Hati-Hati Mencuba Resepi Viral, Golongan Muda Yang Obesiti Berisiko Covid-19

Makan secara berlebihan ketika PKP boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Lebih-lebih lagi apabila si ibu 'seronok' mencuba pelbagai resepi baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Individu yang memiliki berat badan berlebihan amat berisiko tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19 dan negara Amerika Syarikat (AS) berada dalam situasi bahaya ekoran tahap obesiti yang sangat tingi, ujar ketua epidemiologi Perancis pada Rabu.

Menurut Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan pandemik Covid-19 berkata, seramai 17 juta daripada rakyat Perancis berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap Coronavirus yang disebabkan faktor usia, menghidap penyakit tertentu dan obesiti.

Masalah berat badan berlebihan

credit to sources

“Virus ini sangat dahsyat. Ia bukan sahaja membahayakan warga emas tetapi juga golongan orang muda, khususnya yang memiliki berat badan yang berlebihan. Individu ini perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan berhadapan Covid-19,”

“Kami berasa bimbang rakan-rakan di Amerika kerana negara ini amat terkenal dengan masalah obesiti. Mereka mungkin terdedah dengan pelbagai masalah penyakit,” ujar Delfraissy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat Covid-19 adalah 2 peratus. Namun, ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lebih lemah.

”Walaupun penularan Covid-19 di Perancis agak pantas, negara ini masih jauh untuk sampai ke tahap 50 peratus hingga 60 peratus kerana rakyat yang dijangkiti telah sembuh kerana sistem imuniti badan yang dimiliki oleh mereka,” jelas Delfraissy.

Kemunculan pelbagai resepi viral

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan adalah sewajarnya dimanfaatkan oleh seisi keluarga untuk menyediakan makanan sihat dan berkhasiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar nutrisi, Profesor Madya Dr Hamid Jan, berkata amalan penyediaan makanan di rumah dengan cara yang sihat mampu mendatangkan manfaat kepada tubuh.

Peluang memasak di rumah adalah kuasa autonomi yang membenarkan para ibu memilih jenis ramuan.

“Makan di rumah sebenarnya jauh lebih sihat, berbanding jika kita makan di kedai, tetapi ia tetap tertakluk kepada cara penyediaan sesuatu masakan itu.

“Makan lima kali sehari iaitu tiga waktu utama termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, diikuti dua hidangan ringan di antara waktu makan utama boleh membantu mengurangkan ketagihan pada tabiat mengudap,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr Hamid berkata, orang ramai khususnya kaum wanita seharusnya tidak terpengaruh dengan pelbagai resipi yang tular di media sosial, bagi mengelakkan implikasi tidak sihat sebaik sahaja PKP ini berakhir.

”Ramai tidak menyedari bahawa obesiti adalah ibu kepada segala penyakit tidak berjangkit (NCD) atau lebih dikenali sebagai tiga serangkai, terdiri daripada hipertensi, diabetes dan jantung,”

“Anda kena ingat, setiap lebihan kalori yang tidak dibakar akan bertukar menjadi lemak di dalam badan. Ia tidak kelihatan, tetapi sedikit demi sedikit akan menebal di bawah lapisan kulit dan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan,” katanya.

Untuk kekal sihat, ibu ayah juga perlu menggalakkan anak-anak untuk bersenam bagi mengeluarkan peluh dan tubuh menjadi lebih sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Terlalu banyak aktiviti boleh dilakukan, apa yang perlu hanya menyesuaikan semua gerakan berkenaan mengikut keperluan atau pilihan masing-masing,” katanya.

Tips pemakanan yang disarankan

#1. Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya anda ingin menyediakan makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan pengambilan daging atau makanan berkanji untuk waktu makan yang lain. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

#2. Makan makanan berwarna pelangi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu tubuh badan memperoleh pelbagai nutrisi bagi melawan penyakit.

#3. Tetapkan pola waktu makan yang seragam

foto: fimela

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

#4. Kurangkan pengambilan gula 

Pengurangan gula membantu mengurangkan jumlah kalori dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

#5. Berhenti sebelum kenyang

Ajar anak-anak untuk berhenti makan sebelum kenyang kerana makanan yang diambil hanyalah untuk memenuhi keperluan tubuh badan berfungsi dengan baik.

Bukan itu sahaja, ia membantu melancarkan sistem pencernaan secara lebih optimum dan mengelakkan masalah perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, News Isn

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.combahaya-diabetes