Perkembangan si manja akan diukur melalui berat dan ketinggian mereka. Seiring pertambahan usia, anak sepatutnya menunjukkan tumbesaran yang sihat. Namun jika berat badan bayi tidak naik, ia boleh membuatkan ibu berasa risau.
Secara umumnya, keadaan ini berkait rapat dengan pemakanan atau tubuh bayi tidak menyerap nutrien sepenuhnya.
Berat badan bayi tidak naik atau underweight
Dalam proses membesarkan anak, ibu ayah kena tahu bahawa setiap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza. Jika anda melihat bayi lain membesar lebih cepat berbanding anak, usahlah terlalu risau sehingga membanding-bandingkan.
Sebaiknya adalah mencari tahu apakah penyebab berat badan bayi tidak naik dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Berat badan bayi tidak naik atau turun sebenarnya adalah sesuatu keadaan yang biasa. Namun ia boleh menjadi tidak normal apabila penurunan berat badan berlaku secara mendadak.
Berat badan kurang atau underweight adalah keadaan berat badan anak begitu ketara dengan kelompok bayi atau kanak-kanak seusianya.
Kanak-kanak boleh kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak makan dengan sihat atau ada penyakit atau metabolisma rendah. Penurunan berat badan yang mendadak boleh memberi impak pada kesihatan dan tumbesaran mereka.
Kenapa berat badan susah naik
Bagi ibu ayah yang tertanya-tanya kenapa berat badan susah naik pada si manja, ada beberapa penyebab perlu anda tahu iaitu:
#1. Masalah penghadaman
Masalah penghadaman kronik, seperti cirit-birit, penyakit celiac, atau alahan terhadap laktosa boleh menyukarkan penghadaman mereka untuk menyerap nutrient dari susu.
Kesannya, tubuh bayi sukar memperoleh nutrisi yang mencukupi dan berat badan sekali menjadi penyebab berat badan tidak naik.
#2. Halangan untuk menyusu badan
Sekiranya ibu mengalami kesukaran untuk menyusu, maka keperluan susu bayi tidak dapat dipenuhi dengan baik. Keadaan ini sekaligus menjadi jawapan kenapa berat badan susah naik.
Halangan untuk menyusu badan disebabkan oleh payudara sakit boleh menjejaskan penghasilan susu ibu.
Dalam sesetengah kes, bayi menyusu terlalu sebentar juga boleh menjadi penyebab berat badan bayi tidak naik. Tempoh masa menyusu yang singkat biasanya berpunca oleh bayi penat dan tertidur membuatkannya berhenti menyusu dengan tiba-tiba.
Justeru dalam hal ini, anda hendaklah memastikan bayi menyusu sekurang-kurangnya setiap 2-4 jam, atau mungkin lebih kerap.
#3. Tekanan semasa menyusu
Tekanan perasaan atau gangguan emosi seperti perasaan sedih juga boleh mengganggu penyusuan.
Ia boleh menyebabkan letdown reflex, iaitu payudara dirangsang untuk mengeluarkan susu, namun tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu mencukupi. Untuk menggalakkan letdown reflex ini, carilah tempat menyusu yang tenang.
#4. Bayi jatuh sakit
Jika bayi sakit atau berasa tidak nyaman, misalnya disebabkan oleh sariawan di mulut, maka si manja tidak dapat menyusu dengan baik atau kehilangan nafsu makan.
Hal ini tentu bisa membuat berat badan bayi sulit naik, atau bahkan malah berkurang.
#5. Stres dan gangguan makan
Jika berat badan bayi tidak naik setelah 6 bulan dan ke atas, ia mungkin terjadi disebabkan oleh waktu makan, jenis makanan dan kekerapan makan yang tidak tepat.
#6. Pemilihan susu formula yang kurang tepat
Sesetengah ibu tidak dapat melakukan penyusuan eksklusif sehingga terpaksa memilih susu formula mengikut saranan doktor.
Walau bagaimanapun pemilihan susu formula dan cara penyajian yang kurang tepat dapat menyebabkan berat badan bayi tidak naik.
Justeru ibu ayah hendaklah perhatikan setiap perubahan yang terjadi pada si manja ketika memperkenalkan dengan sesuatu jenama susu formula.
Berat badan ideal anak menurut WHO
Berat badan ideal anak menurut WHO adalah untuk menggambarkan pertumbuhan kanak-kanak normal dari lahir hingga 5 tahun dalam keadaan persekitaran yang optimum.
WHO telah menyusun berat badan ideal yang lengkap untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 0-5 tahun. Manakala bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas pula sedikit berbeza kerana julat ukurannya lebih luas.
Bagi lelaki dan perempuan, pada umur 0-5 tahun terdapat sisihan piawai 1 hingga 3 kilogram. Maksudnya, jika berat anak anda kurang atau lebih daripada 1-3 kilogram berat itu, ia masih dianggap normal.
Jisim berat anak (BMI) petanda sihat atau sebaliknya
Untuk memeriksa jika anak anda sihat atau tidak, anda harus memeriksa jisim berat badan (BMI) dulu. Setiap carta BMI mempunyai persentil. Jadi jika persentil anak anda kurang dari 5 (<5), anak anda kurang berat badan.
Melalui carta inilah doktor memeriksa jika anak anda memerlukan bantuan dengan diet dan aktiviti fizikal.
Tapi sekiranya anak anda turun berat badan dan sakit, anda perlu risau. Doktor akan meminta anda memeriksa rutin anak untuk kenal pasti sakitnya.
Penyakit yang menyebabkan anak kurus
-
Masalah tiroid dan metabolisme
Penyakit yang menyebabkan anak kurus adalah tiroid. Dalam beberapa situasi, seorang anak mungkin membakar terlalu banyak kalori jika mereka memiliki kelenjar tiroid terlalu aktif.
Hal tersebut menyebabkan si manja menjadi kurus meski banyak makan atau menyusu.
-
Gangguan ginjal
Gangguan pada organ ini boleh mempengaruhi penambahan atau pengurangan berat badan serta ketinggian.
-
Penyakit seliak
Penyakit seliak adalah penyakit di mana berlakunya tindak balas imun tubuh terhadap gluten. Gluten adalah sejenis protein yang boleh dijumpai dalam beberapa bijirin seperti gandum dan barli.
Tindak balas imun tubuh ini boleh merosakkan dinding usus kecil. Ia boleh menyebabkan berat badan tidak naik dan anak kurus.
Ciri-ciri bayi kurus tapi sehat
Meskipun berbadan kecil, ia tidak semestinya tanda si manja anda sakit. Ada beberapa ciri-ciri bayi kurus tapi sehat iaitu:
- Bayi kurus tapi aktif dan gembira
- Tidak mudah cemas atau gelisah
- Bayi kurus tapi aktif jarang rasa penat
- Perkembangan tingkah laku dan intelek dalam keadaan normal
Cara menaikkan berat badan anak yang kurus
Ada beberapa cara menaikkan berat badan si manja dengan mudah mengikut saranan doktor. Antaranya:
- Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
- Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
- Cara menaikkan berat badan anak: Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
- Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
- Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
- Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
- Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Cara cepat menaikkan berat badan: Berapa banyakkah harus anak saya makan?
Bagi ibu yang ingin cuba cara cepat menaikkan berat badan anak, tentu sahaja anda ingin tahu kekerapan si manja makan setiap hari, kan?
Ini jawapannya:
- Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
- Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
- Cara cepat menaikkan berat badan anak: Jika hantar mereka ke sekolah, bekalkan makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
- Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan.
- Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Tips agar bayi cepat gemuk dalam 1 minggu
#1. Memastikan anak tidur dengan cukup
Tips agar bayi cepat gemuk dalam 1 minggu adalah menjaga waktu tidurnya. Biasanya aktiviti anak yang masih kecil hanyalah bermain, makan dan tidur.
Justeru berikan perhatian kepada dua perkara ini boleh membantu menambah berat badan si manja. Antara cara untuk bayi memperoleh jam tidur yang cukup adalah dengan:
- Ikut corak tidur bayi iaitu 16 jam sehari. Bagaimanapun, ibu tetap perlu memastikan bayi minum susu ibu pada masa yang sesuai. Jangan biarkan bayi anda kelaparan atau dehidrasi semasa waktu tidur ini.
- Pastikan bilik tidur yang nyaman dan tiada gangguan bunyi bising.
#2. Kerap menyusu badan
Tips agar bayi cepat gemuk dalam 1 minggu yang seterusnya adalah dengan memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kaedah ini juga amat berkesan untuk menambah berat bayi yang dilahirkan pramatang.
Menurut kajian Institut Kesihatan Kebangsaan, didapati bayi pramatang yang diberi susu ibu secara eksklusif selama 24 minggu pertama berturut-turut akan menunjukkan peningkatan berat badan yang ketara.
#3. Melakukan urutan
Menurut artikel dari laman Kellymom, urutan bayi mempunyai pelbagai manfaat, salah satunya adalah untuk saluran penghadaman bayi dan juga mempengaruhi pertambahan berat badan bayi.
Mengurut bayi juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan si manja. Ibu yang secara langsung melakukan sentuhan fizikal dengan bayi boleh memberikan kesan menenangkan.
#4. Beri makanan pejal yang berkhasiat
Sekiranya bayi telah memasuki usia 6 bulan dan bersedia menikmati makanan pejal, ibu hendaklah memilih dan menyediakan makanan berkhasiat dan sesuai mengikuti usia mereka.
Pastikan ia lengkap dengan karbohidrat, protein, vitamin dan serat. Jangan lupa juga tetapkan waktu snacking buah-buahan bagi melancarkan penghadamannya.
#5. Jangan biarkan anak menangis lama
Bayi yang menangis atau merengek terlalu kerap cenderung berdepan masalah anak kurus. Ini kerana menangis dan merengek adalah salah satu petunjuk bahawa dia kurang tidur dan lapar.
Oleh itu, jika bayi merengek atau menangis, ibu mesti segera menenangkannya.
Makanan penambah berat badan
Berat badan bayi sukar naik tidak semestinya disebabkan oleh gangguan kesihatan. Salah satu puncanya mungkin si manja anda kurang mengambil lemak.
Berikut adalah beberapa pilihan makanan penambah berat badan bayi yang berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai pelengkap menu seharian.
- Pisang. Uniknya, pisang mempunyai lebih banyak kalori berbanding beberapa jenis buah lain, seperti tembikai, epal atau strawberi. Ia kaya dengan potassium, vitamin C, vitamin B6 dan karbohidrat.
- Telur ayam. Ia kaya dengan lemak tepu, protein, vitamin dan mineral dan sesuai digunakan sebagai salah satu makanan untuk menambah berat badan bayi.
- Cara menaikan berat badan bayi adalah dengan minyak zaitun. Satu gram lemak sayuran yang terkandung dalam minyak zaitun boleh berjumlah sehingga sembilan kalori. Ibu boleh menambah satu sudu teh minyak zaitun dalam menu si manja.
- Makanan penambah berat badan bayi seterusnya ialah kentang. Ia kaya dengan mineral, vitamin, dan juga pelbagai fitokimia seperti karotenoid dan fenol semulajadi.
- Oat juga antara salah satu makanan penambah berat badan bayi. Ia rendah lemak tepu dan kolesterol, tinggi magnesium, tiamin dan fosforus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!
Baca juga: Doktor Kongsi Cara Naikkan Berat Badan Anak Dengan Mudah, Ibu Kena Beri Makanan Ini!
Baca juga: Jangan Banding Berat Bayi Yang Minum Susu Ibu & Susu Formula, Ia Memang Jauh Berbeza!