Gara-Gara Bercinta Dengan Suami Orang, Wanita Ini Dibelasah Teruk & Dicampak Dalam Sungai!

Akibat jatuh cinta dan punya hubungan istimewa dengan suami orang, wanita ini dibelasah teruk sebelum dicampak ke dalam sebuah sungai!

Seorang wanita, 37 tahun dibelasah teruk sebelum diikat dalam guni dan kemudiannya dicampak ke Sungai Klang dari Jambatan Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), selepas dipercayai bercinta dengan suami orang warga Malaysia.

Wanita berkenaan merupakan warga Indonesia, bekerja di sebuah kilang bernasib baik kerana berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang melihat kejadian tersebut.

Dipetik dari Harian Metro, mangsa diperlakukan sedemikian oleh dua lelaki yang berusia dalam linkungan umur 20 an.

Bercinta dengan suami orang, wanita dibelasah teruk dan dicampak dalam sungai

Kredit: Kosmo Online

Terdahulu, mangsa mendakwa dia didatangai oleh dua lelaki ke rumahnya sekitar jam 10.30 pagi yang terletak di Padang Jawa dan kemudian mengajaknya menaiki van untuk berubat.

Semasa dalam perjalanan, seorang suspek menekup mulutnya dengan sarung tangan lalu memukul kepala dan kaki mangsa dengan besi paip. Kemudian mangsa dimasukkan dalam guni lalu dicampak ke Sungai Klang.

Seorang lelaki datang membantu

Semasa kejadian, seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan tersebut terlihat guni yang dibuang suspek sedang bergerak-gerak dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa membuang masa, lelaki tersebut menghubungi polis dan anggota bomba.

Selepas 30 minit, mangsa diselamatkan oleh anggota bomba Shah Alam dan ditemui dalam keadaan separuh sedar dengan kaki dan tangan diikat setelah terapung di sungai itu.

Kemudian mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Melalui siasatan dan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan dua suspek tersebut selain van serta beberapa barangan lain seperti pita pelekat dan besi paip.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, kedua-dua suspek tidak bekerja dan tiada rekod jenayah.

Motif kejadian dikatakan kerana suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ada bercinta dengan suami orang yang juga salah seorang ahli keluarga suspek.

Kedua-duanya direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 307, Kanun Keseksaan kerana cuba untuk membunuh.

4 Cara melindungi diri dari kejahatan

#1. Lihat persekitaran anda 

Semasa berjalan bersendirian, sebaiknya anda lihat suasana di persekitaran anda sama ada ia terlalu sunyi atau berbahaya.

Namun anda harus berjalan dengan lebih laju supaya tiada ancaman yang boleh datang dari pelbagai sudut.

#2. Percaya dengan naluri anda

Semua orang ada naluri terutama semasa dalam bahaya. Namun, jarang seseorang mengikut naluri hatinya terutama wanita.

Sebaiknya anda mendengar kata hati sendiri jika rasa tidak sedap hati tentang sesuatu perkara kerana adalah lebih baik mengelaknya sebelum berlaku sebarang kemungkinan yang tak disangka.

#3. Minta bantuan orang terdekat

Jika merasaan ada sesuatu yang tidak kena atau anda merasakan seolah diganggu sila minta bantuan orang terdekat dan jangan biarkan masalah tersebut menganggu hidup anda.

#4. Melawan jika perlu

Walaupun wanita tidak mempunyai kudrat untuk berlawan terutamanya dengan lainan jantina namun anda masih boleh belajar seni mempertahankan diri supaya dapat melumpuhkan gerak penjahat.

Kalau rasa tidak berdaya untuk melawan secara fizikal, anda boleh melarikan diri ke tempat yang selamat.

Gunakan juga gerakan seperti mencekak leher, menjolok mata, tumbukan ke perut dan sebagainya demi menyelamatkan diri.

Justeru berhati-hati dalam kehidupan anda seharian kerana jenayah berlaku tanpa mengira umur, masa dan tempat.

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Suara Perak

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsuami-curang-dalam-diam