Berasmara di atas sofa, siapa kata susah? Ini 5 posisi yang anda boleh buat!

Mahukan kelainan yang "panas" dalam hubungan intim anda suami isteri? Apa kata anda cuba 5 posisi berasmara atas sofa ini. Confirm lain macam!

Berasmara atas sofa boleh menjadi satu “kelainan” yang mampu menyemarakkan hubungan anda suami isteri. Sebab apa? Sebab tidaklah anda bosan asyik berasmara di atas katil saja!

Sekali-sekala, apa salahnya jika anda dan suami mencuba sesuatu yang lain dari lain pula, kan? Contohnya seperti berasmara atas sofa.

Tapi sebelum anda memulakan “aksi panas” di atas sofa itu, pastikan anak-anak sudah tidur dan sofa anda itu tak penuh dengan pelbagai benda. Kalau tidak nanti, “potong” pula mood anda untuk berasmara atas sofa!

Okay kalau anda sudah bersedia, ini antara 5 posisi seks yang boleh dilakukan di atas sofa. Jom cuba malam ini 😉

5 cara berasmara atas sofa

1. Posisi spooning

Posisi ini dipanggil sebagai posisi spooning sebab suami isteri akan mengambil duduk seakan-akan 2 senduk yang melekat di antara satu sama lain.

Untuk mencuba posisi ini bagi berasmara atas sofa, suami perlu berbaring dan isteri perlu berbaring membelakangi suami.

Kemudian, suami boleh melakukan penetrasi dari belakang sambil memberi rangsangan ke seluruh tubuh isteri. Jangan lupa beri ciuman mesra di bahu juga, ya!

2. Berasmara atas sofa dengan sentuhan yang menggoda

Duduk berhadapan dengan pasangan di atas sofa. Kemudian, manfaatkan sex toy (jika anda ada). Mulakan dengan merangsang pasangan melalui sex toy itu tanpa menyentuhnya.

Jika anda tiada sex toy, cukuplah sekadar menggoda suami dengan bermasturasi di hadapannya. Kalau anda malu, apa kata cuba guna kaki untuk merangsang suami yang duduk di hadapan anda.

Apabila godaan itu semakin bertambah, suami pasti akan semakin tidak tahan dan terus menyerang anda! Aum!

3. Doggy style

Sama dengan posisi doggy style yang anda selalu buat di atas katil, apa kata cuba posisi seks ini untuk berasmara atas sofa pula?

Caranya mudah saja. Anda membongkok di hadapan sofa sambil membenarkan suami melakukan penetrasi dari arah belakang. Nikmatnya pun lain macam, tau!

4. Berasmara di atas kerusi malas

Anda ada kerusi malas atau kerusi goyang di rumah? Inilah masanya untuk jadi lebih kreatif dengan hubungan intim anda suami isteri!

Caranya, suami perlu duduk di atas kerusi malas sambil bersandar. Kemudian, anda duduk di atas pangkuannya sambil membelakangi suami. 

Selepas itu, faham-fahamlah, ehem…

5. Berasmara atas sofa dengan posisi misionari

Anda juga boleh berasmara atas sofa dengan gaya misionari. Janji sofa itu cukup muat dan lebar untuk menampung anda suami isteri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Kredit gambar: Framepool

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-bersetubuh-kamasutra/

 

Penulis

Ayu Idris