Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan suami isteri. Bergaduh dengan pasangan adalah perkara biasa dalam rumah tangga, tetapi yang lebih penting lagi adalah bagaimana anda menguruskan emosi masing-masing.
Pelik rasanya bila dalam sesebuah rumah tangga itu tiada perselisihan faham, tetapi yang membezakan kita dengan pasangan lain adalah cara menyelesaikannya.
Jangan terlalu ikut kata hati, jangan cuba menangkan ego anda, jika memang anda salah, tiada salahnya untuk meminta maaf.
Bergaduh dengan pasangan perkara biasa, tapi elak lakukan 7 perkara ini
Setiap perhubungan mesti ada pasangan surutnya. Adakalanya banyak situasi yang berlaku di luar jangkaan. Ada juga pasangan yang mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu berkomunikasi.
Ini antara kesalahan yang selalu berlaku dalam hidup berpasangan. Kita jangka dengan berdiam diri boleh selesai masalah tetapi sebenarnya akan jadi lebih teruk jika terus dibiarkan.
Ini 7 perkara yang patut dielakkan jika bergaduh dengan pasangan:
#1. Berdiam diri
Mungkin ramai yang tak terlupa yang mendiamkan diri tidak akan meredakan marah sebaliknya pasangan kita sebenarnya tidak dapat menyampaikan perasaannya.
Sebaiknya, perkara itu perlu dibincangkan semula apabila emosi masing-masing sudah mula stabil. Setiap orang berhak menyuarakan pendapat dan perlu seseorang untuk mendengarnya. Baru kita dapat melihat perbezaan sudut pandang yang ingin dijelaskan.
#2. Mengungkit
Perasan tak bila kita marah, kita akan selalu beremosi dan mengucapkan kata-kata yang mengguriskan hati pasangan walaupun bukan niat kita bercakap begitu. Lebih baik kita menahan diri daripada ingin bercakap sesuatu yang tidak penting atau sudah lama berlalu.
Jika kita berada di pihak yang mendengar, jangan pula ambil hati sewaktu pertengkaran berlaku. Ketika itu, pasangan kita berkemungkinan tidak rasional dan tidak berniat untuk membangkitkan perkara lampau. Ianya dilakukan kerana ego dan emosi.
#3. Tidak meminta maaf, tidak ikhlas meminta maaf
Apabila kita menyedari keterlanjuran dan keselahan yang kita lakukan, kita harus jujur mengakui kesalahan dan menunjukkan kita sedar akan sesuatu kesalahan yang kita lakukan.
Kemaafan kosong tanpa erti hanya akan mengguris hati seseorang. Berjanjilah supaya kesalahan itu tidak akan dilakukan pada masa akan datang. Itu adalah sebaik-baiknya.
#4. Meminta tidak kena keadaan
Kalau kita inginkan sesuatu sama ada wang atau menyampaikan keinginan mengenai sesuatu, carilah waktu yang sesuai. Bukan sewaktu pasangan kita sedang sakit, tertekan baru pulang kerja atau menghadapi situasi yang sukar.
Pertengkaran lazimnya berlaku disebabkan faktor-faktor tekanan luaran yang menjadikan situasi lebih mencabar. Jadi, ambil masa yang lebih baik. Biar situasi reda dan bertenang. Contohnya sewaktu sedang gembira menonton televisyen atau selepas bersolat.
#5. Tidak mendengar
Apabila pasangan kita cuba memberi alasan untuk satu topik untuk dibahas, cuba bersemuka dan mendangarkan, elak dari mengabaikan curahan isteri atau suami.
Mengabaikan adalah tanda kita tidak peduli kepada perasaan suami atau isteri kita. Jadi pendengar yang baik dan berikan jawapan yang menyenangkan hati pasangan. Barulah perselisihan dapat diselesaikan dengan mudah.
Begitu si dia mencoba memberi alasan pada satu topik yang sedang dibahas, cobalah terbuka dan mendengarkan. Mengabaikannya sama halnya dengan berteriak keras ke wajahnya.
Jadilah pendengar yang baik dan berilah tanggapan secara jernih. Ini akan membuat perselisihan lebih mudah diselesaikan.
#6. Tidak fokus cari penyelesaian
Dalam setiap pertengkaran atau perselisihan, sesuatu yang mesti kita elakkan adalah untuk mengingatkan pasangan tentang kesalahan atau kekurangan dirinya.
Sebaliknya kita cuba memberikan jawapan atau solusi bagi masalah yang dialami. Semua ini dapat mengelakkand aripada berlakunya masalah dan merumitkan lagi keadaan. Kalau kita betul-betul sayang pada pasangan, untuk apa kita sakitkan hatinya kan?
#7. Selesaikan dengan seks
Ada yang kata bila bertengkar seks jadi lebih hangat dan memang ada sesetengah pasangan yang bertengkar dan melakukan hubungan seks untuk redakan pertengkaran tersebut.
Tetapi dalam banyak hal, perubahan mood yang berlaku tidak menyelesaikan isu yang terjadi dan kita harus terbuka untuk menyatakan masalah yang melanda perlu reda terlebih dulu dan ditamatkan sebelum sesuatu perhubungan suami dan isteri berlaku.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: bumbumcak
Baca juga: Suami Yang Sukar Fahami Emosi Ibu Hamil Cenderung Bertengkar Dengan Pasangan