkan. 5% daripada pasangan yang berkahwin hanya melakukan seks sebanyak sekali setiap bulan.

Tapi mereka berjaya juga untuk hamil! Semuanya berbalik kepada usaha anda, wahai ibu bapa semua.Sebab itu hampir 18% individu merasakan hubungan seks adalah satu “tugas” berbanding satu cara untuk melampiaskan cinta pada pasangan.

Sebab itu hampir 18% individu merasakan hubungan seks adalah satu “tugas” berbanding satu cara untuk melampiaskan cinta pada pasangan.

Dugaan sebelum anda hamil

Memang agak tertekan kan jika kita cuba untuk hamil, tapi masih belum diberi rezeki. Sudah berapa kerap melakukan hubungan intim pun, masih belum hamil!

Sabar. Jangan tergopoh-gapah. Biasalah itu dugaan sebelum anda benar-benar hamil.

Kajian terbaru itu mendedahkan, oleh sebab sering tertekan – wanita akan memulakan langkah pertama dalam bilik tidur untuk mereka “hamil lebih cepat”.

Bagaimana? 2 daripada 5 wanita akan memulakan godaan dengan lebih kerap. Manakala hampir 13 peratus wanita lagi akan melabur pada pakaian dalam yang seksi untuk menggoda pasangan agar mereka mendapat “mood”.

Ha, bijak pun anda! Jangan lepaskan peluang ini. Pandai-pandailah goda suami. Ada 6 posisi seks yang buat anda makin seksi, tahu? Apa kata anda cubanya!

Atau cuba saja “percutian” untuk “buat bayi”! Hehehe.

Tahu kitaran kesuburan anda

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian ini akan melakukan hubungan intim ketika mereka subur. Anda juga boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan mengamalkan diet yang sihat dan makan vitamin tambahan.

Ada juga yang menggunakan mantra kesuburan atau kalendar ramalan jantina anak. Cuba saja mana-mana cara yang anda rasa bersesuaian!

Apa yang penting adalah anda jangan mudah tertekan, cuba nikmati hubungan intim penuh nikmat dengan pasangan dan jangan mudah putus asa. Jika anda fokus pada matlamat, anda pasti berjaya!

Selamat berjaya untuk semua pasangan yang sedang cuba untuk hamil!

Sumber rujukan: New York Post dan Channelmum

Penulis

Ayu Idris