Bayi Kini Berusia 3 Bulan? Ini Info Tentang Tinggi, Berat & Imunisasi Ibu Ayah Wajib Tahu

Berat bayi 3 bulan dan ketinggian adalah berbeza-beza, namun perlu selari dengan perkembanganan usia. Ini antara beberapa maklumat penting ibu perlu tahu!

Salah satu kebimbangan ibu bapa adalah bagi memastikan bayi membesar dengan sihat dan normal seperti mana kanak-kanak lain. Perkara paling utama adalah ketinggian dan berat bayi yang perlu seiring dengan usia si manja. Namun tahukah ibu berapakah berat bayi 3 bulan yang ideal?

Jika anak baru memasuki usia 3 bulan, jom semak beberapa maklumat penting mengenai perkembangan bayi 3 bulan dan berapa ketinggian yang normal untuknya. Pemeriksaan berkala sangat penting bagi memastikan bayi berkembang dengan sihat.

Menentukan ketinggian dan berat bayi 3 bulan 

perkembangan bayi 3 bulan

credit to sources

Setiap bayi memiliki tahap perkembangan dan kondisi kehamilan yang berbeza, maka kita tidak boleh mengklasifikasikan berat dan ketinggian setiap bayi adalah sama untuk umur tiga bulan ini. 

Walaupun perkembangan mereka berbeza-beza, namun mereka harus berkembang seiring dengan pertambahan usia kerana dari situ, doktor dapat menentukan sama ada perkembangan bayi normal atau sebaliknya. 

Bayi yang berumur kurang dari enam bulan mengalami penambahan ketinggian kira-kira satu setengah hingga satu inci setiap bulan dan mengalami kenaikan berat badan kira-kira 5 hingga 7 auns dalam masa seminggu. 

Ketinggian bayi ketika usia 3 bulan 

Ketika si kecil masuk usia tiga bulan, biasanya mereka akan mengalami penambahan ketinggian hingga 60cm. Bagi bayi perempuan, secara normalnya sekitar 55.8 cm hingga 63.8 cm. Sementara bayi lelaki pula mencapai 57.6 cm hingga 65.3cm. 

Namun, bagi bayi yang dilahirkan pramatang perkembangan mereka tentunya berbeza. Ini kerana, doktor tidak akan mengukur perkembangan mereka sama dengan bayi yang lain meskipun seusia.

Walau bagaimanapun, doktor akan mengukur perkembangan bayi pramatang dengan kaedah dan kriteria yang lain.

Berat bayi yang berusia 3 bulan 

Ketika umur tiga bulan, bayi lelaki biasanya mencapai berat sebanyak 5.1 hingga 7.9 kg. Manakala bayi perempuan pula memiliki berat kira-kira 4.6 hingga 7.4 kg. Ia berdasarkan standard pertumbuhan WHO. 

Doktor akan merujuk dalam skor-z dan grafik persentil bagi memastikan perkembangan bayi dalam ukuran yang betul berdasarkan usia kelahiran bayi. 

Faktor pemakanan si manja

anak 3 bulan

credit to sources

Secepat mana perkembangan bayi adalah berdasarkan banyak faktor terutamanya penyusuan sama ada  susu badan atau susu formula.

Susu badan atau susu ibu ini merupakan satu-satunya nutrisi yang paling diperlukan bayi hingga umurnya enam bulan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah bayi tidak mendapat susu badan yang cukup kerana masalah tertentu. 

Selain itu, doktor juga akan melakukan pemeriksaan terhadap sistem pembuangan bayi seperti berapa kali bayi buang air besar, air kecil dan jumlah pembuangan tersebut. Jika semuanya positif maka tiada apa yang perlu dikhuatiri. 

Vaksin atau imunisasi untuk bayi 3 bulan 

Berikut adalah rekod imunisasi bagi bayi yang berumur tiga bulan. Imunisasi ini penting bagi memastikan bayi sihat dan melindungi si kecil dari sebarang risiko penyakit yang berbahaya. 

DTaP/DT (dos 2) – perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.

Hib (dos 2) – Haemophilus Influenzae type B. 

IPV (dos 2) – Human Papillomavirus. 

Perkembangan anak ketika berada usia 3 bulan

kesihatan bayi

credit to sources

#1. Bayi sudah pandai berguling

Pada usia ini, otot leher bayi semakin kuat sehingga mampu mengangkat kepala, dada dan menendang-nendang kakinya. Justeru sesekali ibu hendaklah menyentuhkan kaki ke bahagian lantai bagi merangsang lagi perkembangannya.

#2. Suka berkomunikasi

Bayi 3 bulan lebih gemar berkomunikasi berbanding hanya menangis. Ibu teruslah mengajak bayi bercakap dan menjelaskan perkara-perkara yang ada di sekitarnya.

Kajian menunjukkan ibu ayah yang sering berbicara dengan bayi boleh meningkatkan perkembangan IQ mereka.

#3. Berupaya mengenali orang dan suara

Bayi 3 bulan sebenarnya sudah boleh menyesuaikan diri dan lebih peka terhadap perubahan di sekelilingnya.

Sel-sel otak mampu membuatkan si manja cepat mengenali sesuatu perkara, orang yang dilihatnya dan lebih peka terhadap suara serta bau yang ada.

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!

Baca juga: Ini Apa Yang Bayi 3 Bulan Sudah Pandai Lakukan, Dah Mampu Mengangkat Kepala & Cuba Bergolek

Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!