Cara Bercakap Dengan Bayi Dalam Kandungan, Mampu Merangsang Perkembangan Otak

Cara bercakap dengan bayi dalam perut terbukti boleh meningkatkan perkembangan janin di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kecerdasannya sebelum kelahiran.

Cara bercakap dengan bayi dalam perut boleh meningkatkan kemampuan perkembangan bayi ketika dalam rahim. Ia ini juga akan membawa kesan positif kepada kemampuannya selepas lahir nanti.

Menurut penulis buku Set Bacalah Anakku Kaedah Fonik, bayi dalam kandungan memiliki keupayaan mendengar bermula ketika usia 5 bulan dan lebih peka pada waktu malam antara pukul 8 hingga 12 malam (ia adalah waktu paling baik untuk merangsang bayi dalam kandungan).

Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan di usia kandungan 3 bulan

credit to sources

Janin berusia 3 bulan masih lagi dalam fasa perkembangan otot dan saraf. Di usia kandungan 3 bulan, anda sudah boleh mula bercakap dengannya.

Cara ini boleh membantu anda mempersiapkan diri dari segi emosi dengan kehadiran bayi sebagai anggota keluarga baru.

Bercakap dengan bayi dalam perut juga boleh membantu ibu menjadi lebih rileks dan mengubah mood menjadi lebih baik.

Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan ketika usia 4- 6 bulan

Pada usia kehamilan 4-6 bulan, kemampuan bayi untuk mendengar mulai berkembang. Dia akan boleh mendengar apa yang diucapkan ibunya.

Bayi juga akan ingat nada suara ibunya. Bahkan dia boleh memberikan respon secara gerakan di dalam rahim seperti menendang.

Anda boleh berbicara apa saja dengan bayi anda, atau membacakannya buku cerita.

Bahkan, memperdengarkan ayat suci Alquran atau lagu-lagu rohani juga boleh menjadi satu bentuk pendidikan agama sejak kecil untuk bayi anda. Jangan lupa, libatkan si ayah dalam aktiviti ini.

Bicara dengan bayi di usia kandungan 7- 9 bulan

credit to sources

Di usia kandungan 7-9 bulan, bayi akan memberi reaksi yang lebih kuat pada suara ibunya.

Bernyanyilah atau mendengarkan muzik kepadanya. Muzik dapat membantu merangsang dan menguatkan jaringan saraf pada pancaindera bayi.

Cara bercakap dengan bayi dalam kandungan

1. Pilih waktu yang tepat

Sebenarnya anda boleh bercakap dengan bayi bila-bila masa saja. Namun, waktu terbaik adalah setelah anda makan. Kenapa? Kerana ketika itulah bayi anda sedang aktif.

Selain itu, waktu sebelum tidur juga adalah masa yang baik untuk berbicara dengan bayi dalam kandungan.

2. Sesuaikan mood ibu

Bayi di dalam kandungan boleh mengenali emosi ibunya. Sama ada si ibu sedang gembira, sedih, atau marah, bayi boleh merasakannya.

Sebab itulah, sebelum bercakap dengan bayi, berusahalah untuk menenangkan diri anda.

Dan atur emosi anda agar lebih positif supaya ucapan yang dikatakan kepada bayi juga positif.

3. Bicara dengan perlahan

credit to sources

Biarkan bayi anda merasakan cinta anda sejak dia dalam kandungan lagi. Bicaralah dengan suara yang lembut dan penuh kasih sayang. Lakukan hal ini secara rutin.

Berbuallah dengan pelbagai nada dan intonasi dengan bayi. Berceritalah tentang aktiviti yang ibu lakukan, perasaan ibu atau apa sahaja yang ibu katakan. 

4. Berikan sentuhan penuh cinta

Mengusap perut, menyanyikan sebuah lagu untuk si kecil di dalam perut. Semua ini harus anda lakukan dengan hati yang gembira agar bayi anda juga boleh merasakan kebahagiaan anda.

Selain itu, usap dengan lembut sambil ibu berkata-kata dengan perlahan. Apabila anda rasa bayi bergerak, balaslah dengan sentuhan dan usapan penuh kasih sayang.

Ada kalanya ibu dapat merasa bayi bertindak balas/memberi respon terhadap sentuhan yang diberikan. Ia seperti satu ikatan mesra yang terbina antara bayi dan ibu sejak dari dalam kandungan.

5. Membaca al-quran dan berzikir

Selain itu bagi ibu yang muslim, anda digalakkan untuk kerap membaca al-quran, berzikir dan selawat sepanjang tempoh kehamilan. Meskipun tidak dapat disahkan secara saintifik, namun ayat-ayat al-quran, zikir dan selawat ini mampu membuatkan emosi ibu jadi lebih tenang.

Bukan itu sahaja ia menjadikan degupan jantung ibu stabil, janin di dalam kandungan juga dapat membesar dengan tenang dan baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

Baca juga: Kerap Alami Mimpi Buruk & Menakutkan Ketika Mengandung, Apakah Punca Ia Terjadi? 

Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!

Penulis

Noor