Seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan hilang ketika berkhemah di tapak perkhemahan bersama keluarganya pada Sabtu lalu.
Kali terakhir kanak-kanak itu dilihat oleh keluarganya adalah pada pukul 1.30 pagi dalam khemah keluarga berkenaan.
Bagaimanapun, apabila keluarga kanak-kanak itu bangun pada jam 6 pagi, dia didapati hilang dan tiada dalam khemah!
Budak perempuan usia 4 tahun hilang ketika berkhemah
Usaha pencarian kanak-kanak itu melalui udara, air dan darat sedang giat dijalankan di kawasan tapak perkhemahan Blowholes Shacks in Macleod, Australia 75 kilometer di utara Carnarvon.
Tapak perkhemahan yang terletak berhampiran Point Quobba, Carnarvon terletak kira-kira 800 kilometer di utara Perth ditutup sementara usaha mencari dan menyelamat dijalankan menurut laporan ABC Perth.
Tips bawa anak kecil berkhemah
Trend berkhemah semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia terutama selepas wabak pandemik Covid-19 yang mengajar kita lebih dekat dengan alam.
Perkhemahan yang biasanya jarang-jarang disertai keluarga dan anak kecil, kini dilihat perkara biasa anak-anak kecil turut dibawa bagi mengenal alam setelah lama terkurung dalam rumah.
Tapi tidak dinafikan, bukan mudah untuk bawa anak kecil berkhemah di dalam hutan. Pelbagai perkara perlu disiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi.
Tips ini dikongsikan oleh zyzoolmiratravel. Antaranya termasuklah:
#1. Try test dulu!
First kitaorang try dulu pasang khemah belakang rumah. Hihi kisahnya sebenarnya nak try camping di Teluk Gorek. Tup-tup PKP pulaks hahaha jadinya untuk tidak mengecewakan anak-anak, Zyzool pacak je khemah baru beli tu belakang rumah. Hihihi
Jadi dua minggu PKP 1 tu syiok la kiteorang tidur dalam khemah belakang rumah hahaha. Eh eh seronok pulak rasanya. Malam sejuk-sejuk pulak tu buat air hot chocolate dengan marshmallows. Fuh asyikkk hihi. Suka la Ayra & Afya tu hehe.
#2. Ambil tahu persekitaran tempat yang anda bakal berkhemah
Jadi bila dah rasa eh cam ok je anak-anak ni tidur dalam khemah, kami ambil peluang cari tempat untuk berkhemah di luar. Lagilah kerajaan dah bagi kita buat aktiviti di luar bersama anak asalkan jaga jarak sosial. Tup-tup kenalan kami ajak berkhemah di Pantai Mawar.
Apalagi langkah kanan la kita. Hihihi. Mira google-google juga info kawasan Pulau Mawar tu ok ke tak. Sesuai ke tak untuk Aafy. Lepas dah baca info-info pasal Pulau Mawar tu kiteorang decide ok la kita proceed!! Apa lagi keluarlah semua khazanah camping kami dari 10 tahun dulu hehehe.
#3. Pergi dalam kumpulan yang ramai
Lagi satu bila pergi dalam kumpulan ramai ni, kita tak lah risau sangat. Kalau ada pape yang berlaku pon ada kawan-kawan boleh bantu. Jadi kalau korang memang first time nak gi camping ajak lah kenalan-kenalan rapat atau otai-otai yang biasa untuk bersama-sama dalam aktiviti camping ni. Kot-kot tak pandai pasang khemah member boleh tolong hehe
#4. Bawa makanan secukupnya, ubat-ubatan
Walaupon tidur dalam khemah tapi jangan la macam cite survival tu hehehe kelaparan. Bawa la makanan secukupnya supaya tak kelaparan. Kalau lapar nanti mood kelaut. Apakata korang bawa stove & cooking set time camping.
Syiok tu main masak-masak tepi pantai hehe. Kalau belum ada lagi cukuplah bawa makanan ready to eat. Banyak makanan ready to eat yang dijual di pasaran sekarang. Nak lagi senang angkut anak bini naik kereta carilah kedai makanan berdekatan wakakaka tak adventure la camtu hihihi
Pastikan anda membawa first aid kit anda sekeluarga supaya mudah apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.
#5. Ajak anak-anak packing barang untuk camping!
Korang jangan la packing sorang-sorang. Tak aci tau excited sorang-sorang hehehe ajak la anak-anak sekali packing bersama. Biasanya anak-anak akan teruja juga bila kita beritahu akan membuat aktiviti berlainan dari rutin harian. Lagilah dapat tidur dalam khemah. Memang mereka ternanti-nanti tu hihi jadi task pertama untuk mereka adalah packing barang untuk camping! Tapi korang pantau-pantau gaklah apa barang yang mereka bawa tu hihihi.
#6. Bawa mainan kesukaan mereka
Ayra & Afya akan bawa mainan mereka tak kira la kalau gi travel atau camping. Adalah aktiviti mereka kat dalam khemah nanti. Mana tahu tengah-tengah camping hujan lebat ke bosan pula anak-anak tu nanti. At least ada la mainan buat mereka bermain.
#7. Jangan lupa menghayati keindahan alam sekitar!
Pastu dah camping tu jangan la terperap je dalam khemah hehehe. Halah-halah.. Hayatilah keindahan alam di sekitar tempat korang camping tu. Tenangkan fikiran lupakan segala duka di kota di desa eh. Hahaha. Manfaatkan masa bersama keluarga & anak-anak. Inilah masanya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak
Baca juga: Pengalaman Glamping di Lost World of Tambun & Tips Bercuti Bersama Anak Kecil
Baca juga: Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai