5 Tanda Bayi Bersedia Untuk Belajar Berjalan, Begini Cara Untuk Galakkan Si Manja

Berjalan kaki pada bayi boleh terjadi seawal usia 12 bulan atau lewat sedikit. Ada beberapa tanda dan cara merangsang si manja berjalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu pantas waktu berlalu, kini anda mampu melihat senyuman dan pergerakan bayi yang semakin aktif. Bermula dari meniarap serta merangkak, si manja sudah berani menunjukkan kemahiran untuk berjalan kaki.

Berjalan adalah pencapaian bayi yang sangat dinanti-nantikan. Ia adalah petanda pasti bahawa anak kecil anda bakal memasuki zon kanak-kanak dan bersedia menerokai dunia sekeliling mereka.

Tanda bayi bersedia untuk berjalan kaki

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), pencapaian fizikal yang berkaitan dengan berjalan kaki ini biasanya dipenuhi pada usia 1 tahun. Antara tanda si manja anda sudah bersedia adalah:

#1. Cuba untuk berdiri

Menarik perabot untuk berdiri adalah salah satu tanda pertama bayi bersedia untuk berjalan kaki.

Ini meningkatkan otot kaki dan koordinasi bayi – fikirkan berapa banyak usaha yang mereka lakukan! Lama kelamaan, senaman harian ini menjadikan bayi anda berdiri sendiri, dan kemudian, bergerak ke hadapan biarpun dengan beberapa langkah yang kurang stabil.

Anda boleh menggalakkan pergerakan si manja sambil berkata “bangun!” semasa mereka cuba bangun dan “turun!” sambil mereka duduk semula.

#2. Menjadi pengembara yang berani

Jika anda menyedari bayi mula memanjat dan berdiri di atas sofa, tersenyum sambil cuba untuk turun dengan sendirinya, ia mungkin tanda bahawa keyakinan dalam diri mereka semakin meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia merupakan isyarat perkembangan yang hebat yang membuktikan bayi anda yakin untuk mencuba perkara baharu.

Untuk berjalan kaki secara berdikari, bayi semestinya memiliki keupayaan fizikal dan otot yang kuat untuk melakukannya. 

Namun pastikan anak sentiasa di bawah pengawasan orang dewasa dan persekitaran mereka selamat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. 

#3. Suka bersiar-siar

Awal penerokaan bayi biasanya membuatkan mereka berjalan sambil memegang objek. Si manja cenderung bergantung kepada perabot yang ada untuk bergerak atau bersandar dari satu tempat ke tempat yang lain untuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini menunjukkan bayi belajar cara mengalihkan berat badan dan keseimbangan semasa mengambil langkah. Selain itu si manja memiliki keupayaan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih berani.

Untuk menggalakkan anak berjalan, cipta laluan atau objek selamat untuk mereka pegang dan bergerak.

Tetapi berhati-hati dengan perabot atau barang-barang lain yang tidak dipasang dengan selamat pada dinding atau tanah. Ia berisiko untuk terbalik dan terjatuh atas si kecil tanpa anda sangka.

#4. Menangis, merengek dan mengubah rutin tidur

Siapa sangka bahawa keresahan dan tidur siang yang lebih pendek boleh menjadi tanda bahawa bayi bersedia untuk memulakan langkah mereka.

Dalam hal ini, kekuatan otot kaki bukan sahaja membolehkannya berjalan. Malah melompat, menolak dan menyepak bola.

Justeru tugas ibu ayah akan menjadi sedikit lebih sukar. Tarik nafas dalam-dalam untuk mengawasi setiap pergerakan si manja. Nanti bila mereka sudah pandai, memang penat nak kejar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Berjalan dengan bantuan

Untuk menggalakkan si manja melangkah, ibu ayah boleh sediakan mainan tolak yang selamat dan bersesuaian dengan umur seperti troli atau mainan berjalan muzikal dengan roda.

Anda juga boleh pegang tangan bayi atau letakkan mainan kegemaran si manja di lantai. Kemudian galakkannya untuk ambil mainan tersebut.

Bayi lambat berjalan, perlukah ibu risau?

CDC mengesyorkan ibu ayah merujuk pakar pediatrik sekiranya anak tidak berjalan kaki pada usia 18 bulan dan langsung tidak mampu berjalan dengan stabil pada usia 2 tahun.

Jadi anda mempunyai banyak masa walaupun anak belum mula menunjukkan tanda berjalan pada usia 1 tahun.

Kajian yang dilakukan turut mendapati kelewatan motor awal mungkin menjadi faktor risiko kelewatan komunikasi masa depan pada kanak-kanak yang berisiko autisme, bagi kanak-kanak yang mempunyai risiko autisme yang rendah, ibu bapa tidak sepatutnya risau kepada andaian ini.

Terdapat banyak sebab untuk berjalan lewat pada bayi. Sesetengahnya adalah fizikal (dan tidak biasa), seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • displasia pinggul perkembangan
  • tulang lembut atau lemah (disebut secara perubatan riket)
  • keadaan yang menjejaskan otot (contohnya, distrofi otot atau cerebral palsy)

Berjalan awal atau lewat berkait dengan kecerdasan

Anda mungkin pernah ditakut-takutkan dengan percakapan orang yang mengatakan berjalan kaki awal atau “lewat” berkaitan dengan kecerdasan serta prestasi fizikal pada masa hadapan.

Menurut kajian Switzerland pada tahun 2013, kanak-kanak yang mula berjalan awal tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan dan kemahiran motor antara umur 7 dan 18 tahun berbanding bayi yang tidak berjalan awal.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Lambat Berjalan Tapi Sudah Boleh Bercakap, Begini Cara Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan

Baca juga: Benarkah Bawa Anak Berjalan Atas Embun Pagi Boleh Cepatkan Dia Berjalan? Ini Jawapannya!

Baca juga: Anak Skip Merangkak & Terus Berjalan, Ibu Sila Ambil Tahu Tanda ‘Midline Crossing’ Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan