10 Cara Pemakaian Minyak Pati Yang Salah Dan Mampu Mengundang Bahaya!

Seorang wanita melecur selepas menyapu minyak pati lalu pergi berjemur. Sebenarnya, itu kesalahan dia sendiri! Mari semak 10 kesalahan lain yang sering dibuat ketika memakai minyak pati dan mampu mengundang bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minyak pati atau essential oils terkenal kerana ia memberi kesan ketenangan dan meredakan tekanan. Namun, baru-baru ini — warga Facebook digemparkan dengan berita seorang wanita melecur kerana pemakaian minyak ini!

Post itu ditulis oleh Elise Nguyen. Elise mendakwa beliau melecur selepas menyapu minyak pati.

Kredit gambar: Facebook Elise Nguyen

Minyak pati doTERRA disapu di bahagian pergelangan tangan dan lehernya, selepas kelas yoga. Beliau kepanasan ketika itu. Selepas kelas yoga, beliau melakukan tanning.

Keesokkan harinya, beliau mengalami kesan lecuran yang teruk akibat lecur kimia.

Kesan lecuran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hakikatnya, terdapat amaran “jauhi cahaya matahari atau sinaran UV selepas pemakaian” yang tertera pada botol minyak tersebut. Jadi, mangsa tercedera atas kecuaian dan kesilapan sendiri!

Tapi sebenarnya, ramai individu sering menyalah guna minyak pati tanpa mereka sedar! Dan perbuatan ini mampu mengundang bahaya! Berikut antara 10 cara pemakaian yang tak patut anda lakukan:

1. Sapu di kawasan sensitif (kawasan alat sulit)

Jangan sesekali celup atau titiskan minyak ini di atas tampon! Seorang mangsa dilaporkan mengalami lecur kimia di kawasan faraj (gosh sakitnya!) selepas menitiskan ia di atas tampon. Beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan selepas 3 bulan rawatan, parut masih ada.

Jadi, jangan sesekali masukkan minyak pati dalam faraj anda, wanita semua!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Sapu sebelum anda menjemur

Seperti kes yang baru dicerita tadi, essential oil dan minyak photo-sensitizing lain seperti bergamot, grapefruit, dan minyak sitrus mampu mengakibatkan lecuran dan kerosakan pada kulit. Lebih-lebih lagi jika anda terdedah kepada cahaya matahari.

3. Guna di bahagian mata

Jangan sesekali! Seorang mangsa dilaporkan melecur apabila menyapu minyak tersebut di bahagian mata.

4. Masukkan dalam air mandian

Minyak ini tidak bercampur dengan baik bersama air. Maka, ia tidak betul-betul larut dalam air. Akibatnya, minyak mungkin akan melekat pada kulit anda. Anda sendiri sudah baca bagaimana minyak pati boleh mengakibatkan kesan lecuran kerana pembakaran kimia!

5. Guna minyak pati cengkih pekat untuk selesema

Pada tahun 2014, seorang wanita berusia 57 tahun dilaporkan mengalami pendarahan selepas menggunakan minyak pati cengkih.

Mangsa yang selesema dan demam ketika itu menyapu minyak tersebut di bibirnya. Selepas beberapa kali pemakaian, beliau bangun dengan pendarahan yang banyak. Menakutkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Jangan ambil mudah ketika kendali minyak ini!

Minyak pati tulen, pekat dan telah dicemari mampu merosakkan kulit. Anda juga boleh mengalami pelbagai reaksi alahan lain yang teruk. Jika minyak ini tumpah di atas baju, segera salin dan basuh baju tersebut. Jika anda ingin mengendalinya, guna sarung tangan!

7. Sapu pada bayi dan kanak-kanak

Sebuah kajian pada tahun 2011 membincangkan tentang kes seorang bayi berusia 1 bulan yang terkena kesan sampingan akibat pemakaian minyak pati. Bayi tersebut dilaporkan mengalami sawan, cecair dalam paru-paru, kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati kerana pemakaian itu!

Selepas dimasukkan selama 11 hari ke dalam ICU, bayi tersebut kembali pulih. Nasib baik!

8. Sapu pada binatang peliharaan

Sesetengah minyak pati seperti kayu putih, pudina dan pokok teh amat berbahaya untuk binatang peliharaan.  Menurut ASPCA, minyak eucalyptol bertoksik untuk anjing, kucing dan kuda.

9. Ambil sebagai sumber vitamin

Tiada vitamin A atau C atau apa-apa vitamin dalam minyak pati. Sama ada minyak mati pudina atau pokok teh. Cuba makan buah-buahan dan sayur-sayuran, okay?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Minum ketika hamil atau sedang menyusu badan

Big no no! Kenapa? Sebab minyak ini mengandungi sebatian yang bersifat mutagen. Ia bermaksud sebatian ini mampu merosakkan DNA dalam sel. Oleh sebab itu wanita hamil dan wanita menyusu badan dilarang sama sekali menggunakan produk minyak pati!

Semoga perkongsian ini mampu memberi maklumat berguna untuk anda! Berhenti menyalahguna minyak ini kerana ia mampu mengundang bahaya. Lebih berhati-hati selepas ini, ya?

Sumber rujukan: Good Housekeeping, Elise Nguyen, About Essential OilsASPCA, NCBI dan Aromatherapy United

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris