Ingin Beri Telefon Bimbit Pada Anak Anda? Jawab 5 Soalan Penting Ini Dulu!

Kan bagus jika si manja ada telefon. Boleh anda hubungi mereka dalam waktu kecemasan bila anda akan lambat untuk ambil mereka di sekolah dan sebagainya. Tapi, sebelum anda beri mereka telefon pertama, mari jawab 5 soalan ini dulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda masih dalam perjalanan untuk ambil si manja dari sekolah. Tetapi, trafik sesak. Atau anda sendiri terlepas LRT dan perlu menanti LRT seterusnya. Atau mungkin kereta anda rosak! Kelam-kabut jadinya.

Ketika itu, anda terfikir "kan bagus kalau si manja ada telefon." Bukan apa, tika waktu terdesak seperti ini, anda boleh beritahu mereka anda akan lambat.

Kini, telefon bimbit adalah satu keperluan. Buat insan yang sudah besar dan semakin sibuk (seperti kita), telefon ini mungkin relevan. Tapi, bagaimana untuk kanak-kanak?

Kredit gambar: Pixabay

Kemajuan teknologi yang tanpa jangkauan merisaukan anda. Si manja pula semakin kerap meminta "telefon pertamanya". Saya masih ingat telefon pertama saya -- Nokia 8310 sebelum dinaik taraf ke telefon bimbit yang lebih 'canggih'.

Telefon bimbit ini digunakan untuk menjawab panggilan mak, dan berbalas mesej dengan teman sekolah (atau berjinak-jinak dengan kekasih!)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi menurut Common Sense Media, sebelum anda mempertimbangkan untuk beri sebarang telefon bimbit (tak kisah model apa) kepada si manja, pastikan 5 soalan penting ini terjawab dulu!

  1. Kenapa perlu telefon bimbit?

    Pastikan si manja tahu mengapa dia perlu telefon bimbit (jika dia yang minta). Dari jawapan si manja, anda akan dapat mengagak apa fungsi telefon bimbit ini buatnya. Mungkinkah untuk bermain permainan Fun Run berjam-jam lamanya? Atau untuk bermesej dengan teman?

  2. Apakah peraturan untuk penggunaan telefon di rumah dan di sekolah?

    Tugas anda untuk menggariskan peraturan penggunaan telefon bimbit sama ada di rumah atau di sekolah. Selalunya, si manja akan mengangguk faham bila ditanya adakah mereka akan mematuhi peraturan jika diberi telefon. Pastikan mereka betul-betul faham peraturan ini! Anda juga perlu membincangkan apakah akibat jika peraturan tersebut dilanggar.

  3. Apakah kebimbangan anda tentang penggunaan telefon buat mereka?

     

    Kredit: Cnews.fr

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan

    Ya, sebut saja tentang penggunaan telefon bimbit buat kanak-kanak, semua ibu bapa akan mula risau. Sebab kita tahu apa yang ada di sebalik teknologi canggih ini! Oleh itu, pastikan soalan nombor 3 ini jelas dijawab oleh anda malah juga si manja.

  4. Dekat mana si manja tidak boleh main telefon?

    Etika penggunaan telefon bimbit harus diajar pada si manja yang tengah 'teruja' dapat telefon pertamanya. Anda harus meletakkan peraturan asas tentang di mana mereka tidak boleh main telefon. Seperti jangan pandang telefon bimbit ketika bercakap dengan Nenek atau jangan main telefon ketika makan dan sebagainya.

  5. Kalau telefon hilang, bagaimana?

    Malangnya, realiti ini boleh berlaku. Bincangkan dengan pasangan dan si manja bagaimana jika telefon mereka hilang. Adakah anda akan menggantinya? Ini bagi memastikan si manja sentiasa berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya menghilangkan telefonnya!

Telefon pertama yang bagus untuk kanak-kanak

Nokia 3310 terbaru! Nokia nyata sudah sebati sebagai telefon pertama buat semua individu. Dengan kehadiran Nokia 3310 yang diperbaharui ini, anda tak perlu pening kepala untuk pilih sebarang telefon pintar lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: TechnoBezz

Kenapa Nokia 3310 terbaru adalah telefon yang paling sesuai buat si manja? Kerana baterinya! Telefon ini mampu bertahan sehingga 31 hari tanpa perlu dicas semula!

Maka anda tak perlu risau jika telefon mereka kehabisan bateri ketika anda telefon. Atau anda sendiri tak perlu serabut menanti si manja mengecas telefonnya sebelum keluar.

Nokia 3310 diperbaharui dengan pelbagai ciri yang mampu dinikmati si manja (tanpa perlu anda risau). Antara ciri-ciri yang boleh dinikmati ialah kamera, radio, pemain MP3, permainan, simpanan 16 MG dan slot untuk Kad Mikro SD.

Sangat ideal untuk penggunaan kanak-kanak, Nokia 3310 baru boleh didapati di pasaran pada harga MYR 232 (anggaran €49). Jika si manja merungut telefon ini tidak secanggih telefon pintar Samsung atau iPhone, katakan saja yang peluang telefon mereka untuk dirompak/dicuri akan berkurang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa pantau penggunaan telefon mereka, ya. Selamat berjaya ibu bapa semua!

Sumber rujukan: Common Sense Media dan TechnoBezz

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris