Jangan Pakaikan Kasut Pada Bayi Yang Belum Berjalan, Stokin Je Dah Cukup : Doktor

Nak menggayakan bayi tetapi sebenarnya berisiko. Memakaikan kasut pada bayi yang belum berjalan hanya akan mendatankan mudarat pada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu-ibu yang mungkin mahu bayi mereka tampil bergaya, jadi walaupun belum pandai berjalan anak itu sudah dipakaikan kasut.

Jika kasut jenis lembut seperti stokin, boleh lagi diterima, tetapi ada pula yang terlalu excited hingga pakaikan anak dengan kasut yang bertapak keras.

Anak belum boleh berjalan, tak perlulah dipakaikan kasut. Ini doktor yang cakap ya. Bersabarlah, tunggulah hingga anak pandai berjalan baru boleh dipakaikan kasut tapak keras.

Kasut tak sesuai dipakai pada bayi belum berjalan

kredit: yenisafak

Adakah anda pernah pakaikan kasut pada bayi yang belum berjalan? Jika pernah buat, eloklah anda hentikan saja perbuatan ini kerana ia dikhuatiri boleh menganggu perkembangan kaki anak anda.

Menurut doktor, ia boleh menyebabkan kaki bayi tidak bebas bergerak sedangkan untuk berjalan anak perlu kekuatan otak kaki yang akan menampungnya untuk berjalan. 

Jika tujuannya hanya untuk menggayakan anak saja, eloklah jika dihentikan tabiat ini. Boleh pakaikan anak stokin saja atau kasut yang betul-betul lembut tapak kakinya yang tidak menyukarkan pergerakan bayi.

Lebih baik jika biarkan saja kaki anak, jangan dipakaikan stokin terlalu lama kerana perlu bagi ruang untuk kaki bergerak dan lakukan pergerakan yang perlu untuk menguatkan otot mereka. 

Ikuti perkongsian ibu ini mengenai pesanan doktor bahawa kasut tidak sesuai dipakaikan pada bayi yang belum berjalan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Tertarik dgn cara doctor pakar tu..
Aku pakaikan kasut kat anak aku..
Sedia maklum anak aku baru 9 bulan lebih..
Belum berjalan lg..
Masuk je bilik doctor..
Doc x ckp byk..
Terus bukak kasut anak dan suruh aku simpan kasut tu..
Aku x ckp byk..
Dlm hati doc nak lakukan pape pemeriksaan kot..
Dah selesai semua.. nak balik dah..
Baru doc terangkan kenapa..
Jgn pakaikan kasut pada baby yg belum berjalan mlainkan stokin smata2..
Stokin pun perlu longgar..
Bg kebebasan pada tulang2 tapak kaki dan jari kaki pada baby..
Berjalan pun blom..
Even dah berjalan tanpa pakai kasut pun blom tentu dier lepas..
Inikan plak baru blajar berjalan terus nak dipakaikan kasut..
Sementara belum berjalan nie..
Baby ske regangkan tulang2 jari kaki dierong dgn cara baby tu sendiri..
Kalau kita perhati baby,
Baby ske gerakkan jari2 dier..
Pergelangan kaki dier..
Kalau pakai kasut mcm x bebas..
Satu maklumat penting dr doctor pakar tu..
Aku ambil yg positive..
Nak gayakan baby jgn sampai baby kita terbeban dgn perkara yg blom mampu dier terima..
Terima kasih atas info kesedaran tu..
Tak perlu lg pakai kasut sbelum tiba masanya..
Nty baby dah jalan.. kaki dah kuat..
 
Tak sesuai, boleh ganggu perkembangan kaki anak

Kredit: unansea

 
Doktor pesan supaya jangan pakaikan kasut pada bayi yang belum berjalan melainkan stokin semata-mata. Doktor turut menasihatkan stokin yang dipakai juga perlu longgar. 
 
Beri kebebasan pada tulang dan tapak kaki serta jari bayi. Jika anda perasan, bayi suka untuk meregangkan jari kaki dengan cara mereka yang tersendiri. Jadi jika ada kasut terutama yang bertapak keras ia akan menyukarkan pergerakan ini dan menyebabkan kaki bayi kaku. 
 
Jika diperhatikan, bayi juga akan menggerakkan jari-jarinya, pergerakan kaki mereka. Jadi bila dipakaikan kasut pergerakan ini jadi tidak bebas untuk bayi anda. 
 
Nak gayakan bayi jangan sampai anda buat perkara yang boleh menghalang mereka daripada bebas meneroka dunia mereka.

Tips pilih kasut anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pa&ma

  1. Kasut bukan sekadar alas kaki atau penyeri kasut sahaja, ia penting untuk pembentukan otot dan tulang kaki si manja yang masih sangat sentitif.
  2. Elakkan memilih kasut berdasarkan rupa bentuk dan cantik untuk mengelakkan kesan negatif kepada kaki anak seperti melecet kerana ini boleh mengurangkan motivasi anak untuk berjalan.
  3. Elakkan membeli saiz kasut yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anak tidak selesa dan mudah tersungkur atau jatuh.
  4. Kasut yang terlalu kecil pula boleh membuatkan kaki anak membengkok.
  5. Waktu yang sesuai untuk memilih dan membeli kasut untuk anak adalah pada usia 12 hingga 15 bulan atau ketika anak pandai berdiri dan berjalan.
  6. Jika anak masih belum boleh berjalan, gunakan stokin atau pelapik kaki untuk melindungi kaki bayi terutamanya ketika merangkak agar sentiasa selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: tateh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Ibu terkejut kaki anak melecur lepas pakai kasut berlampu jenama terkenal ini!

Baca juga: Anak Baru Mula Berjalan? 5 Tips Beli Kasut Bayi Yang Selesa Untuk Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar