Berenang Adalah Senaman Yang Paling Baik Semasa Mengandung

Cara berenang untuk ibu hamil adalah sedikit berbeza mengikut trimester dan perlu diberikan perhatian bagi keselesaan anda.

Tahukah anda senaman yang kerap semasa mengandung sebenarnya boleh menyebabkan anda lebih bertenaga? Bagaimanapun, cara berenang yang betul adalah penting bagi menjamin keselamatan wanita yang sedang hamil dan mengelak daripada berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Aktiviti berenang membantu melegakan banyak masalah kehamilan seperti sembelit, buasir, masalah urat varikos, kekejangan kaki, dan bengkak pergelangan kaki. Di samping meningkatkan peredaran darah, senaman juga boleh menguatkan otot yang menyokong bahagian belakang.

Namun, kehamilan boleh menyebabkan pelbagai halangan fizikal untuk wanita. Sebab itu doktor mengesyorkan sukan berenang kerana ia adalah satu-satunya senaman yang tidak akan memberi terlalu banyak tekanan kepada badan. 

Bila Ibu Hamil Boleh Mula Berenang?

cara berenang, cara renang, bagaimana cara berenang, belajar berenang, teknik berenang

Anda boleh mula berenang dari permulaan kehamilan anda! Tetapi sebelum anda memulakan apa-apa aktiviti fizikal semasa hamil, adalah lebih baik untuk mendapatkan pandangan daripada doktor anda dulu. 

Kebanyakan ibu hamil akan mengelak daripada melakukan apa-apa senaman apabila mereka baru mengandung kerana berasa terlalu letih atau takut ia akan menyebabkan keguguran.

Sebenarnya ibu hamil digalakkan untuk mula berenang sejak daripada trimester pertama kerana berenang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga anda. 

Ada yang hanya mula berenang apabila masuk trimester kedua kerana selalu rasa nak tidur dan muntah. Mereka biasanya mulakan dengan kickboard dulu, dan dengan perlahan-lahan. 

Lama-kelamaan apabila stamina semakin baik, mereka akan mula berenang ikut pusingan. Ketika perut belum mula membesar, ibu hamil memaklumkan lebih mudah untuk berenang berbanding dengan apabila perut semakin membesar. 

Apabila masuk trimester ketiga, dan perut semakin besar, anda mungkin akan mengalami masalah untuk tidur. Sesetengah orang mengalami kaki bengkak, sakit belakang, dan banyak lagi pada tahap ini.

Selain itu mereka akan turut merasakan sakit belakang. Jadi ada ibu hamil yang memilih melakukan sukan berenang kerana mereka mengatakan mengurangkan sakit belakang serta membuatkan mereka lebih mudah tidur sehingga minggu ke-36 kehamilan. 

Setiap kali mereka masuk ke dalam kolam renang, rasanya seperti hidroterapi. Mereka boleh merasakan kelegaan pada otot-otot yang sakit dan ketat yang akan membuatkan mereka rasa sangat santai dan tenang. 

Manfaat Berenang Ketika Hamil

cara berenang, cara renang, bagaimana cara berenang, belajar berenang, teknik berenang

Mana-mana jenis senaman aerobik semasa kehamilan boleh memberi manfaat kepada anda dan bayi. Ia termasuklah menguatkan jantung anda dan menjadikannya lebih cekap dalam mengepam darah. Selain itu, senaman juga boleh meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan anda dan meningkatkan tahap oksigen dalam darah anda.

Senaman berenang memberi manfaat yang lebih banyak lagi untuk ibu mengandung. Sebagai salah satu bentuk senaman yang paling selamat untuk ibu mengandung, berikut adalah beberapa manfaat berenang semasa hamil:

  • Ia berfungsi untuk kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki).
  • Air akan menghalang anda daripada berasa terlalu panas dan menghalang kecederaan dengan menyokong sendi dan ligamen semasa bersenam. 
  • Berenang mampu mengatasi ketegangan belakang badan yang meningkat daripada perut anda yang semakin membesar. 
  • Ia boleh membantu anda mengekalkan berat badan anda dalam julat yang sihat.
  • Merendam diri dalam air juga mengurangkan bengkak pada lengan dan kaki anda.

Tips & Cara Berenang Ketika Hamil

Bagaimana cara berenang yang sesuai untuk ibu hamil? Adakah ia sama pada setiap trimester? Di bawah ini merupakan cara renang yang ibu mengandung patut tahu bagi setiap trimester untuk keselesaan dan keselamatan yang lebih terjamin:

#1. Trimester pertama

Jika anda mempunyai tenaga, aktiviti berenang pada waktu pagi boleh mengelakkan anda daripada berasa loya di samping mengekalkan tenaga kepada anda sepanjang hari. Gunakan papan kickboard atau sebarang jenis peralatan kolam lain untuk mempelbagaikan senaman anda dan memastikan ia menyeronokkan.

Jika bau klorin mencetuskan rasa loya atau menyebabkan ketidakselesaan pada kulit atau mata, anda boleh memilih untuk berenang di kolam air masin. Jika anda ingin berenang di perairan tempatan seperti lautan, tasik atau kolam, sila buat semakan terlebih dahulu. Mungkin terdapat kuman dan bakteria hidup dalam air tersebut yang boleh menyebabkan penyakit.

#2. Trimester kedua

Apabila kehamilan anda semakin meningkat dan semakin besar, anda tidak perlu mengurangkan aktiviti berenang kerana ia adalah aktiviti yang baik untuk ibu mengandung. Lakukan regangan terlebih dahulu dan jangan terlalu memaksa. 

Daya apungan dalam air dapat mengurangkan kesan graviti pada badan anda, yang merupakan kelegaan yang sangat diinginkan apabila perut anda membesar. Anda mungkin berasa lebih selesa di dalam air berbanding di darat. 

#3. Trimester ketiga

Keselesaan adalah sangat penting ketika di minggu-minggu akhir kehamilan, jadi cuba strokes atau gaya yang berbeza untuk melihat mana yang paling selesa.

Jika otot anda terasa sakit atau tegang, cuba berjalan di hujung kolam yang cetek berbanding berenang. Gerakkan tangan anda di dalam air ketika anda berjalan di dalam kolam. Jika anda berasa letih, gunakan paddle board untuk menyokong bahagian atas badan anda, dan berehat mengikut keperluan.

Berhati-hati ketika ingin keluar dari kolam dan pakai kasut yang tidak licin untuk berjalan di atas permukaan yang basah.

Apa Yang Harus Anda Prihatin Apabila Berenang Semasa Mengandung?

cara berenang, cara renang, bagaimana cara berenang, belajar berenang, teknik berenang

  • Berapa banyak anda berenang bergantung kepada tahap aktiviti fizikal anda sebelum anda hamil. Berenang selama 20 – 30 minit sehari dianggap selamat jika anda seorang yang aktif sebelum ini
  • Jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari kerana sesetengah wanita hamil mungkin mempunyai kulit yang sensitif 
  • Kalau hari panas terik, jangan lupa minum air dengan banyak dan elak dari dehidrasi
  • Berhati-hati ketika masuk dan keluar dari kolam kerana permukaan dekat kolam renang mungkin tidak sekata ataupun licin
  • Jangan terjun menjunam, melompat, atau meluncur masuk ke kolam semasa hamil. Ini boleh memudaratkan diri anda dan bayi

Berenang menawarkan ibu-ibu hamil cara yang selamat untuk bersenam kerana air dapat menyokong sebahagian dari berat badan kita, dan mengurangkan beban pada tulang belakang serta anggota badan. 

Apabila ditanya mengenai aktiviti berenang semasa mengandung, Dr. Steve Lebder dari Pusat Ginekologi dan Obstetrik Premier di Louisville, Kentucky berkata,

“Ia memang baik!Ibu hamil perlu melakukan senaman ringan. Senaman adalah baik untuk kehamilan.”

Memilih Pakaian Renang Ketika Hamil

Selain penting untuk belajar berenang ketika hamil, pemakaian yang tepat juga adalah penting bagi keselesaan ibu mengandung. Sebelum membeli pakaian renang, fikirkan beberapa kriteria ini terlebih dahulu:

  1. Jangan pilih pakaian renang yang terlalu sendat atau terlalu besar
  2. Gunakan fabrik yang sesuai seperti jersi kapas atau lycra
  3. Cari baju renang dnegan potongan V pada leher kerana ia membantu melegakan pernafasan
  4. Gunakan pakaian dalam yang selesa untuk berenang
  5. Gunakan kasut yang sesuai dan bukannya bertumit tinggi. Pastikan kasut dapat menyokong berat badan anda terutama di hujung kehamilan 

Gunakan teknik berenang dan pakaian yang sesuai lebih-lebih ketika sedang mengandung. Berenang dapat memberi banyak manfaat kepada anda, jadi lakukan sahaja aktiviti ini sejak dari trimester pertama kehamilan.

  1. Baby Centre. (Oct 25, 2021). Swimming during pregnancy. www.babycenter.com/pregnancy/diet-and-fitness/swimming-while-pregnant_7822

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kejang Perut Melampau Awal Kehamilan, Salah Satu Tanda Hamil Ectopic Atau Luar Rahim!

Baca juga: Betul ke haid akan hilang sekejap bila anda masuk dalam air atau berenang?

Baca juga: Cara mengajar bayi untuk berenang dari usia muda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!