Sebenarnya, Berapa Lama Aksi Di Ranjang Yang Normal Untuk Suami Isteri?

Anda pasti terkejut mengetahui sebenarnya berapa lama saja pasangan suami isteri bertahan ketika beraksi di ranjang. Ia tak sepanjang yang disangka!

Berapa lama aksi di ranjang antara suami isteri?

Hubungan intim antara pasangan suami isteri tak bertahan selama mana yang kita semua sangka, sebenarnya!

Anda pasti terkejut dengan penemuan yang baru dijumpai ini. 

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh aplikasi Lovely daripada 432 pasangan suami isteri dan 2000 hubungan seks, aksi di ranjang secara purata hanya bertahan selama 12 minit saja.

12 minit? Nampak macam pendek sangat, kan? 

Tapi, itu hanya jumlah waktu yang diambil untuk bersama. Ia tidak termasuk dengan aksi foreplay, atau masa yang diambil ketika menukar posisi.

Akan tetapi, jangkaan masa tersebut masih boleh jadi lebih sekejap atau lebih lama daripada 12 minit.

Berapa lama aksi di ranjang bukan penting pun

Walaubagaimanapun, berapa lama aksi di ranjang bukanlah satu faktor yang paling penting dalam mencapai kenikmatan bersama pasangan.

Ada pelbagai faktor lain lagi yang mampu menjanjikan pengalaman di ranjang yang menyeronokkan untuk pasangan. 

Antaranya seperti pencarian titik g-spot dan kejutan-kejutan manis yang mampu menyemarakkan keintiman.

Kepuasan yang dinikmati kedua-dua pasangan adalah perkara yang membentuk ikatan unik antara suami isteri. Jadi, jangan risau sangat tentang berapa lama aksi di ranjang itu!

Namun, kalau anda atau pasangan risau tentang prestasi ketika bersama, apa kata cuba tip ini:

#1 Jelajah “daerah” yang jarang dijelajah

Jangan sesekali lupa “daerah-daerah” tertentu yang mampu merangsang keinginan pasangan.

Antaranya seperti leher, kaki, bahagian belakang badan dan telinga. Semua daerah ini sensitif dan boleh merangsang seksual.

Urutan juga satu cara yang mampu menaikkan mood pasangan.

#2 Seks oral

Untuk mereka yang sukakan kelainan, bolehlah cuba seks oral – terutamanya kalau mahu mencapai orgasma yang takkan dapat dilupakan!

Kredit: Freepik

#3 Jangan takut untuk cuba perkara baru

Jangan hadkan pilihan anda untuk berasmara. Cuba pelbagai posisi baru untuk meneroka apa yang sesuai dan mengghairahkan buat anda dan pasangan.

#4 Komunikasi

Komunikasi adalah kunci penting dalam kebahagiaan rumah tangga. Jangan takut untuk beritahu pasangan apa yang anda suka dan mahu.

Penting untuk sentiasa berbincang dan menyoal pasangan tentang keinginan seksnya, agar ia boleh dipenuhi. Tidaklah pasangan bosan!

Sumber: theAsianparent Philippines

Kredit gambar: MeetMindful

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com6-posisi-seks-buat-wanita-seksi/

 

 

Penulis

Ayu Idris