Atasi 5 masalah biasa ini untuk kembali bercinta selepas bercerai

Membina hidup semula selepas bercerai bukan mudah. Tip ini diharapkan dapat membantu anda kembali bercinta selepas bercerai dan memulakan hidup baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fasa bercerai dalam perkahwinan

Walaupun pahit untuk diakui, namun kita semua tahu yang bukan semua perkahwinan akan kekal hingga ke syurga. Adakalanya, perpisahan berlaku di tengah jalan. Persoalannya selepas ia terjadi adalah: bagaimana untuk kembali bercinta selepas bercerai?

Pernikahan yang gagal sudah pasti memberikan kekecewaan yang mendalam. Tapi, ia tidak bermakna yang kita perlu terus menutup hati dan tidak mahu bercinta lagi.

Kredit: The Blue Diamond Gallery

Kalau anda tidak tahu bagaimana caranya untuk kembali mempunyai hubungan romantis selepas kegagalan perkahwinan lalu, kami ada menyediakan beberapa cadangan bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Bercinta selepas bercerai bukan sukar, anda cuma perlu membuka hati anda semula!

5 halangan yang perlu anda atasi untuk kembali bercinta selepas bercerai

1. Takut pada kegagalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: theAsianparent Singapore

Selepas mengharungi kegagalan dalam perkahwinan yang lalu, adalah lumrah untuk anda berasa takut dan gusar untuk kegagalan seterusnya.

Bukannya mudah untuk memadam memori lalu dan memulakan dengan bakal pasangan yang baru! Membuka hati untuk bertemu dan berkenalan dengan pasangan baru mungkin jadi  halangan terbesar untuk bercinta selepas bercerai.

Anda tidak perlu terburu-buru atau rasa terpaksa. Ambil masa tapi pastikan anda terus memandang ke hadapan, dan bukannya memikirkan kisah lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tip untuk bercinta semula:

Jangan peruk diri di rumah saja. Keluar dan berjumpa dengan sahabat dan rakan baru. Ia membantu anda untuk “warm up” dan kembali bersosial. Mana tahu, ada jodoh terbaik untuk anda di luar sana.

2. Hilang kepercayaan

Kredit: Dissolve

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi satu masalah yang dihadapi oleh mereka yang baru melalui perceraian adalah rasa hilangnya kepercayaan mereka kepada perkahwinan dan cinta sejati.

Ia mungkin membuatkan anda rasa yang cinta ke akhir hayat adalah omongan kosong. Jangan fikir sedemikian. Kegagalan yang lalu bukan bermakna jodoh sejati anda tiada di luar sana.

Percaya pada diri, banyakkan berdoa, dan yakin  masih ada peluang untuk anda menikmati hubungan indah dalam perkahwinan.

Tip untuk bercinta semula:

Banyakkan membaca buku yang positif. Ia dapat membantu memberikan anda sifat optimistik tentang masa depan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengar ceramah motivasi dan rapatkan diri dengan rakan yang dapat membantu anda berdiri semula dan membina hidup baru.

Dengan bantuan dari orang sekeliling, anda pasti dapat kembali bercinta selepas bercerai.

3. Mahu mengelak dari pergaduhan

Kredit: theAsianparent Singapore

Anda mungkin berasa trauma apabila mengingat semula pergaduhan besar antara anda dan bekas isteri atau suami. Lalu, anda pun membuat keputusan untuk tidak melalui pergaduhan lagi seumur hidup anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingatkan diri bahawa ia bukanlah perkara yang membawa kepada perceraian. Pergaduhan yang sihat tidak dapat dielakkan. Apa yang penting adalah kesudian suami isteri untuk saling memahami dan memaafkan.

Tip untuk bercinta semula:

Fahami yang setiap orang akan mempunyai pemahaman yang berbeza.

Sebaik sahaja anda memahami tentang ini, pergaduhan akan bertukar menjadi perbalahan sihat di mana dua orang sedang mempertahankan pendapat masing-masing.

4. Kurang keyakinan diri

Perceraian mungkin menyebabkan anda hilang keyakinan diri. Anda merasakan yang ada yang tidak kena dengan diri sendiri. Anda berasakan yang anda bukanlah yang terbaik untuk pasangan anda.

Apabila merasakan sebegini, anda perlu mengingatkan diri yang perceraian bukanlah salah anda semata-mata. Bertepuk sebelah tangan pasti tidak akan berbunyi!

Tip untuk bercinta semula:

Tukar penampilan diri kepada yang lebih kemas dan cantik dipandang. Jaga ketrampilan diri dan kesihatan fizikal anda.

Semua ini dapat membantu untuk mengembalikan semula keyakinan diri anda untuk kembali bercinta selepas bercerai.

5. Sukar untuk mempercayai orang lain

Kredit: theAsianparent Singapore

Antara perkara yang amat penting untuk anda ada agar dapat kembali bercinta selepas bercerai adalah kepercayaan.

Memang sukar untuk mempercayai orang baru selepas kepercayaan anda pada hubungan lalu telah dihancurkan oleh bekas pasangan.

Tapi, untuk anda membina semula hidup baru, anda perlu melupakan hal lampau. Buka lembaran baru dalam hidup anda.

Tip untuk bercinta semula:

Bersikap terus-terang dalam hubungan baru anda. Dan, tetapkan dari awal dengan pasangan baru bahawa anda sangat mementingkan kejujuran dan kesetiaan.

Jika anda berasa yang pasangan anda dapat menghormati pendirian anda, lebih mudah untuk anda membuka hati dan mula mempercayainya.

Buka lembaran baru dalam hidup anda

Semoga dengan segala tip yang dikongsikan di atas, ia dapat membantu anda untuk membina keyakinan diri dan membuka hati untuk perhubungan yang baru.

Jadikan perceraian lama sebagai pengajaran dan sebahagian pengalaman hidup. Semangatkan diri untuk memulakan langkah baru dan menikmati kebahagiaan. Percayalah, anda layak untuk bergembira!

 

 

 

 

 

Terjemahan dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai

Penulis

Noor