Selalu gaduh depan anak? Ini 5 cara bagaimana anda boleh kendali pergaduhan itu

Anda selalu bergaduh depan anak dengan pasangan? Ia sebenarnya tidak sihat dan memberi kesan pada anak. Tapi jangan risau, cuba anda buat 5 saranan ini apabila bergaduh dengan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ibu bapa bergaduh depan anak di rumah

Sudah lama saya ingin menulis tentang perbuatan ibu bapa yang bergaduh depan anak ini. Bukan untuk mengutuk kerana saya sendiri mempunyai 2 anak yang sedang membesar setelah berkahwin selama 5 tahun.

Dalam perkahwinan biasalah ada pasang surutnya. Kadang-kadang oleh sebab kesibukan, mungkin kita akan melampiaskan marah dan mencetuskan pergaduhan dengan pasangan depan anak-anak. Ia mungkin sebab kita tidak sedar!

Selama ini saya tak sedar tentang perbuatan bergaduh depan anak di rumah akan memberi kesan buruk pada emosi mereka, namun selepas balik berjumpa dengan kawan-kawan (yang semuanya sudah jadi ibu), saya tersedar satu perkara.

Perkembangan emosi anak terganggu apabila ibu bapa bergaduh depan anak di rumah

Kawan saya Laili* menceritakan bagaimana dia terkejut dan rasa bersalah selepas bergaduh dengan suaminya tempoh hari.

Mereka berdua masing-masing tak dapat mengawal kemarahan sampai memaki-hamun dan bergaduh di depan anak! Tapi selepas pertengkaran itu, Laili ingat tiada apa yang tidak kena pada anak-anaknya. 

Namun sebenarnya, selepas hari itu, 2 anak Laili asyik mendiamkan diri dan mereka seolah-olah tidak mahu bercakap dengan kedua ibu bapanya. Laili mula risau. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas berbincang dengan beberapa teman, Laili baru faham yang pergaduhan di depan anak memang tidak mendatangkan kebaikan, lebih-lebih lagi pada emosi kanak-kanak. 

Jadi, apa yang patut ibu bapa buat untuk mengendali situasi bergaduh depan anak ini? Ini ada 5 cara anda patut ikut:

#1 Jangan suruh anak pilih antara ibu atau ayah

Apabila kita suami isteri bergaduh, kita cenderung untuk mencari salah siapa. Sudahlah kita bergaduh depan anak, kemudian kita minta mereka pilih siapa yang salah pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, perbuatan menyuruh anak pilih antara ibu atau ayah adalah tidak sihat. Ia akan buat anak keliru kerana mereka menganggap anda meminta mereka memilih siapa yang lagi mereka sayang – ibu atau ayah. Jadi, berhenti buat demikian, ya!

#2 Bergaduh tapi tolong hormat pasangan

Sebagai ibu bapa, anda bukan tak boleh langsung bergaduh depan anak dengan pasangan.

Kadang-kadang, pergaduhan atau tidak bersetuju ini penting untuk mengajar anak tentang erti bertolak-ansur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, anda dan suami pun kenalah meletakkan had. Jangan bergaduh sampai memaki-hamun pasangan depan anak-anak. Mereka boleh meniru cara maki-hamun tersebut kelak!

#3 Jangan angkat tangan

Walau betapa anda marah dan sakit hati dengan pasangan, JANGAN sesekali angkat tangan di depan anak-anak, walaupun apa terjadi.

Angkat tangan dan bertindak ganas tidak bermaksud hanya menggunakan fizikal, ya! Anda juga tak sepatutnya membaling bantal atau pasu juga.

#4 Jangan menipu

Kredit: Better Options Inc

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin nak menang dalam pergaduhan dengan pasangan itu. Tapi jangan sesekali menipu dan memberi alasan semata-mata kerana anda ingin menang.

Menipu dalam pergaduhan akan menyebabkan satu pihak lagi kelihatan bersalah. Anda tidak mahu bermain permainan “siapa salah” di depan anak-anak. 

#5 Jadi matang

Ingatlah, anda ibu bapa yang akan membentuk anak-anak. Jadi, bersikap matang seperti yang sepatutnya. Kita kan sudah besar. Kita ini pencorak masa depan anak-anak.

Jadi kendali pergaduhan anda dengan sebaiknya, dan jangan terlepas maki-hamun depan anak-anak kerana tanpa anda sedar, mereka sebenarnya amat terkesan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combergaduh-dengan-pasangan-ikuti-4-langkah-ini-untuk-memujuk/

Penulis

Ayu Idris