5 Posisi Seks Paling SEKSI Yang Anda Wajib Cuba Depan Cermin, Kelainannya Luar Biasa!

Bercinta di depan cermin akan menambah variasi dalam ranjang anda. Lepas ini, jangan terkejut kalau anda atau pasangan gila bayang nak lakukan aksi ini!

Bercinta di depan cermin atau bersenggama di depan cermin mungkin bukan satu amalan yang diamalkan di negara Asia. Ia kerana kebanyakan pasangan malu untuk melihat tubuh sendiri tanpa seurat benang.

Walau bagaimanapun, tiada salahnya jika anda mahu cuba bercinta di depan cermin! Kami pasti, anda akan merasai detik-detik asmara yang “lain macam”!

Hal ini kerana melakukan hubungan erotis dengan cara baru bersama-sama pasangan akan menyemarakkan lagi rasa cinta kalian. Maka, tiadalah masalah suami “makan luar”, atapun isteri “bosan” apabila tidak puas. 

Jom kita lihat apa 5 posisi seks yang paling seksi wajib anda cuba di depan cermin ini:

5 Posisi Bercinta Di Depan Cermin Yang Paling Seksi, Rugi Kalau Tak Cuba!

#1 Bercinta depan cermin dengan posisi berdiri

Jika anda memiliki cermin tinggi, manfaatkannya dengan sebaik mungkin! Cuba bersenggama di hadapan cermin itu, dengan penetrasi dari belakang.

Pegang dinding sebelah cermin agar berat badan anda tidak tertumpu sepenuhnya pada cermin. Nanti pecah pula! 

Sambil berasmara, lakukan hubungan mata dengan pasangan. Pasti aksi kalian akan lebih suspen dan penuh nikmat!

#2 Posisi women on top, tapi membelakangi suami

Posisi bercinta di depan cermin ini seksi kerana anda boleh melihat sendiri di hadapan cermin gaya mana yang nampak seksi buat anda.

Malah, membelakangi suami juga akan membuatkan suami tertumpu pada punggung anda, sementara tangannya boleh “mengambil kesempatan” untuk merayau-rayau di sekitar tubuh anda.

Tempatkan cermin di hujung kaki suami. Kemudian, mulakan aksi!

#3 Bercinta dengan posisi woman on top

Jika anda tidak suka membelakangi suami, tak salah pun jika anda cuba posisi woman on top yang sebenar ini. 

Ada beberapa tempat di mana anda boleh meletakkan cermin. Satu di kepala katil, di mana anda boleh melihat sendiri gerakan anda. Satu lagi di bahagian tepi kalian berdua.

Dengan cara ini, kalian berdua dapat melihat apa “aksi” yang dilakukan. Waktu ini jugalah anda boleh merealisasikan sebarang fantasi nakal anda itu!

Jangan rasa rendah diri ketika melakukan posisi ini ya isteri. Badan anda itu cukup indah, dan percayalah, suami anda amat menikmatinya.

#4 Bercinta depan cermin dengan posisi doggy style sambil berbaring

Mula posisi doggy style seperti biasa. Kemudian semasa penetrasi sudah semakin dalam, isteri cuba turunkan badan anda sehingga perut berhampiran katil.

Dada suami pula menempel tepat di belakang anda. Suara mengerang anda akan meningkatkan nafsu suami ketika ini!

Tempatkan cermin di hadapan kalian. Pasti kalian tak sangka kalian seseksi ini di hadapan cermin!

#5 Posisi doggy style

Doggy style adalah antara posisi yang paling seksi dilakukan di hadapan cermin. Suami akan merasai yang mereka begitu “gagah”, dan ini akan meningkatkan nafsunya.

Isteri pula akan melihat sendiri keseksian suami ketika melakukan doggy style ini. Pasti anda mampu mencapai orgasma!

*****

Ha… bagaimana? Ada yang berani cuba 5 posisi bercinta di depan cermin ini tak? Cuba dulu, barulah anda tahu kenikmatannya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba 😉

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comberasmara-atas-sofa

 

 

Penulis

Ayu Idris