Jangan Cakap Buruk Pasal Anak! Itu Aib Anak Yang Perlu Dijaga, Sama Juga Aib Ibu Ayah Yang Perlu Dijaga Oleh Anak

Bercakap tentang anak itu tidak kira pada siapa sekalipun, seeloknya yang baik-baik kerana itu juga satu doa tentang anak itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak anda mendengar ibu ayah merungut atau bercakap buruk pasal anak sendiri pada orang lain? Perkara ini sebenarnya tak patut berlaku kerana ibu ayah sepatutnya menjaga aib anak itu tidak kira buruk macam mana sekalipun.

Menurut sebuah perkongsian Doktor Redza Zainol di Instagram miliknya, doktor pakar pediatrik ini menceritakan satu insiden di mana dia terdengar sahabat di tempat kerjanya bertanya kepada seorang ibu “Anak sudah pandai lukis apa?”

Apa yang ibu itu jawab sememangnya mengejutkan Doktor Redza di mana ibu itu menjawab “Macam mana saya nak cakap ya doktor? Anak saya ini pemalas. Suruh dia pegang pensel pun malas. Suruh dia mewarna pun malas.”

Doktor Redza yang terdengar kata-kata ibu tersebut terus rasa marah dengan jawapannya. Katanya, ini bukanlah kali pertama dia berjumpa dengan ibu ayah sebegini. Jelas di situ yang mana ibu ayah tanpa sedar sudah terkutuk anak sendiri di hadapan anak tersebut serta secara tak langsung sudah membuka aib anak itu pada orang luar. 

Sudah pastinya anak itu akan berasa sedih apabila mendengar kata-kata sebegitu yang keluar dari mulut ibu ayahnya sendiri. Apatah lagi jika kata-kata diulang-ulang banyak kali, mesti rasa sedih itu akan membukit di hati. Dari situ akan timbulnya perasa marah dan dendam pada anak tersebut.

Jadi jangan dipersoal apabila anak sudah menjadi seorang yang berdendam dan benci pada ibu ayah sendiri ya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah Doktor Redza lagi, pernah seorang pakcik bertanya kepadanya siapakah individu yang paling memberinya galakan sewaktu kecil, dan dia menjawab ibunya. Katanya, setiap hari ibunya memberikan kata-kata yang baik kepadanya. 

Antara kata-kata ibunya adalah “Abang anak yang soleh”, “Abang solat awal waktu”, “Abang belajar rajin-rajin”, “Abang jaga adik-adik”, dan “Abang budak pandai”. Itulah kata-kata ibunya yang sentiasa diulang dari pagi sampai ke malam, ayat itu sudah sebati di dalam dirinya.

Tidak pernah ibunya memperkatakan yang buruk-buruk terhadapnya. Malah, kata-kata itu juga dia ingat sehingga ke hari ini dan suara ibunya masih terngiang-ngiang setiap masa. Doktor Redza turut tidak menafikan yang mana di dalam beribu doa ibunya, pasti di angkat terus ke langit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelasnya dia amat mensyukuri akan doa-doa ibunya sehinggakan ke hari ini tatkala ibunya menelefon, masih mendoakan anaknya itu yang baik-baik.

Doktor pakar kanak-kanak ini juga menasihatkan agar ibu ayah bercakap yang baik-baik kepada anak sambil memeluk bahunya atau memegang tangan mereka. Dengan cara itu, pastinya sejuk dan damai hati anak itu apabila merasa dihargai, disayangi itu akan datang mencurah-curah.

Bahkan, sudah pasti ibu ayah tidak mahu memori buruk yang terpalit di ingatan anak-anak sehingga dewasa kelak, pastinya mahukan memori yang indah sebegini bukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya lagi, percayalah yang mana hari ini kita bercakap yang baik-baik pasal anak, esok lusa mereka akan cakap yang baik-baik pasal kita.

Semoga dengan perkongsian Doktor Redza ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana.

Instagram Dr Redza Zainol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi: Mulut Ibu Amat BERBISA Ketika Tengah Marah, Sumpahlah Anak-Anak Dengan Kebaikan

Baca lagi: 6 Cara Untuk Ibu Ayah Tunjukkan Kasih Sayang Kepada Anak, No.3 Paling Penting!

Baca lagi: Sokongan Luar Takkan Sama Sokongan Suami & Anak, Merekalah Yang Buat Ibu Kuat!

Penulis

Farhana Fuad